Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Mamat Akan Bertunang Dengan Nurul Syafiqah tapi..

Khamis, 2 Januari 2014

Mengikut portal Utusan, Mamat yang pernah dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Adda dan Fida Ibrahim dulu, kini sudah mendapat penganti mereka dan rasanya ada sudah yang mengetahui hal mengenai pasangan baru Mamat ini.

Bahkan gadis kali ini adalah seorang mahasiswi yang berasal dari Johor. Namanya adalah Nurul Syafiqah yang belajar di Universiti Pengurusan dan Sains Malaysia (MSU) di Shah Alam.

Dan kali ini hubungan mereka lebih serius dan bercinta tahap maksima kata Mamat.
“Alhamdulillah, benda yang baik buat apa saya nak sembunyi, lama kelamaan orang akan tahu juga. Buat masa sekarang saya masih menunggu dia habis belajar dahulu, mungkin selepas itu barulah kami akan bertunang,

“Ketika hubungan kami mula terbina, masa itulah juga zaman kejatuhan saya. Dia boleh terima saya walaupun saya anggap diri saya cukup ‘kotor’.

“Dia selalu menasihatkan saya bahawa dalam bidang seni memang ada zaman jatuh bangunnya. Jadi dia mahu saya selalu sabar.

“Alhamdulillah saya memperolehi seorang gadis yang cukup memahami saya," ujar Mamat.

Dah Popular Tanpa Mamat atau Zalif - Fida

Isnin, 14 Oktober 2013

Dengarnya Fida ni menumpang populariti bekas dua selebriti lelaki yang terkenal yang juga bekas teman lelakinya, Mamat Sepah dan Zalif Sidek.

Memetik portal Utusan semalam, Fida didakwa sengaja mencari publisiti murahan dengan bercinta dengan mereka berdua bagi menaikkan populariti dirinya.

Mamat Sepah Temui Penganti Fida

Isnin, 19 Ogos 2013

Dikhabarkan yang Mamat Sepah sudah menemui penganti Fida. Nama pengantinya adalah Nurul Syafiqah. Nurul merupakan seorang pelajar di MSU (Management and Science University) berumur 23 tahun.

Mereka berkenalan sudah selama setahun dan menjalinkan hubungan cinta beberapa bulan seterusnya. Mamat berazam akan menikahi Nurul secepat mungkin yakni selepas Nurul habis belajar. -mStar

Fida: Mamat dah Bebaik, Zalif pula Putus!

Jumaat, 19 Julai 2013

Pelik dan inilah dunianya. Fida Ibrahim yang juga pelajar Akademi Fantasia musim terbaharu dikatakan sudah berbaik semula dengan Mamat Sepah aka mantan kekasihnya dahulu.

Dan menurut portal mStar semalam, Fida menganggap Mamat hanya kawan biasa dan tidak lebih dari itu. Baguslah kalau dah saling bermaaf-maafan, tak baik simpan dendam.

Mamat Sepah Beli Kereta Mewah

Khamis, 11 Julai 2013


Siapa sangka, seorang yang masuk dunia selebriti pastinya memiliki kemewahan daripada sebelumnya, kalau dah rezeki disitu juga tumpahnya kuah.

Pelawak Mamat Sepah dikhabarkan memiliki kereta yang dikatakan mewah juga, iaitu mini cooper edisi terhad, Mini John Cooper yang difahamkan bernilai lebih RM200,000 dan bukannya second hand.

Baguslah macam itu, pastikan rajin membayar bulanannya yer Mamat. Hehe.

Amyza Aznan berposing di sebalik kereta Mamat ketika shooting drama bersama dengannya

Fida Ibrahim, Zallif Sidek bercinta?

Selasa, 30 Oktober 2012

Setelah berpisah dengan Mamat Sepah beberapa lama yang dahulu yakni setahun yang lalu, bekas kekasihnya itu, Fida Ibrahim mengakui rapat dengan pelakon, Zalif Sidek.

Sebelum itu Fida juga dikatakan menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan, yang bergelar 's' namun ianya menemui jalan buntu.

Dan kini pelakon komedi berkenaan menjadi pilihan Fida kerana sifat periangnya dan jenakanya. Apa-apa pun semoga berbahagia lah ya Fida, jangan lama-lama berpacaran, terus masuk meminang ok.
"Kami baru berkawan rapat dan belum ke tahap bercinta. Rasanya tak salah kalau saya bagi peluang kepada dia (Zalif). Lagi pun, masing-masing masih solo.

"Dia seorang lelaki yang budiman. Saya suka dengan keberanian dan keikhlasannya mahu mengenali saya dengan lebih mendalam,

"Mungkin secara kebetulan sahaja Zalif dan Mamat adalah pelakon komedi. Hakikatnya, saya memang mudah tertarik dengan lelaki yang suka berjenaka dan periang.

"Kalau saya tertekan dengan kerja, Zalif pandai membuat saya ketawa. Dia membuatkan saya berasa selesa apabila kami berjumpa," -ujar Fida. -Via

Adda Butterfly cerai selepas 14 Hari Kahwin

Jumaat, 8 Jun 2012

Mungkin ada segelintir daripada anda yang mengetahui siapa sebenarnya Adda Butterfly ni. Dia adalah bekas kekasih kepada penyanyi, Mamat Sepah satu masa dahulu merangkap seorang selebriti juga dia ni. Dan berita terbaru daripada Adda, yang dia sudah pun bercerai dengan bekas suaminya yang mampu bertahan hanya dalam masa 17 hari sahaja (kahwin pada 30 Mac 2012). Ini bukan gosip, empunya badan sudah pon memberikan komen keatasnya.

“Ya, saya telah bercerai selepas rumah tangga kami tidak dapat diselamatkan lagi. Jujurnya, saya sendiri belum merasa nikmat bergelar isteri melainkan ketika di hari persandingan sahaja. Ketika berita perkahwinan kami tersebar, bekas suami terpaksa mengaku yang dia berstatus duda sedangkan ketika itu dia memang suami orang.” – Adda Butterfly dipetik dari Media Hiburan.

Mamat Sepah masih disayangi Fida, ada peluang ke-2?

Selasa, 24 April 2012

Kisah percintaan Mamat Sepah dengan Fida memang ramai yang sudah tahu, dan kisah mereka disebabkan sekeping gambar yang dikatakan cukup sensitif lalu kegagalan Mamat untuk memegang amanah itu. Sudah 7 bulan berlalu, Fida kini tampil dan memberikan luahan isi hatinya kepada korang semua yang dia masih sayangkan Mamat lagi dan membuka lembaran baru dengan membuang yang keruh ambil yang jernih, tapi sebagai kawan biasa jerk la. Ini adalah petikan dialog Fida dari laman hiburan GUA.

“Selepas dipertemukan semula dalam program Apa Saja FBI, hubungan kami berdua kembali baik seperti dahulu. Fida mengaku baik dengan dia tapi tidak tahu sejauh mana perhubungan kami. Apa-apapun, Fida akui sayang Mamat sebagai kawan dan sudah memaafkan perbuatannya yang lepas,”

“Tidak dinafikan Mamat masih mahu mencuba lagi untuk memperbaiki hubungan kami. Dia ada datang ke rumah dan kami juga ada keluar bersama. Malah, jika hendak diikutkan, Mamat nak pergi lagi serius dalam perhubungan kami. Dia juga nekad nak serius terus selepas ini dan sudah ada kata-kata serius dari dia.

“Namun, tidak dinafikan, ramai juga yang bantah hubungan Fida dengan Mamat. Keluarga tidak masuk campur dan hanya memberi nasihat. Bagi Fida, jika ada jodoh antara kami, adalah. Apa-apapun, Fida serahkan jodoh semuanya kepada Tuhan. Bagi yang selalu cakap tak elok tentang Mamat, Fida rasa tak perlulah sebab itu buat Fida lagi kesian dengan dia dan sebagai seorang kawan, Fida rasa Fida kena bersama dengan dia di saat dia susah.”

Fida rapat dengan businessman!!

Khamis, 24 November 2011

Pastinya sudah ramai yang mengetahui tentang hubungan cinta yang terjalin antara Fida dan Mamat yang telah putus setelah menjalin hubungan cinta dalam tempoh yang agak singkat. Selepas hubungan percintaannya putus di tengah jalan, dia mengambil keputusan untuk tidak terikat dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

"Sebenarnya selepas hubungan saya dan Mamat putus memang ramai lelaki yang cuba mendekati saya seperti di kalangan artis dan orang biasa. Malah, saya akui pernah cuba didekati golongan VIP. Walaupun ramai yang cuba untuk menjalinkan hubungan serius, tetapi rasanya biarlah sekarang saya solo dahulu. Cuma saya tidak nafikan yang kini agak rapat dengan seseorang," jelas kepada Kosmo.
Jejaka tersebut adalah seorang businessman dan mereka berdua sebenarnya sudah lama saling mengenali iaitu sebelum dia menjalinkan hubungan cinta dengan Mamat. selama ini hubungan mereka hanyalah sekadar teman biasa sahaja. Namun, selepas apa yang menimpa dirinya telah menyebabkan hubungan mereka kini menjadi lebih rapat.

Fida putuskan hubungan cinta dengan Mamat

Isnin, 10 Oktober 2011

Petikan temubual dibawah dipetik dari laman blog hiburan RotiKaya. Memang tidak dinafikan lagi hubungan Fida dan Mamat Sepah sejak tersebarnya gambar Fida tidak bertudung kini semakin rengang. Fida pon sudah memaafkan Mamat. Tapi tidak secara 'face to face' hanya melalui SMS. Keputusan pengakhiran episod cinta ini diambil Fida melalui temubual berkenaan.

Adakah tindakan Fida ini wajar atau tidak pada dasarnya? tidak adakah peluang ke-2 bagi si buahati untuk membuktikan yang ini kesilapan pertama dan terakhir? huhu.. Ada peluang ke buat anda diluar sana? ngeee..

Status hubungan sekarang selepas isu gambar nampak rambut.

“Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung & memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu”

“Tetapi, selepas di’fikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri di’sebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu di’putuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk”

Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?

“Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”

“Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja”

Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?

“(Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja & kami bukan’nya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni”

Ada pesanan untuk Mamat kalau kalau dia membaca tulisan kami?

“Fida harap di’masa akan datang kalau kita di’jodohkan dalam satu projek bersama, kita berdua boleh bekerja secara professional dan tidak biarkan apa yang terjadi ganggu kerja kita berdua” [via]

Fesyen Tudung Fida yang Terkini

Khamis, 22 September 2011

Episod duka mengenai penyebaran gambar tak bertudung Fida baru-baru ini telah diakui ianya kesilapan besar kekasihnya Mamat yang meng-upload gambar berkenaan di laman sosial, melalui media online. Kita lupakan kisah itu, sebab benda itu tidak disengajakan dan bukan untuk memburukan imej Fida, Fida semamngnya seorang yang baik.

Lain pula cerita mengenai Fida kali ini. Biasalah orang dah famous, mesti ada sahaja cerita mengenai dirinya. Fida baru-baru ni menyertai MASiF 2011 yang berlangsung selama tiga hari di KLCC hujung minggu lalu. Fida kelihatan seperti Dato' Siti Nurhaliza dari segi penampilannya. Yang tu xpa lah, dah jadi trend masa kini. Tapi Fida sepertinya dah mula mendedahkan sedikit demi sedikit kepada umum mengenai dirinya.

Oo Fida, kami mahu anda kekal imej seperti dahulu, seperti gadis melayu yang kami inginkan. :)

Fida tak bertudung depan Mamat?

Selasa, 20 September 2011

Wah kalau dah ber-couple tu, mesti semuanya indah-indahkan. Pasangan pelakon, Fida yang kini hangat bercinta dengan pelawak, Mamat Sepah bukanlah suatu yang asing lagi, pasti ramai sudah tahu dengan episod cinta mereka. Tapi tahukah anda gambar dibawah ni bakal memberikan persepsi anda terus berubah mengenai Fida.

Mengikut daripada sumber daripada penghantar gambar berkenaan, gambar diambil ditempat umum oleh Mamat sendiri, (pantulan gambar pada dinding badan kereta) kepada kekasihnya Fida. Tapi Fida tidak bertudung ketika ini, hanya sekadar memakai topi. Biar betik, bukankah setahu kita penampilan Fida selama ini sentiasa memakai tudung. Adakah ini sekadar trend, memakai tudung diwaktu bertemu orang ramai atau media.? lu dah kantoi ni Fida oi.. Zzz

[via]

Mamat Sepah, Fida kahwin 2012?

Jumaat, 19 Ogos 2011

Gambar Mamat Sepah dan Fida dibawah diambil ketika mereka membuat rakaman rancangan Melodi Raya terbitan TV3 di PWTC, Kuala Lumpur baru-baru ini. Mereka berdua tidak segan dan malu untuk bergambar bersama ketika itu sepertinya mengiyakan episod percintaan mereka dan sekaligus tidak menghampakan permintaan jurugambar yang sememangnya sudah tahu mereka sedang dibuai asmaradana.

Mamat yang ditanya ketika itu oleh wartawan, sudah bersedia untuk berumahtangga dengan Fida yang dijangka pada tahun hadapan, 2012. Persediaan Mamat dikatakan sudah lama untuk berkahwin, dengan sebelum ini pernah bercinta dengan kumpulan rock, Butterfly iaitu Nor Adha selama 9 bulan yang akhirnya putus ditengah jalan sebelum mahu merancang perkahwinan.

Apa-apa pun kita doakan agar mereka berdua, Mamat dan Sepah selamat bernikah kelak, dan hubungan mereka kekal hingga ke saat it, memandangkan perbezaan mereka yang ketara dari sudut profesion, Mamat 'gila-gila', Fida sopan santun.

[via]

Gambar Fida dengan kekasih hati?

Jumaat, 5 Ogos 2011

Akhirnya desas desus sebelum ini yang menyatakan pelakon Fida ada bercinta dengan salah seorang daripada ahli kumpulan Sepah (dengar-dengar bakal nak dibubarkan selepas Raya) kini semakin menampakkan petanda [link]. Selepas gambar dibawah ini tersebar maka gosip diantara Fida dengan 'dia' bakal menjadi bukan gosip lagi dan itu bakal menjadi realiti. Nak tahu siapa dia? si Mamat Sepah lah. hehe.

Sepah juara Maharaja Lawak 2011

Sabtu, 25 Jun 2011

Tahniah kepada kumpulan Sepah [Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), Mohd Noor Murad (Mamat) dan Shahmira Mohamed (Shuib)] kerana telah berjaya memenangi tempat pertama dalam edisi Maharaja Lawak 2011 yang telah pun melabuhkan tirainya tadi di Stadium Melawati Shah Alam. Satu keputusan yang agak mengejutkan dan mengemparkan bagi penonton program berkenaan. Dijangkakan ramai menyangka Jozan yang selama beberapa minggu di top 1 bakal menjuarai program itu, namun mereka hanya sekadar menduduki tempat ke-2 dihadapan Nabil ke-3 dan Jambu ke-4.

Dengan 2 tema menjadi pilihan, bebas dan juga muzikal, maka secara keseluruhannya amat membanggakan dan memuaskan hati penonton. Begitulah adat bertanding, seperti bola sepak juga, bola itu bulat. Jadi pemenangnya tidak semestinya mereka yang popular sebelum ini. Sepah dah buat berhabis baik dengan mejoriti sketsa dorang ada babak 'wanita', dan mereka akhirnya menang. Dan yang lain-lain mereka juga tidak pulang dengan tangan kosong. Dapat juga hadiah. Terutama Nabil yang dapat RM150,000 bulat2. haha.. :)

1st Sepah = topi MRL + trofi + RM350,000 (RM115,000/orang)
2nd Jozan = trofi + RM250,000 (RM125,000/orang)
3rd Nabil = trofi + RM150,000
4th Jambu = trofi + RM50,000 (RM25,000/orang)

inikah kekasih Mamat Sepah?

Selasa, 25 Januari 2011

Belek punye belek tadi di dalam internet, sekali terjumpa dah gambar-gambar finalist Raja Lawak musim ke-3, Mamat Sepah bersama dengan teman rapatnya yang bernama Nur Syuhada. Tak pasti kalau teman rapatnya ni merupakan kekasihnya. Tapi dengar-dengar dia memang kekasih Mamat. Nur Syuhada dikatakan adalah adik kepade guitarist kumpulan Kristal, Rodi dan sekarang Nur Syuhada sedang menuntut di ASWARA. Nur Syuhada lawa juga orangnya, cun habis.