Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Shah Iskandar, Fida Ibrahim tengah bercinta?

Rabu, 1 Julai 2015

Rafidah Ibrahim ada memberitahu yang beliau sedang mengenali hati budi Shah Iskandar sebelum ini telah mencetuskan tanda tanya bahawa mereka kini sedang ke arah gerbang percintaan. Walau bagaimanapun, Shah menafikan yang dia dan Rafidah hanya sekadar kawan biasa walaupun mengakui yang Rafidah seorang yang lemah lembut.

Sebelum ini mereka kelihatan bersama mesra ketika menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Sony Music sekitar minggu lalu.
Acara berkenaan lebih banyak penyanyi dan saya tidak berapa kenal dengan artis-artis lain dan apabila nampak Fida kami duduk semeja. Memandangkan kaki saya tercedera dia juga ada membantu pegangkan barang milik saya tetapi itu bukan bermaksud kami bercinta tetapi teman biasa sahaja.

Dia seorang teman yang baik dan penyayang tetapi itu tidak bererti kami bercinta. Biarlah perkara itu ditentukan oleh jodoh. -Shah Iskandar

Cara Fida Bertudung Dapat Kecaman

Selasa, 17 Disember 2013

Memetik daripada portal GUA, Rafidah Ibrahim dikatakan dikecam oleh sesetengah pihak yang memakai tudung kerana penampilan Rafidah yang dikatakan bertudung juga tidak mengikut atau kesesuaian terhadap pemakaian tudung itu sendiri.

Tidak tahu kecamanan dan kesesuaian yang seperti apa mereka maksudkan mungkin kerana tudung yang tidak melabuhkan bahagian dada atau sering kali memakai pakaian ketat kot.
"Tak patut orang salahkan saya. Bila perkara sebegini berlaku, ada yang mengaitkan saya dengan wanita bertudung yang lain. Saya macam orang lain juga, ada kesilapannya,"

"Kalau ada tuduhan yang berlaku pada saya, jangan kaitkan dengan yang wanita lain yang berhijab. Kalau rasa saya yang salah, saya pohon untuk fokus dengan saya sahaja, bukan melihat semua wanita bertudung secara keseluruhannya."

"Kebanyakkan peminat memahami saya. Tapi ada juga mendengar dan menghukum tanpa usul periksa. Bagi saya, jangan mudah meletakkan hukum atau menghakimi seseorang sebelum mengetahui perihal sebenarnya," -Fida

6 Gambar Kekasih Baru Zalif Sidek?

Jumaat, 25 Oktober 2013

Zalif Sidek yang pernah dikaitkan menjalinkan hubungan dengan Fida Ibrahim beberapa bulan lalu dan akhirnya difahamkan sudah putus, kini menemui pengantinya.

Mana tidaknya dianggap sebagai orang yang bercinta, beberapa keping gambar mesra diantara Zalif dengan Syafrina tersebar di internet.

Dah Popular Tanpa Mamat atau Zalif - Fida

Isnin, 14 Oktober 2013

Dengarnya Fida ni menumpang populariti bekas dua selebriti lelaki yang terkenal yang juga bekas teman lelakinya, Mamat Sepah dan Zalif Sidek.

Memetik portal Utusan semalam, Fida didakwa sengaja mencari publisiti murahan dengan bercinta dengan mereka berdua bagi menaikkan populariti dirinya.

Gambar Fida Ibrahim Seksi

Jumaat, 30 Ogos 2013

Pakaian Fida Ibrahim ni kadang kala tak tentu arah. Ada yang sopan ada juga yang terlebih sopan. Bahkan pernah sesekali dahulu sampai mendapat kritikan juga dia terima walaupun menutup aurat.

Yang terbaru mengenai gambar ketatnya yang menampakkan sebahagian bentuk susuk badannya telah dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram. Dan mendapat kecaman daripada pihak kaum Hawa.

Gambar Noryn Aziz dan Keluarga

Selasa, 6 Ogos 2013

Cantik sungguh melihat Noryn Aziz ni bertudung. Apatah lagi bertudung labuh dengan fesyen yang terkini. Ini ada gambar terbaru Noryn, Suami (Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah) dan anaknya, serta tidak ketinggalan sesi bergambar bersama Fida Ibrahim di HarianMetro. -Instagram norynaziz

Komen Negatif buat Fida Bersemangat Masuk AF

Khamis, 1 Ogos 2013

Bila Fida Ibrahim layak ke Akademi Fantasia musim terbaharu, ramai peminat hiburan tempatan yang sepertinya tidak bersetuju dan kurang senang duduk melihat seorang selebriti boleh layak ke pertandingan seperti itu.

Keadaan itu sebenarnya didorong sebab populariti selebriti bakal menenggelamkan bakat-bakat pelajar yang ada kerana persaingan untuk itu sepertinya luas dan tinggi untuk Fida. Namun tidak tahulah kalau persembahan Fida nanti boleh memukau penonton/juri atau sebaliknya.

30 Gambar Selebriti Berbuka Puasa

Ahad, 21 Julai 2013

Maaf la kerana terlambat untuk memuatnaik gambar selebriti ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama Astro baru-baru ini.

Biasalah hot dengan cerita Ashraf Muslim kan, terlupa nak selitkan gambar kesayangan selebriti anda.

Ramai juga selebriti yang hadir di bangunan Astro bersebelahan KLCC ni, di antaranya adalah, Zizan Razak, Johan dan Ozlynn, Erra Fazira, Lisa Surihani, Rozita Che Wan, Kaka Azraff, Mia Sara, Fouziah Gous, Raja Azura, Fida, Azwan Ali, dan ramai lagi lah.

Jom layan..

Fida: Mamat dah Bebaik, Zalif pula Putus!

Jumaat, 19 Julai 2013

Pelik dan inilah dunianya. Fida Ibrahim yang juga pelajar Akademi Fantasia musim terbaharu dikatakan sudah berbaik semula dengan Mamat Sepah aka mantan kekasihnya dahulu.

Dan menurut portal mStar semalam, Fida menganggap Mamat hanya kawan biasa dan tidak lebih dari itu. Baguslah kalau dah saling bermaaf-maafan, tak baik simpan dendam.

Fida Ibrahim Dipilih Peserta Akademi Fantasia

Selasa, 2 Julai 2013

Seperti sedia maklum, Akademi Fantasia (AF) kini sudah bermula. Pencarian bakat baru telah dilakukan di seluruh negara. Tidak ketinggalan Fida Ibrahim bekas kekasih Mamat Sepah telah dipilih untuk menjadi peserta di AF kali ini

Antara juri yang memberi peluang kepada Fida adalah Cikgu Syafi, menurut laman Murai, dia memberikan peluang kepada Fida walaupun memberikan markah rendah kepada Fida namun dua juri lain memberikan markah yang tinggi buat Fida. Bagi Syafi, vokal Fida biasa-biasa saja.

Tambahan lagi, Cikgu Syafi tidak menggalakkan golongan artis untuk menyertai Akademi Fantasia kerana merasakan mereka sudah punya peminat tersendiri dan tidak adil untuk peserta yang baru dalam indusrti.

Gambar Cun Fida Ibrahim

Jumaat, 12 April 2013

Comel juga model dan pelakon Fida Ibrahim ni kan. Gambar yang dimuat naik dalam laman sosialnya menampakkan dia seorang yang anggun dan jelita. Dan jarang-jarang admin post mengenai Fida ni, tip top memang cun la dia ni kan. Memang tidak dinafikan menjadi pujaan dambaan lelaki bujang diluar sana. Keh keh. Follow Instagram Fida Ibrahim.





Gambar Selebriti di ABPBH2013 v3

Selasa, 5 Mac 2013

Gambar dibawah adalah gambar-gambar ketika sidang media untuk majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-13 (ABPBH2013) edisi ke-3. Dan ini lah diantara selebriti-selebriti yang sempat hadir baru-baru ini.

Mereka ada lah Zizan Razak, Fara Fauzana, Fida, Najwa Latif, Rozita Che Wan, Mizz Nina dan lain-lain lagi. -gambar Ryaniez Moments Photography

Fida Ibrahim Hiasi Majalah Remaja

Rabu, 27 Februari 2013

Majalah Remaja edisi terbaru ini 1 Mac menampilkan Fida Ibrahim sebagai penghias muka hadapan majalah mereka. Memang kelihatan cantik dan anggun sekali Fida.

Namun malangnya, muka hadapan ditutupi separuh mukanya. Mungkin di dalam majalah ini terdapat full muka Fida Ibrahim. Apa tunggu lagi dapatkan di pasaran segera. -gambar Facebook Remaja


Fida Diganggu 'Minah' Agar Menjauhi Zalif

Selasa, 4 Disember 2012

Hubungan yang terjalin diantara pelawak, Zalif Sidek dengan Fida Ibrahim kini terganggu oleh seorang minah yang mahu hubungan diantara mereka retak dan hancur.

Dijadikan cerita, minah ni mungkin bekas kekasih kepada Zalif Sidek, sebab secara logiknya, kenapa mahu menghalang hubungan mereka berdua kan.

Namun Fida memutuskan untuk berkawan biasa dengan Zalif kerana tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa diantara sebab mereka berdua bersama-sama..
"Saya tiada masalah apabila Zalif cakap dia mahu berkawan dan kenal saya dengan lebih rapat kerana saya mahu beri peluang kepada sesiapa sahaja selepas tiada hubungan dengan sesiapa.

"Tetapi sejak cerita tentang hubungan kami tersebar, hidup saya tidak tenteram apabila dia yang mendakwa sebagai teman wanita Zalif mula mengganggu hidup saya.

"Tidak cukup dengan SMS (khidmat pesanan ringkas), dia menelefon saya dan menghambur kata-kata kesat agar menjauhkan diri daripada Zalif.

"Saya jadi takut dan sebab itu juga saya tidak membalas BBM (mesej BlackBerry) yang Zalif hantar kerana tidak mahu masalah ini terus menjadi besar," katanya . -sumber

Fida Ibrahim, Zallif Sidek bercinta?

Selasa, 30 Oktober 2012

Setelah berpisah dengan Mamat Sepah beberapa lama yang dahulu yakni setahun yang lalu, bekas kekasihnya itu, Fida Ibrahim mengakui rapat dengan pelakon, Zalif Sidek.

Sebelum itu Fida juga dikatakan menjalinkan hubungan dengan ahli perniagaan, yang bergelar 's' namun ianya menemui jalan buntu.

Dan kini pelakon komedi berkenaan menjadi pilihan Fida kerana sifat periangnya dan jenakanya. Apa-apa pun semoga berbahagia lah ya Fida, jangan lama-lama berpacaran, terus masuk meminang ok.
"Kami baru berkawan rapat dan belum ke tahap bercinta. Rasanya tak salah kalau saya bagi peluang kepada dia (Zalif). Lagi pun, masing-masing masih solo.

"Dia seorang lelaki yang budiman. Saya suka dengan keberanian dan keikhlasannya mahu mengenali saya dengan lebih mendalam,

"Mungkin secara kebetulan sahaja Zalif dan Mamat adalah pelakon komedi. Hakikatnya, saya memang mudah tertarik dengan lelaki yang suka berjenaka dan periang.

"Kalau saya tertekan dengan kerja, Zalif pandai membuat saya ketawa. Dia membuatkan saya berasa selesa apabila kami berjumpa," -ujar Fida. -Via

Mamat Sepah masih disayangi Fida, ada peluang ke-2?

Selasa, 24 April 2012

Kisah percintaan Mamat Sepah dengan Fida memang ramai yang sudah tahu, dan kisah mereka disebabkan sekeping gambar yang dikatakan cukup sensitif lalu kegagalan Mamat untuk memegang amanah itu. Sudah 7 bulan berlalu, Fida kini tampil dan memberikan luahan isi hatinya kepada korang semua yang dia masih sayangkan Mamat lagi dan membuka lembaran baru dengan membuang yang keruh ambil yang jernih, tapi sebagai kawan biasa jerk la. Ini adalah petikan dialog Fida dari laman hiburan GUA.

“Selepas dipertemukan semula dalam program Apa Saja FBI, hubungan kami berdua kembali baik seperti dahulu. Fida mengaku baik dengan dia tapi tidak tahu sejauh mana perhubungan kami. Apa-apapun, Fida akui sayang Mamat sebagai kawan dan sudah memaafkan perbuatannya yang lepas,”

“Tidak dinafikan Mamat masih mahu mencuba lagi untuk memperbaiki hubungan kami. Dia ada datang ke rumah dan kami juga ada keluar bersama. Malah, jika hendak diikutkan, Mamat nak pergi lagi serius dalam perhubungan kami. Dia juga nekad nak serius terus selepas ini dan sudah ada kata-kata serius dari dia.

“Namun, tidak dinafikan, ramai juga yang bantah hubungan Fida dengan Mamat. Keluarga tidak masuk campur dan hanya memberi nasihat. Bagi Fida, jika ada jodoh antara kami, adalah. Apa-apapun, Fida serahkan jodoh semuanya kepada Tuhan. Bagi yang selalu cakap tak elok tentang Mamat, Fida rasa tak perlulah sebab itu buat Fida lagi kesian dengan dia dan sebagai seorang kawan, Fida rasa Fida kena bersama dengan dia di saat dia susah.”

Fida rapat dengan businessman!!

Khamis, 24 November 2011

Pastinya sudah ramai yang mengetahui tentang hubungan cinta yang terjalin antara Fida dan Mamat yang telah putus setelah menjalin hubungan cinta dalam tempoh yang agak singkat. Selepas hubungan percintaannya putus di tengah jalan, dia mengambil keputusan untuk tidak terikat dengan mana-mana lelaki buat masa ini.

"Sebenarnya selepas hubungan saya dan Mamat putus memang ramai lelaki yang cuba mendekati saya seperti di kalangan artis dan orang biasa. Malah, saya akui pernah cuba didekati golongan VIP. Walaupun ramai yang cuba untuk menjalinkan hubungan serius, tetapi rasanya biarlah sekarang saya solo dahulu. Cuma saya tidak nafikan yang kini agak rapat dengan seseorang," jelas kepada Kosmo.
Jejaka tersebut adalah seorang businessman dan mereka berdua sebenarnya sudah lama saling mengenali iaitu sebelum dia menjalinkan hubungan cinta dengan Mamat. selama ini hubungan mereka hanyalah sekadar teman biasa sahaja. Namun, selepas apa yang menimpa dirinya telah menyebabkan hubungan mereka kini menjadi lebih rapat.

Gambar baju muslimah Fida

Rabu, 9 November 2011

Promote jap kedai busana dari butik Galeri Muslimah Sdn. Bhd. Butik Galeri Muslimah yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini terletak di A-1-6, Blok A, PJU 8/1, Neo Damansara, Damansara Perdana.Pelbagai jenis kain yang berkualiti siap untuk korang yang mementingkan ciri-ciri pemakaian dalam Islam. Gambar dibawah adalah diantara pakaian yang dipakai oleh Fida. Kalau nak tahu lebih lanjut / berkenan mengenai pakaian yang dipakai Fida ni, boleh lah pergi ke kedai berkenaan ok.

[gambar Via]

Fida putuskan hubungan cinta dengan Mamat

Isnin, 10 Oktober 2011

Petikan temubual dibawah dipetik dari laman blog hiburan RotiKaya. Memang tidak dinafikan lagi hubungan Fida dan Mamat Sepah sejak tersebarnya gambar Fida tidak bertudung kini semakin rengang. Fida pon sudah memaafkan Mamat. Tapi tidak secara 'face to face' hanya melalui SMS. Keputusan pengakhiran episod cinta ini diambil Fida melalui temubual berkenaan.

Adakah tindakan Fida ini wajar atau tidak pada dasarnya? tidak adakah peluang ke-2 bagi si buahati untuk membuktikan yang ini kesilapan pertama dan terakhir? huhu.. Ada peluang ke buat anda diluar sana? ngeee..

Status hubungan sekarang selepas isu gambar nampak rambut.

“Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung & memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu”

“Tetapi, selepas di’fikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri di’sebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu di’putuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk”

Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?

“Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”

“Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja”

Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?

“(Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja & kami bukan’nya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni”

Ada pesanan untuk Mamat kalau kalau dia membaca tulisan kami?

“Fida harap di’masa akan datang kalau kita di’jodohkan dalam satu projek bersama, kita berdua boleh bekerja secara professional dan tidak biarkan apa yang terjadi ganggu kerja kita berdua” [via]

Fesyen Tudung Fida yang Terkini

Khamis, 22 September 2011

Episod duka mengenai penyebaran gambar tak bertudung Fida baru-baru ini telah diakui ianya kesilapan besar kekasihnya Mamat yang meng-upload gambar berkenaan di laman sosial, melalui media online. Kita lupakan kisah itu, sebab benda itu tidak disengajakan dan bukan untuk memburukan imej Fida, Fida semamngnya seorang yang baik.

Lain pula cerita mengenai Fida kali ini. Biasalah orang dah famous, mesti ada sahaja cerita mengenai dirinya. Fida baru-baru ni menyertai MASiF 2011 yang berlangsung selama tiga hari di KLCC hujung minggu lalu. Fida kelihatan seperti Dato' Siti Nurhaliza dari segi penampilannya. Yang tu xpa lah, dah jadi trend masa kini. Tapi Fida sepertinya dah mula mendedahkan sedikit demi sedikit kepada umum mengenai dirinya.

Oo Fida, kami mahu anda kekal imej seperti dahulu, seperti gadis melayu yang kami inginkan. :)