Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Adira buang masa jer - Datuk Red

Khamis, 21 September 2017

Suami Adira AF, Datuk Sri Adnan Abu (Datuk Red) tampil memberitahu punca sebenar kenapa dia tidak datang ke program realiti Akademi Fantasia (AF) Megastar pada malam Ahad lalu.

Bukan buang masa sebab jadi isteri beliau, tapi buang masa dari bab lain.

"Saya sudah jangka Adira akan terkeluar kerana sejak masuk program ini dia tidak dibenarkan membawa bayi ke sesi latihan atau masa pertandingan. Tapi malam itu pihak produksi berkali-kali ingatkan dia supaya bawa anak.

"Jangan kata saya tidak mengundi, letih sudah mengundi, malah semua pekerja saya pun mengundi,

"Sejak awal lagi saya tidak setuju kerana dia sudah ada nama dan tidak perlu sertai pertandingan begitu. Lagi pula saya kasihankan Anggerik yang masih kecil.

"Namun, saya sokong bila dia mahu juga sertai. Tapi itulah, saya rasa dia hanya buang masa je, lebih baik dia fokus cari lagu baru dari sertai program ini," ujarnya kepada mStar Online.

Amylea AF dari gemuk ke ramping.. ini rahsianya.. (12 gambar perubahan)

Khamis, 14 September 2017


Amylea Azizan dari fanalis Akademi Fantasia ke-3 kini membuat kejutan apabila berat badannya dari 61kg ke 53kg.

Melalui sebuah posting di Facebook, Amylea memberitahu oleh kerana dia mempunyai ketinggian 149 cm / 4’11, berat badannya perlu hanya sekitar 42kg.

Walaupun belum mencapai tahap tersebut namun dia masih berusaha untuk menurunkan sehingga 47kg.

Gambar kekasih baru Azhar Osman

Selasa, 22 Ogos 2017

Pelakon, Azhar Osman yang juga penyanyi kumpulan Azhael timbul gosip dimana dia sudah bertemu dengan penganti Amira Othman. Dengar khabar, wanita berkenaan masih lagi belajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta.

Azhar juga mengakui yang mereka telah 3 bulan menjalinkan hubungan cinta namun masih belum bersedia untuk berkahwin.

Indah Ruhaila putus tunang, puncanya?

Selasa, 20 Jun 2017

Indah Ruhaila mengakui dia sudah memutuskan tali pertunangannya baru-baru ini. Dia mengikat tali pertunangan dengan seorang pengurus akaun seminggu sebelum memasuki program Akademi Fantasia 2013 lalu.

Namun Indah menafikan putusnya pertunangan mereka berpunca dari pihak ke-3
"Susah untuk saya komen tentang perkara ini kerana ia akan melibatkan keluarga dan banyak hati yang perlu dijaga. Jadi, biarlah saya selesaikan secara baik dahulu sebelum beri sebarang kenyataan.

"Insya-Allah, saya akan beri jawapan dalam masa terdekat,

"Masalah hubungan kami itu tiada kena mengena dengan orang ketiga. Saya tidak mahu memberitahu atau cerita perkara ini kepada umum kerana ia terlalu peribadi.

"Apa yang saya harapkan agar semua peminat mendoakan yang terbaik tentang hubungan kami," ujarnya kepada mStar Online.

Hubungan Erra Fazira, Shahir terkini...

Selasa, 11 April 2017

Erra Fazira mengaku masih berkawan dengan Shahir AF8. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hubungannya dengan pemuda terbabit, selepas cerita membabitkan mereka berdua bagaikan senyap, sejak akhir-akhir ini.

Pada Jun tahun lalu, Erra mengaku menjalinkan hubungan dengan penyanyi berkenaan selepas gosip mengaitkan mereka terpampang di media.

"Saya masih berkawan dengannya," kata Erra ringkas sambil memberitahu, silaturahim yang terjalin takkan terputus begitu saja.-petikan BharianOnline

Sekitar pertunangan Nina Nadira AF (12 gambar HD)

Isnin, 27 Mac 2017


Pertemuan ketika menuntut di Melbourne, Australia, tahun lalu, akhirnya memutikkan cinta dan jodoh antara bintang program realiti Akademi Fantasia (AF) 2014, Nina Nadira dan Ahmad Farhan Rusman.

Nina dan Ahmad Farhan, seorang arkitek, bertunang di kediaman keluarga Nina, di Kuala Lumpur, semalam. Pasangan masing-masing berusia 25 tahun itu dijangka bernikah, akhir Julai depan.

Berita pertunangan itu turut dikongsi Nina di laman Instagram miliknya. Majlis itu dihadiri kira-kira 120 tetamu. -BharianOnline

Sufi AF terima hadiah 'misteri' peminat..

Sabtu, 25 Februari 2017

Penyanyi AF 2015 kelahiran Singapura yang popular dengan lagu Aku Sanggup, Sufi Rashid ini mengakui penah menerima hadiah yang mengejutkan daripada peminat wanita iaitu seluar dalam.

Difahamkan hadiah berkenaan diterima Sufi ketika sambutan ulang tahun kelahiran.

“Macam-macam hadiah yang saya terima, termasuklah seluar dalam. Belum pakai lagi. Rasa segan nak pakai sebab yang bagi tu peminat perempuan,

“Saya rasa pelik juga. Tetapi yang bagi tu berniat baik kot. Rasa speechless pun ada,” ujar Sufi yang turut mengakui, sering menerima hadiah unik dan pelik daripada para peminat.

“Ada yang bagi baju yang pernah dipakai peminat, dan ada juga yang bagi jam tangan. Dia buka jam yang dipakainya dan hadiahkan pada saya. Apa pun, saya terima pemberian mereka dengan hati terbuka,” kata Sufi memetik MediaHiburan.

Fahan AF4 bakal melahirkan anak pada..

Isnin, 6 Februari 2017

Farhan Akademi Fantasia musim ke-4 (AF4) dijangka menyambut kelahiran anak pertama penghujung bulan Mac depan. Memetik BharianOnline semalam, mengenai jantina cahaya mata yang bakal disambut nanti, beliau berkata, dia dan suami, Ahmad Rashadan Suhaimi, menerima apa saja rezeki yang dikurniakan kepada mereka. Sebelum ini, Farhan pernah keguguran pada Jun tahun lalu.

Adel AF selamat menjadi isteri (8 gambar HD)

Isnin, 2 Januari 2017

Adel AF 2014 (Adeline Joyce) selamat dinikahkan dengan seorang ahli perniagaan Muhammad Affan Jumahat, 29, dengan sekali lafaz di Taman Seri Gaya, Kota Kinabalu, Sabah pada hari Ahad semalam dan dihadiri lebih 200 tetamu.

Majlis tersebut juga turut dihadiri oleh bekas isteri Affan bersama tiga anaknya. Manakala majlis resepsi mereka berlangsung pada hari ini bertempat di Tuaran.

Pasangan ini mula berkenalan sejak setahun lalu dan mengikat tali pertunangan pada 3 Disember lalu.

Zarol AF, Zila Seeron ber-video call, ada apa2 ke?

Selasa, 4 Oktober 2016

Zarol AF 2016 mengaku sering berhubung dengan bekas isteri pelawak Along (Cham) iaitu Zila Seeron menerusi aplikasi sembang WeChat sebelum menyertai program realiti Akedemi Fantasia 2016.

Zarol mengakui perbualan antara mereka hanya berkaitan tentang aplikasi nyanyian Smule semata-mata.

"Saya akui sering berhubung dengan Zila menerusi WeChat, itu pun sebab dia yang cari saya di laman sembang itu. Tapi kami hanya berbincang tentang nyanyian di Smule sahaja tidak lebih daripada itu.

"Biasa sebelum buat rakaman di Smule kami berbincang lagu apa yang akan dinyanyikan dan membahagi rangkap yang perlu dinyanyikan masing-masing,

"Saya tegaskan saya tiada hubungan dengan Zila Seeron dan saya tidak pernah sekalipun berjumpa dia di luar melainkan di berduet di Smule.

"Saya berduet dengan dia juga atas permintaan pengikut saya di laman sosial yang menganggap suara kami serasi, lagi pula saya sudah bertanya sama ada suaminya (Along Cham) memberi keizinan untuk berduet," ujarnya kepada mStar Online.

Abby Abadi tegur pedas dengan Mas Idayu! PANAS..

Khamis, 29 September 2016

Beberapa hari lepas, Abby Abadi menerusi akaun Facebook miliknya bertindak untuk menegur seorang selebriti yang telah memeluk pelajar lelaki didalam program realiti Akademi Fantasia.

Ramai percaya bahawa teguran Abby itu ditujukan buat Mas Idayu dan ia mendapat perhatian orang ramai.

Inilah bakal suami Lufya Omar, Doktor.... (3 gambar)

Jumaat, 26 Ogos 2016

Lufya Omar berkongsi gambar bersama tunangnya di Instagram. Menjalin ikatan dengan seorang doktor, Dr Che Muhammad Hafiz, sejak Ramadan lalu, katanya perkongsian itu dilakukan sekadar rakaman kenangan selain berharap peminat mendoakan mereka.

Penampilan terkini Faizal AF4 (3 gambar)

Khamis, 4 Ogos 2016

Sekitar majlis pernikahan Ika Nabella (30 gambar)

Ahad, 31 Julai 2016

Pelakon yang digilap bakat menerusi program realiti, Akademi Fantasia (AF) musim keenam, Ika Nabella sah bergelar isteri kepada Muhammad Zaid dengan sekali lafaz, kira-kira jam 2.25 petang semalam, 30 Julai.

Upacara pernikahan pasangan itu berlangsung di Dewan Batu Maung, Pulau Pinang. Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Ridwaniah, Sungai Batu Bayan Lepas, Ahmad Fuad Abd Hamid.

Pada majlis itu, Zaid turut menyerahkan mas kahwin RM1,008 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan. Pasangan mempelai itu, masing-masing turut menyerahkan tujuh dulang hantaran. -Bharian

Imej terbaru Mawi untuk kebangkitan semula nyanyiannya..

Isnin, 30 Mei 2016

Faizal AF4 pernah jadi penagih, kini bahagia dengan isteri ke-3

Isnin, 7 Mac 2016

Faizal AF4 mengakui kegagalannya mengawal diri hingga terjebak dengan anasir negatif meragut kerjaya seni dan hampir memusnahkan hidupnya. Faizal berkata, populariti yang diraih membuatnya lupa bumi yang dipijak dan akhirnya terjebak dengan perbuatan sia-sia. Ketelanjurannya itu juga menyebabkan dua perkahwinannya menjadi korban.

Kesal dengan apa yang berlaku, Faizal mengakui dirinya sudah berubah, malah pertemuan dengan isteri yang dinikahinya pada November lalu, Sahidatul Najiha memberikan harapan kepadanya untuk memulakan hidup baharu.

Stacy ketika zaman muda dan sekolah.. (10 gambar)

Selasa, 16 Februari 2016

Mungkin ramai peminat stacy yang belum tahu perihal diri beliau sebelum menjadi artis dan seterusnya melonjak popular selepas memenangi program akademi fantasia ke-6.

Sepanjang berada di Akademi fantasia musim ke-6, Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angle Anam, 18, senantiasa ceria berbanding segelintir pelajar lain yang adakalanya bersedih atau hilang fokus kerana masalah peribadi.

Istimewa untuk semua, jom kita lihat gambar-gambar Stacy sebelum dia menyertai AF6.. Mungkin ada peminat yang akan tergelak... :-)

Bekas pelajar AF4 berchat dengan suami orang..

Jumaat, 12 Februari 2016


Menerusi satu kiriman e-mail yang di terima, ada pihak yang mendakwa bekas pelajar AF 2014, Adel yang berasal daripada Sabah sedang bercinta dengan suami orang.

Menurut sumber tersebut, teman lelaki Adel merupakan seorang kontraktor yang berkahwin dengan wanita daripada Johor dan mempunyai tiga orang anak.

Inilah bakal suami Ain AF8, seorang duda.. (2 gambar)

Rabu, 16 Disember 2015

Nadiawati Ainul Basir atau Ain AF8 mengumumkan akan menamatkan zaman bujang dengan pilihannya bernama Najib Ali yang juga seorang berstatus duda anak dua. Najib merupakan seorangp egawai khas untuk sebuah parti politik.

Mereka sudah bertunang pada November lalu selepas 4 bulan berkenalan.

Aril AF7 selamat bergelar ayah, yang istimewanya.. (gambar)

Jumaat, 27 November 2015

Tahniah buat Aril AF7 yang menimang cahaya mata sulong berjantina lelaki pada 24 November yang lalu.
Isterinya, Puteri Edlinda telah bersalin pada kira-kira jam 11.25 malam di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur secara normal.

Istimewanya tarikh kelahiran anaknya itu sama dengan hari jadi ibunya Normah serta arwah abangnya Izwan Pilus.