Wawa Zainal Sudah Ada Tunang Selepas Ada Anak?

Pada: Isnin, 14 Oktober 2013
Memetik daripada sisipan Bharian semalam, Wawa Zainal yang juga isteri kepada Aeril Zafrel kini dilanda kontroversi baru. Dia didakwa pernah bertunang dengan seorang jejaka bernama Abdul Rashid.

Rashid merupakan seorang guru dari Lahad Datu, Sabah tampil membuat pengakuan setelah melihat kedua-duanya tampil membuat sidang media mengenai kemelut yang melanda.

Rashid mendakwa dia pernah bertunang dengan Wawa pada Jun 2010 atas desakan kedua-dua keluarga mereka. Dan Rashid juga orang yang membawa Wawa ke Kuala Lumpur bagi mencari rezeki di bandar metropolitan ini.

Rashid dan Wawa bertunang dikatakan dalam keadaan rahsia kerana khuatir dengan kontrak MIG yang tidak membolehkan pelakon dibawah khidmat mereka menjalinkan apa-apa jua jenis hubungan istimewa.

Bahkan Rashid menambahkan lagi, yang dia sanggup tunggu 5 tahun lagi untuk Wawa sukses dalam kerjayanya.
"Sebenarnya tujuan Wawa menghubungi saya kerana mahu meminta saya memberitahu adik perempuan saya supaya menghentikan menyebarkan cerita yang pernah berlaku antara kami di internet. Wawa menangis ketika itu. Wawa pernah menumpang di rumah adik saya di Cheras ketika mula menjejak kaki di Kuala Lumpur", ulas Rashid kepada BH.
Dalam masa yang sama, Rashid juga memberitahu ketika itu Wawa mengaku telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Setelah jelas dengan situasi yang berlaku, Rashid telah meminta keluarganya ke rumah keluarga wawa untuk memutuskan pertunangan mereka pada Jumaat lalu.

Adeh sepertinya cerita ini amat memeningkan. Kalau nak diikutkan Aeril berkahwin dengan tunangan orang. maka, haram hukumnya seorang muslim melamar diatas lamaran sahabaynya sendiri apatah lagi menikahinya. Fening3.

Tag : , , , , , , ,