Tarikh Perkahwinan Fouziah Gous, Enggan Terima Tajaan

Pada: Sabtu, 14 September 2013
Nah inilah dia tarikh yang diumumkan oleh Fouziah Gous semalam kepada media. Dia dan tunangnya, Md Zahfran memilih 21 September minggu depan di Masjid Bukit Jelutong, Shah Alam, pada pukul 8 malam untuk menjadi pasangan suami isteri yang sah.

Tarikh ini kata Fouziah dan Zahfran adalah bersesuaian dengan bajetnya yang ada.

"Sebagai anak tunggal perempuan dan bongsu dalam keluarga semestinya mereka ingin meraikan perkahwinan ini dalam keadaan yang meriah dan terbaik.

"Pada saya setiap majlis perkahwinan adalah mengikut kemampuan masing-masing, jika ia dibuat dengan meriah atau besar-besaran ia adalah rezeki mereka, begitu juga kami,

"Ada banyak penaja yang datang untuk taja perkahwinan ini tapi saya tidak mahu kerana saya mahu lakukannya sendiri.

"Jika mereka taja nanti mereka akan buat apa yang mereka suka untuk majlis saya, Namun ada beberapa tajaan sahaja seperti barang kemas dan daripada pihak yang saya kenali sahaja," katanya.
29 September adalah majlis persandingan pihak perempuan di Hotel Marriot Putrajaya dan 5 Oktober pula adalah majlis menyambut menantu di rumah pihak lelaki dekat Bukit Jelutong, Shah Alam.

Tag : , , , , , , ,