Tapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan, orang cepat copy dan merebak seperti wabak yang sukar untuk dibendung.
Namun dugaan ini pasti ada ubat dan hikmahnya. Syamsul mungkin boleh menarik nafas lega apabila difahamkan ada syarikat luar mahu menayangkan filem ini ke pasaran Eropah dan Amerika Syarikat memetik portal Bharian semalam.
Yang pastinya filem KL Gangster 2 ini akan ditayangkan di Los Angeles pada Minggu Pasaran Filem AS yang diadakan tidak lama lagi atas kerjasama dengan KRU Studio.
Ditambah lagi pada bulan Februari 2014 di Berlin, Jerman dan Mei 2014 di Festival Filem Cannes. Jadi semua pakai dollar ok. So kemungkinan besar untung memang meletop juga la ni.











“Syarikat berpangkalan di AS dan Eropah mengakui berminat mengedarkan filem itu selepas melihat sedutan atau trailer di laman Youtube. Sejak disiarkan di laman itu, jumlah tontonan yang direkodkan melebihi sejuta.
“Sebagai penerbit, pastinya berita itu menggembirakan dan disambut dengan hati terbuka. Bagaimanapun, perkara ini masih belum dapat dibincangkan dengan lebih terperinci.
“Ini kerana ketika e-mel diterima, kami berdepan dengan masalah filem ini ‘bocor’ di internet selepas dimuat naik secara haram,” -Yusof Haslam.
Tag : Aaron Aziz , Ady Putra , Berita Artis , Download , Filem , Pelakon , Rosyam Nor , Syamsul Yusof , Yusof Haslam , Zizan Raja Lawak


