Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kutipan filem Abang Long Fadil 2 terkini, wow!

Isnin, 18 September 2017


Dengar khabar yang filem Abang Long Fadil 2 mendapat kutipan yang tidak diduga sekali. Filem arahan anak Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof itu meraih kutipan RM16 Juta dalam masa hanya tiga minggu ditayangkan sejak 24 Ogos lalu.

Jumlah tersebut sekali gus berjaya mengatasi kutipan filem pertama iaitu Abang Long Fadil satu masa dahulu.

Dalam pada itu, sebelum ini filem ini hanya ditayangkan di 130 buah pawagam saja, namun jumlah ditayangkn semakin meningkat kepada 135 buah pawagam termasuk di Brunei dan Singapura.

Filem ini berjaya menduduki tangga ke-5 dari senarai kutipan terbanyak filem-filem tempatan selama ini. Masih belum boleh kalahkan filem abangnya, Syamsul Yusof iaitu Munafik.

Filem 'gay' tetap ditayangkan pada 30 Mac ini..

Rabu, 22 Mac 2017


Filem Disney 'Beauty and the Beast' akhirnya akan ditayangkan tanpa sebarang potongan pada 30 Mac ini.

Menurut sumber dalaman, filem itu telah diluluskan untuk tayangan di Malaysia dan diletakkan di bawah Klafisikasi PG13 (Kanak-kanak di bawah 13 tahun tidak dibenarkan melainkan ditemani oleh seorang dewasa) tanpa sebarang pemotongan.

GSC turut memuatnaik status di laman Twitternya bahawa filem itu akan ditayangkan bermula 30 Mac tanpa sebarang potongan.

Filem 'Beauty and the Beast' mencetus kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon berkata, karektor LeFou yang dimainkan Josh Gad merupakan "nice exclusively gay moment” dalam filem itu.

Adaptasi klasik Disney itu sepatutnya ditayangkan di Malaysia pada 16 Mac tetapi ditangguhkan selepas pihak berkuasa mahu mengeluarkan adegan gay dalam filem itu. -mStarOnline

RM8 juta dalam 11 hari - Polis EVO!

Selasa, 29 September 2015

Filem Polis Evo berjaya mengutip RM8 juta selepas 11 hari penayangannya sekali gus membuktikan industri perfileman tempatan masih mempunyai pengaruh.

Kutipan itu melibatkan 101 buah pawagam seluruh negara termasuk Brunei selepas ditayangkan pada 17 September lalu.
“Kami tidak menyangka dalam kesuraman industri perfileman tempatan ketika ini, peminat masih memberi kepercayaan kepada Polis Evo untuk menduduki tempat teratas dalam carta filem Melayu terlaris untuk tahun ini,” - Naib Presiden & Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar memetik portal mStar

Panas! Video lucah Fazura?

Rabu, 31 Disember 2014

Baru-baru ini sebuah akhbar tempatan ada menyiarkan yang Nur Fazura menjadi mangsa video lucah yang disebarkan pihak tertentu melalui sistem e-Mail untuk menjatuhkan kerjayanya.

Video seminit itu dihantar ke wartawan akhbar berkenaan pada 23 Disember lalu.

Fazura menafikan sekeras-kerasnya hal demikian dan kini sudah membuat laporan terhadap SKMM.
“Saya tidak pernah terbabit dengan mana mana video lucah. Saya telah dapatkan nasihat undang undang dan tidak teragak agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan,” -Fazura

filem Abang Long Fadil kutip berjumlah.....

Rabu, 4 Jun 2014

Tahniah kepada pengarah filem Abang Long Fadil, Syafiq Yusof dimana filem hasil arahanya itu berjumlah RM2.1 juta untuk 4 hari ditayangkan. Filem ini ialah kesinambungan daripada kisah KL Gangster, yang membabitkan watak Abang Long Fadil dan Malik yang ditahan dalam penjara.

Berbeza dengan KL Gangster yang lebih serius, filem ini pula berunsurkan komedi. Ia dilakonkan oleh Zizan, Aaron Aziz, Syamsul Yusof, Sofi Jikan dan ramai lagi.

Filem yang dibina hasil naugan Skop Priductions milik ayahnya, Datuk Yusof Haslam cukup berbangga dengan hasil kutipan berkenaan. Andaian Datuk Yusof, angka itu akan menaik sekiranya tiada faktor '18PL' oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
“Saya akur dengan keputusan LPF, tetapi saya berharap pihak terbabit akan bersikap lebih terbuka selepas ini kerana Abang Long Fadil tidak mengandungi unsur ganas yang melampau. Bagaimanapun, sebagai orang lama dalam industri, saya menghormati dan faham kerja badan penapisan.

“Cuma, Syafiq yang agak kecewa apabila filem arahannya itu diberi klasifikasi 18PL dan menerima potongan sebanyak enam babak. Sedangkan di Brunei dan Singapura, filem ini lulus tanpa sebarang potongan.

“Klasifikasi yang diberuikan itu menyebabkan jumlah penonton filem Abang Long Fadil menjadi terhad. Jika tidak, filem ini boleh ditonton oleh seisi keluarga, bersesuaian dengan tarikh tayangannya yang jatuh pada cuti sekolah.

“Dengan klasifikasi yang diberikan itu, hanya penonton berusia 18 tahun ke atas boleh datang menonton. Akibatnya, jumlah penonton lebih merudum,” -Datuk Yusof. petikan Bharian

Kekasih Abadi - Yusry ft. Lisa Surihani

Sabtu, 25 Januari 2014

Rasanya ini adalah lagu pertama mereka berduet sebagai suami isteri, Lisa Surihani dan Ahmad Yusry.  Lagu berjudul Kekasih Abadi ini adalah hasil adik Yusru, Edry. Memang best juga dengar lagu ni, lebih-lebih lagi suara Lisa. Nah nyanyi lah korang, siap ada lirik lagi diberikan tu. :)

Verse 1
Setiap kali ku bukakan mata
Hati tersentuh, kau hiasi dunia
Syukur kerna Dia Mendengar
Doa-doaku…..oh
Baru terasa nikmat percintaan
Indah dibuai beribu khayalan
Semua impian yang ku damba
Menjadi nyata….oh

Chorus
Tak perlulah lagi kau bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah kau memeluk angan
Kini kau ada erat didalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih Abadi

Verse 2
Jika ditakdirkan pergi bersama
Ambilah hembus nafas terakhirku
Agar tak merasa bagaimana
Hidup tanpamu …oh
Bersama kita cekal membina
Sebuah istana yang terindah
Disana kasih kita bersemadi

Chorus 2
Tak perlulah lagi kau bermimpi
Kini kau hadir dalam sedar mencintai
untuk kekal sehidup semati
Tak perlulah kau memeluk angan
Kini kau ada erat didalam dakapan
Padamu setiaku berjanji
Kekasih Abadi

KL Gangster 2 ke Amerika dan Eropah

Khamis, 12 September 2013

Memang besar dugaan yang ditempuhi oleh Syamsul Yusof untuk filem arahan dan lakonannya, KL Gangster 2 yang sudah tersebar di internet mahupun vcd/dvd cetak rompak.

Tapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan, orang cepat copy dan merebak seperti wabak yang sukar untuk dibendung.

Namun dugaan ini pasti ada ubat dan hikmahnya. Syamsul mungkin boleh menarik nafas lega apabila difahamkan ada syarikat luar mahu menayangkan filem ini ke pasaran Eropah dan Amerika Syarikat memetik portal Bharian semalam.

Kami Akan Saman Jutaan Ringgit - DYS

Isnin, 2 September 2013

Kalau anak mendapat musibah pastinya ayahnya akan turut membela apatah lagi ia melibatkan periuk nasi. Itulah tindakan ayah kepada pengarah muda, Syamsul Yusof, Datuk Yusof Haslam dimana bertegas akan menyaman jutaan Ringgit akibat kes 'bocor' filem KL Gangster 2 yang berlaku di internet beberapa hari yang lalu.

Menurut laporan SinarHarian, filem yang menelan belanja RM4.5 juta itu telah mendapat reaksi besar daripada Datuk Yusof dan membuat sidang media rasmi. Walaupun mengakui akan bertindak saman namun enggan mempercepatkan proses penayangannya kepada umum dan yakin akan mengutip jutaan Ringgit walaupun menerima hakikat segelintir orang sudah melihatnya terlebih dahulu.

FIlem KL Gangster 2 Bocor, Salah Siapa?

Jumaat, 30 Ogos 2013

Kesihan kat pengarah muda, Syamsul Yusof. Belum lagi filem KL Gangster 2 ditayangkan di panggung wayang, adalah pula orang jahil yang dah keluarkan terlebih dahulu kat internet.

Bahkan tidak mahu putus asa, sudah di delete oleh pihak berwajib di laman sosial YouTube, orang jahil ini masih lagi berkeras memuatnaik filem berkenaan untuk tatapan umum dengan menggunakan akaun baharu, kalau tidak silap 29hb masih lagi ada.

Tidak dapat dipastikan bagaimana dia mendapatkan salinan filem berkenaan. Ada kemungkinan besar, orang dalam produksi atau panggung wayang yang bersangkutan dalam bekerjasama. Tapi apa-apa pun biarlah diharap siasatan akan dijalankan oleh PDRM dan sebagainya.

Tak ker ratusan ribu Ringgit rugi ni Syamsul akibat dek orang jahil ni ada sebulan lagi sebelum masa penayangan rasmi dibuat. Admin cadangkan agar filem ini dipercepatkan tayanganya, kalau dah sampai di tangan 'Ah Cai', habis dia copy kemudian jual sebagai DVD haram. Ye la, kedai DVD/CD sekarang ni tumbuh bagai cendawan selepas hujan, merata-rata dah ada.

Apa-apa pun sabarlah Syamsul, semoga orang jahil itu sedar.


Juvana The Movie Kutip RM2 Juta

Rabu, 30 Januari 2013

Mengikut sumber sahih, filem yang diadaptasi melalui satu drama tv, Juvana telah mengaut keuntungan atau kutipan melebihi RM2  Juta sejak penayangannya yang bermula pada 24 Januari 2013 yang lalu.

Filem ini dilakokan oleh Johan Asari, Zahiril Adzrin, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan juga Syafie Naswip dengan gaya dan aksi mereka tersendiri. Mungkin filem ini dikatakan yang terbaik buat masa ini memandangkan seminggu penayangannya dengan kutipan yang cukup memberangsangkan.

Apa-apa pun tahniah, kepada yang belum pergi menonton, pastikan menonton ok, memang terbaik gua cakap sama lu.