Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Kutipan filem Abang Long Fadil 2 terkini, wow!

Isnin, 18 September 2017


Dengar khabar yang filem Abang Long Fadil 2 mendapat kutipan yang tidak diduga sekali. Filem arahan anak Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof itu meraih kutipan RM16 Juta dalam masa hanya tiga minggu ditayangkan sejak 24 Ogos lalu.

Jumlah tersebut sekali gus berjaya mengatasi kutipan filem pertama iaitu Abang Long Fadil satu masa dahulu.

Dalam pada itu, sebelum ini filem ini hanya ditayangkan di 130 buah pawagam saja, namun jumlah ditayangkn semakin meningkat kepada 135 buah pawagam termasuk di Brunei dan Singapura.

Filem ini berjaya menduduki tangga ke-5 dari senarai kutipan terbanyak filem-filem tempatan selama ini. Masih belum boleh kalahkan filem abangnya, Syamsul Yusof iaitu Munafik.

Comelnya anak Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana (6 gambar)

Selasa, 8 Ogos 2017

Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana yang dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Syaikhul Islam yang lahir pada 19 April lepas.

Kini usia anaknya itu sudah mencecah nak masuk 4 bulan. Comelnya

Sekitar majlis aqiqah anak Syamsul Yusof, Puteri Sarah (10 gambar)

Sabtu, 27 Mei 2017

Syamsul, Puteri Sarah kongsi wajah anak comel mereka (5 gambar)

Khamis, 27 April 2017



Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana akhirnya dikurniakan seorang bayi lelaki bernama Syaikhul Islam pada 19 April lepas. Mereka sempat berkongsi detik manis bersama anak yang baru lahir itu.

Syamsul, Puteri Sarah timang anak sulung (gambar anak)

Khamis, 20 April 2017

Puteri Sarah Liyana yang juga isteri kepada pengarah Syamsul Yusof selamat melahirkan anak sulung kira-kira pukul 6.30 pagi semalam, Rabu memetik portal mStarOnline.

Bayi berjantina lelaki itu seberat 3.5 kilogram, dilahirkan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar.

Syamsul menerusi laman sosial memberitahu berita gembira tersebut dan mengumumkan nama anak mereka iaitu Syaikhul Islam Mohd Shamsul.

Nabila Huda berbohong?

Jumaat, 10 Mac 2017


Nabila Huda sebelum ini ada me
nyatakan yang dia menolak tawaran berlakon untuk filem Munafik 2. Namun lain pula ceritanya dari Syamsul Yusof yang mendakwa dia tak mengambil Nabila kerana watak Maria yang dilakonkannya mengikut cerita sudah pun mati.

"Nabila tak berlakon bukan sebab dia menolak, tapi saya tak ambil. Saya juga yang memilih Maya dan ia memang betul," katanya pada Rojakdaily.com.

Syamsul juga mengesahkan yang pelakon jelita Maya Karin akan membawa watak utama dalam sekuel filem itu.

“Saya tak terkejut pun dengan keputusan ini kerana saya juga yang menulis skripnya. Watak Maria memang sudah dimatikan dan tak boleh disambung."

Syamsul tak teruja timang anak sulung TAPI..

Khamis, 12 Januari 2017

Syamsul yang kini menunggu kelahiran cahaya mata pertama hasil perkahwinannya dengan Puteri Sarah Liyana pada April depan memberitahu tidak mahu terlalu berasa teruja.

Katanya, dia menyerahkan perkara tersebut kepada Allah.

Puteri Sarah umum jantina anak sulung..

Ahad, 27 November 2016

Isteri kepada Syamsul Yusof, Puteri Sarah mengumumkan yang beliau dan Syamsul bakal menimang cahaya mata lelaki yang dijadualkan akan bersalin pada bulan April tahun depan.
“Tiga bulan pertama Syamsul tak bagi keluar rumah. Saya hanya buat kerja dari rumah sahaja. Sehinggalah selepas tiga bulan ketika membuat pemeriksaan Doktor kata baby sihat dan Alhamdulillah barulah saya berani untuk aktif balik, tapi tidaklah hari-hari bekerja,”

“Persiapan untuk baby belum lagi, sebab akhir tahun ini kami satu keluarga Datuk (Yusof Haslam) akan bercuti ke London dan Paris, jadi kami beli di sana sahaja,” katanya

Berita mengejutkan dari Syamsul, Puteri Sarah

Khamis, 29 September 2016

Pelakon dan pengarah terkenal, Syamsul Yusof memetik portal Bharian mengesahkan isterinya, Puteri Sarah Liyana kini sedang berbadan dua atau hamil dengan usia kandungannya kini adalah 3 bulan.

"Begitupun, selepas melihat air muka mereka setiap hari, saya jadi tidak sampai hati. Kami juga mahu mereka gembira apabila mendengar berita ini.

"Kini, Sarah kerap mengalami muntah dan cepat penat. Saya turut menasihatinya agar banyak berehat dan tidak lagi perlu ke butiknya di Bangsar,"

"Jujurnya saya sangat gembira dan bersyukur menerima berita kehamilan isteri saya. Mungkin ramai yang tidak perasan, ketika berucap selepas menerima anugerah Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28, baru-baru ini, saya ada menyebut mengenai perkara ini.

"Ketika itu, kami baru saja mengetahui perihal kandungan berkenaan selepas disahkan oleh doktor pakar. Namun, saya memilih untuk merahsiakannya buat sementara waktu, sehingga kandungannya betul-betul kuat dan sihat," katanya.

Sekitar Hari Raya Syamsul Yusof, Puteri Sarah (10 gambar)

Selasa, 12 Julai 2016

Dalam diam-diam 4 tahun, rupa-rupanya Syamsul...

Khamis, 26 Mei 2016


Syamsul Yusof baharu mendapat keyakinannya untuk menceburi bidang muzik selepas empat tahun mencipta lagu secara diam-diam.

Bagaimanapun, Syamsul berkata, dia tidak merasakan dirinya sudah terlambat untuk bersaing dalam bidang berkenaan.

"Saya mula berjinak-jinak mencipta lagu sejak empat tahun lalu, tapi saya malu dan tidak berkeyakinan untuk membuatnya secara serius.

"Saya juga tidak merasakan bahawa saya sudah terlambat untuk meneruskan bidang nyanyian ini, sebaliknya sekarang adalah masa paling sesuai untuk saya serius," ujarnya kepadamStar Online.

Mentera Filem Munafik dikatakan benar, ini komen mengejutkan Syamsul Yusof!

Sabtu, 14 Mei 2016


Pelakon Syamsul Yusof menafikan dakwaan mengatakan mentera yang sebut dalam satu adegan filem Munafik adalah ayat sebenar.

Dakwaan yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook itu telah menjadi viral sehingga ramai yang bertanyakan hal tersebut melalui akaun Instagram (IG) Syamsul sendiri.

Syamsul yang juga merupakan pengarah filem Munafik tampil memberi penjelasan mengenai perkara itu dan mengatakan ayat tersebut hanyalah rekaan semata-mata.

Luahan hati Puteri Sarah mengenai zuriat dengan Syamsul Yusof

Sabtu, 23 April 2016

Dua tahun berkahwin, pasti ramai yang menantikan pasagan Puteri Sarah dan Syamsul Yusof untuk mempunyai cahaya mata mereka sendiri.

Jelas Puteri Sarah kepada Harian Metro baru-baru ini, sejak beliau mengalami keguguran pada tahun 2014, Puteri Sarah dan suami tidak pernah putus asa untuk mendapatkan cahaya mata.

Namun, mereka akur bahawa hal ini juga bergantung kepada rezeki dan mereka akan sentiasa bersabar menantikan detik untuk bergelar ibu dan bapa. Puteri Sarah pada masa yang sama bersyukur kerana keluarga beliau dan keluarga mentua tidak memberikan sebarang tekanan untuk beliau mendapatkan anak.

Kami sentiasa berusaha ke arah itu. Siapa yang tidak mahukan anak, cuma dalam perkara ini ia bergantung kepada rezeki. Jadi, saya dan suami kena sentiasa sabar.

Kami juga belum terdesak nak memiliki anak. Bukan apa, saya percaya aturan Allah SWT itu lebih baik. Kalau bukan sekarang mungkin tahun depan. Apa-apa pun jangan berhenti daripada terus berdoa.

Saya selalu cakap kepada suami, selepas berkahwin tidak mahu menjadi pasangan yang bosan. Macam mana yang dilalukan ketika bercinta dulu, sama juga selepas kahwin. Sebagai contoh, apabila kami ada kerja di luar dan tidak bersama, kami saling menghantar mesej. Seboleh-bolehnya kami tidak mahu memadam terus momen bercinta itu. Ibaratnya, setiap hari adalah bercinta.

Kalau boleh setiap tahun mahu bercuti sama ada di dalam atau luar negara. Bagi saya, perkara itu dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Selain itu, setiap tarikh penting ‘dalam hidup kami perlu diraikan’. Syamsul pun tidak kisah, malah dia boleh layan dan terima. Sehinggakan dia selalu cakap, dalam diri saya ini penuh dengan kasih sayang dan sikap ambil berat. Sebab itu, dia sebagai suami cuba untuk memenuhi setiap permintaan saya.

Kutipan terkini filem Munafik, jangan terkejut..

Rabu, 23 Mac 2016

Filem Munafik arahan Syamsul Yusof setakat ini telah meraih RM17 juta dalam tempoh 26 hari tayangan sejak ianya dipertontonkan di seluruh negara pada 25 Februari lalu.

Andai mengambil kira tempoh tayangan, Munafik mengatasi filem aksi, Polis Evo yang memperoleh RM17 juta selepas 60 hari dipertontonkan. Sebelum ini, filem Ola Bola mengutip RM16 juta dalam tempoh 39 hari tayangan.
"Dengan izin Allah, filem kerdilku, Munafik sudah memecah rekod perfileman Malaysia, Singapura dan Brunei... Alhamdulillah. Masih hangat di pawagam sekarang," kongsi Syamsul di Facebook miliknya.

Syamsul Yusof, Puteri Sarah menunaikan ibadah Umrah (5 gambar)

Jumaat, 18 Mac 2016

Syamsul Yusof Masih Tersenyum Walaupun Hampir Terbakar

Selasa, 22 Disember 2015

Rumahtangga Puteri Sarah, Syamsul bergolak?

Isnin, 21 September 2015

Dengar khabar angin mengatakan yang rumahtangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof kini bergolak. Hal ini timbul berikutan mereka dikatakan jarang bersama-sama.

Namun Puteri Sarah menyangkal khabar ini dan menganggap ianya satu bentuk lawak. Kini Puteri Sarah bahagia dengan butiknya di Bangsar bersama-sama suaminya mengurus butik berkenaan.
“Mana dengar cerita ini. Rumah tangga kami bahagia saja, ..kami sangat mencintai antara satu sama lain. Mungkin disebabkan kami jarang menghadiri mana-mana majlis berdua menyebabkan ramai yang menyangka rumah tangga kami bergolak,” jelas Sarah kepada BH Online.

Puteri Sarah terlibat kemalangan jalan raya, keadaanya..

Jumaat, 19 September 2014

Dapat berita yang isteri kepada Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana telah ditimpa musibah yakni kemalangan jalan raya pada dirinya pada minggu lalu.

Tidak dijelaskan kemalangan berkenaan lebih lanjut tapi waktunya adalah sekitar jam 7 petang. Ibu dan bapa kepada Syamsul, Datin Patimah dan Datuk Yusof Haslam telah memberitahu pengikut Facebooknya yang menantunya itu dalam keadaan selamat.

Puteri Sarah hamil dan keguguran?

Selasa, 9 September 2014

Ada sebuah sumber menyatakan yang isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana mengalami keguguran kandungannya.

Sumber terdekat pasangan suami isteri itu telah dimuatnaik ke dalam laporan HarianMetro dimana dia mendakwa yang Puteri Sarah pernah disahkan hamil dua bulan dan difahamkan menerima musibah, keguguran.

Namun belum ada kenyataan rasmi lagi dari Puteri mahupun Syamsul, jika betul berita ini, semoga mereka tabah mengharungi dugaan Allah SWT.

Syamsul bidas kenyataan dari seorang Ustaz

Jumaat, 8 Ogos 2014

Syamsul Yusof adalah seorang pengarah filem yang tegas, jadi bab perang di Gaza, dia juga adalah orang yang tegas di didalam isu berkenaan.

Dikhabarkan Syamsul membuat satu kenyataan di laman sosial miliknya untuk membidas seorang kenyataan ustaz yang mendakwa tiada syahid di Gaza

Pelbagai maklumbalas dari peminatnya dikemukankan, kebanyakkannya menyokong Syamsul.

Soal Syahid atau tidak, rasanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Yang pentingkan doakan yang terbaik untuk warga/saudara kita di GAZA!