Aidil Tendang Saya Macam Bola - Rita Rudaini

Pada: Isnin, 19 Ogos 2013
Episod Rita Rudaini dengan Aidil Zakuan memang sudah ramai yang tahu, dan kini mereka dalam proses untuk bercerai.

Bagi Rita sikap (cerai) Aidil ini membuatkan anaknya Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2, sudah terbiasa menjalani hidup tanpa ayah. Bahkan bagi anak-anak Rita ini juga sudah tidak lagi mengenali Aidil setelah lama tidak kelihatan.
“Diceraikan pada bulan Ramadan dan beberapa hari nak menyambut Syawal, kedengaran amat kejam. Manusia yang kurang didikan agama saja melakukan tindakan merobohkan masjid pada bulan Ramadan. Mungkin Aidil tak tahu, pada hari dia melafazkan talak pada saya iaitu malam 27 berpuasa, kemungkinan boleh jatuh pada malam lailatul qadar. Tapi, Aidil tahu ke apakah malam lailatul qadar?

“Saya bukannya cakap saya baik sangat, tapi saya sedih melihat betapa ceteknya ilmu agama Aidil. Bagi saya, lelaki seperti Aidil tidak layak dibuat suami mahupun menantu. Bagaimana nak layak dijadikan suami, jika soal cerai berai pun boleh dibuat main-main. Dulu, masa tergila-gilakan saya, sanggup bawa saya berkahwin lari ke Songkhla, Thailand. Sanggup harungi lautan api.

“Sekarang, apabila sudah benci, tendang saya seperti bola, ceraikan saya melalui SMS saja. Manusia macam inikah layak menjadi pemimpin keluarga, kalau dia sendiri pun tidak betul dan cetek ilmu agama?

“Saya tidak kesal diceraikan, malah saya tahu kesudahannya, kami akan bercerai juga tapi kenalah ikut prosedur. Dia fikir saya dan anak-anaknya barang mainan, boleh campak sesuka hati jika tidak lagi diperlukan? -Rita. Bharian

Tag : , , , , , , ,