Nabila Huda, Nast-T Putus Cinta?

Pada: Rabu, 12 Jun 2013
Aksi ciuman bersahaja tahap manja Nabila Huda kepada Nash-T yang dimuatnaik oleh Nabil menerusi Instagramnya semalam telah menimbulkan tanda tanya. Dengan dilengkapi ayat yang sepertinya bermaksud yang mereka sudah putus cinta, dan ini meletakkan lagi suasana dingin dan pilu kepada gambar itu.

Tidak dipastikan apa sebab yang menjadi punca sekiranya benar mereka putus cinta, yang disulam pada bulan April 2013 lalu. Nabila menegaskan yang dia dan Nash sesuai jadi sahabat berbanding kekasih.

Ini adalah komen Nash-T yang dipetik melalui portal Kosmo!.
Rasanya saya tidak perlu memberi komen tentang hal ini kerana sebenarnya tidak ada apa-apa yang berlaku, mungkin apa yang ditulis Nabila di Instagram disebabkan faktor emosi.

Biasalah, pasangan bercinta pasti akan bergaduh. Begitu juga dengan kami berdua tetapi kami masih lagi berhubung dan bercakap seperti biasa. Biarlah keadaan reda dahulu, baru saya akan duduk berbincang dengannya. Sekarang ini kami berdua sibuk dengan kerja masing-masing, sebab itulah terjadinya hal seperti ini.

Saya faham perangai dia, perempuan biasalah, bila tengah emosi, itulah yang akan berlaku. Jadi, saya tidak kisah, saya terima sahaja. Apapun saya masih sayangkan dia sama seperti dahulu. - Nash-T

Tag : , , , , , , , ,