Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Adik kandung Nabila Huda yang korang tak tahu (5 gambar)

Rabu, 19 Julai 2017

Amy Search baru sahaja melangsungkan majlis harijadinya. Beliau berkongsi foto sambutan majlis tersebut di laman Instagramnya. Namun apa yang menarik perhatian netizen ialah gambar mesra Amy Search bersama seorang gadis cantik yang dikatakan anak kandungnya.

Anak gadis Amy Search, Irisha yang kini berusia 20 tahun yang kini menetap dengan ibunya di Houstan, Texas dan jarang bertemu bapanya, Amy Search selepas bercerai ketika Irisha masih kecil.

Irisha dan Nabila Huda adik-beradik berlainan ibu. Ibu Irisha adalah isteri ketiga Amy Search. -sumber

Ucapan Hari Bapa 'sweet' dari Nabila Huda untuk bapanya..

Isnin, 19 Jun 2017

Nabila Huda semalam telah memuatnaik beberapa keping gambar bersama bapanya, Amy Search bersempena meraikan sambutan Hari Bapa di laman Instagram miliknya.

Ada netizen menyifatkan wajah Nabila ketika itu seperti iras anaknya, Keisya Laila yang bersia tujuh tahun.

Nabila dalam kapsyennya menerusi instagram @kupu_kupu berbunyi,
"Biarpun ini adalah kehidupan yang telah dipilih untuk kita berdua teruskan hidup, dekat atau jauh, tidak pernah ianya berlalu tanpa saya memikirkan tentang kamu. Dan saya saya harap hati awak juga sebegitu. Selamat Hari Bapa, Papa!" tulisnya.

Video lawak Hafiz Hamidun ketika berlakon..

Jumaat, 10 Mac 2017

Nabila Huda berbohong?


Nabila Huda sebelum ini ada me
nyatakan yang dia menolak tawaran berlakon untuk filem Munafik 2. Namun lain pula ceritanya dari Syamsul Yusof yang mendakwa dia tak mengambil Nabila kerana watak Maria yang dilakonkannya mengikut cerita sudah pun mati.

"Nabila tak berlakon bukan sebab dia menolak, tapi saya tak ambil. Saya juga yang memilih Maya dan ia memang betul," katanya pada Rojakdaily.com.

Syamsul juga mengesahkan yang pelakon jelita Maya Karin akan membawa watak utama dalam sekuel filem itu.

“Saya tak terkejut pun dengan keputusan ini kerana saya juga yang menulis skripnya. Watak Maria memang sudah dimatikan dan tak boleh disambung."

Nabila Huda nak hamil anak ke-2?

Selasa, 13 Disember 2016

Walaupun usdah berkahwin sejak Januari 2016 dan hampir nak setahun, Nabila Huda belum ada lagi berita yang menunjukkan dia berbadan dua.

Namun buat masa ini, dia dan suaminya tengah berusaha untuk mendapt adik kepada Keisha Laila.
“Setiap bulan kami akan cuba, tapi tak ada rezeki lagi, kami pun sudah berkahwin lebih kurang setahun sudah. Daripada hati kecil memang saya agak sedihla. Tapi saya tak nak fikir,”

“Tak payah berfikir tentang perkara ini, anggap sekarang ini masa honeymoon saya dan suami. Dulu tak ada masa dengan dia masa couple sebab bukan muhrim, jadi kami bercinta masa sekarang”

“Kalau saya mengandung sekarang, tidak ada masa pula untuk suami, kerana sekarang pun kita sudah berebut dengan Keisha,” kata Nabila

Ini sebab mengapa Amy Search kali pertama berlakon...

Selasa, 18 Oktober 2016

Amy Search memberitahu dia menerima tawaran berlakon dalam pementasan teater muzikal Mak Cun D'Walei (bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 4 hingga 13 November depan) kerana mengagumi bakat lakonan anaknya, aktres Nabila Huda.

Amy berkata, walaupun ini adalah kali pertama dia terlibat dalam sebuah pementasan teater namun dia ingin mencabar dirinya dalam menjadi sebaik anaknya itu.

Rumah tangga Nabila Huda sedang bergolak?

Selasa, 30 Ogos 2016

Nabila Huda menyifatkan laporan di ruangan pojok sebuah akhbar kononnya perkahwinannya dilanda badai sebagai gosip mengarut dan tidak masuk akal.

Nabila berkata memetik BharianOnline, dia dan suaminya, Mohd Izwan, tidak ambil berat dengan laporan berkenaan.

"Tak mahu komenlah. Merepek sangat gosip itu. Siapalah yang buat cerita macam itu? "Suami saya pun tergelak ketika membaca artikel berkenaan,"

Semalam, sebuah akhbar mingguan tempatan menerusi ruangan pojoknya melaporkan rumah tangga aktres itu dikatakan sedang berantakan.

Sekitar Hari Raya Nabila Huda, Amy Search (11 gambar)

Khamis, 14 Julai 2016

Jihan dipaksa Nabila Huda berbaju kurung Kedah pergi ke Pasar..

Khamis, 9 Jun 2016

Agak pelik apabila selebriti mengayakan baju kurung kedah untuk pergi ke Pasar. Jihan berbuat demikian untuk membeli barangan masakan di pasar Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Damansara baru-baru ini atas permintaan Nabila Huda.

Itu semua adalah babak untuk rancangan TV, Resepi Memikat Suami (RMS) episod ketiga petang ini menyaksikan Abil menyediakan Sambal Masak Hitam dan Kuih Bakar untuk menambat selera dan hati suaminya, Mohd Izwan Johar.

Rancangan semepan Ramadan itu berlangsung setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123). -AstroGempak

Video sweet Nabila Huda cium suaminya..

Khamis, 2 Jun 2016

Agak sweet dan romantik apabila Nabila Huda memuatnaik video di Instagram miliknya dimana dia menyuruh/memaksa suaminya, Mohd Izwan Johar untuk mencium pipi Nabila.

Suaminya agak malu dan terus menyarungkan selimut. Namun tetap mencium tanda kasih sayang diantara mereka berdua.

Ketawa Nabila paling win.. Ha ha.

Resepsi Nabila Huda di Pulau Bali (7 gambar)

Jumaat, 6 Mei 2016

Nabila Huda dan suaminya, Mohd Izwan Johar ada mengadakan resepsi di luar negara iaitu di pulau Bali, Indonesia yang bertemakan persandingan di tepi pantai baru-baru ini.

Aksi panas Nabila Huda dengan suami! patut ke?

Rabu, 13 April 2016

Terbaharu, Nabila (Abil) berkongsikan video dia sedang mengucup bibir sang suami di sebuah salon rambut yang menata rias gaya rambut terbaharunya lapor Mynewshub.

Memang sweet habis! Namun perlukah adengan ini dikongsi kepada umum walaupun melibatkan suami isteri?

Namun, ramai juga peminat yang kurang senang dan mengecam gambar yang dikongsikan oleh Nabila Huda itu.

Kenyataan berani mati Amy Search buat Nabila Huda..

Ahad, 14 Februari 2016


Amy Search dengan nada yang serius mengakui ingin ada anak lagi. Dan hasrat itu kemungkinan akan berlaku persaingan sihat diantara anaknya, Nabila Huda yang juga baru berkahwin baru-baru ini.

Sekitar Resepsi Nabila Huda (20 gambar)

Isnin, 18 Januari 2016

Sektiar resepsi Nabila Huda (10 gambar)

Isnin, 28 Disember 2015

Sektiar majlis pernikahan Nabila Huda (16 gambar)

Sabtu, 26 Disember 2015

Malam Berinai Nabila Huda (12 gambar)

Jumaat, 25 Disember 2015

Nabila selamat berkahwin kali ke-2 dengan..

Nabila Huda selamat bergelar isteri kepada pengurus restoran, Mohd Izwan Johar dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.20 pagi pada Jumaat di Masjid Sultan Salehuddin Aziz Shah.

Mohd Izwan, 32 menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya, Nabila, 31, turut memberi tujuh dulang hantaran manakala dibalas lima oleh pihak lelaki.
"Alhamdulillah segalanya berjalan lancar seperti dirancangkan dan seperti mana pasangan lain saya berharap ini adalah perkahwinan terakhir dan kekal sehingga akhir hayat," kata Nabila.
Sementara itu, majlis resepsi pasangan itu akan diadakan pada malam Sabtu di kediaman pihak lelaki di Shah Alam. -mStar

Serius! Nabila Huda akan kahwin bulan ini tapi.....

Khamis, 10 Disember 2015

Nabila Huda mengumumkan akan menamatkan zaman jandanya pada bulan ini namun tidak mahu memberitahu secara lengkap mengenai tarikh dan apa-apa mengenai perkahwinannya kali ini.
"Insya-Allah memang saya akan berkahwin bulan ini. Tapi kita tidak tahu apa-apa boleh terjadi menjelang hari bahagia berkenaan. Doakan yang terbaik. Kalau ia jadi kenyataan saya takkan berahsia. Malah saya tak akan lupa menjemput rakan media dan teman,

"Saya mahukan majlis seringkas boleh. Sebagaimana orang melihat saya di alam realiti, sebegitu juga saya menggambarkan rencana majlis kahwin saya. Cukup dijalankan apa yang wajib," -Nabila petikan Bharian

Inilah kekasih terbaru, Syazwan Zulkifly.. (gambar)

Rabu, 30 September 2015

Sebelum ini pelakon Syazwan Zulkifly pernah dikaitkan punya hubungan cinta dengan aktres Tasha Shilla, Nabila Huda dan Syatilla Melvin. Namun semua itu hanya sekadar gosip dan Syazwan sendiri mengakui mereka hanya teman seperjuangan sahaja.

Kemudian beliau dikatakan punya hubungan cinta dengan pelakon baru, Faye Kusairi. Kisah mereka juga tidak berpanjangan dan kedua-duanya membawa haluan sendiri. Setelah melalui detik duka, hati pelakon yang mula popular dengan watak Apek dalam drama Juvana ini kembali terisi dengan cinta baru.

Syazwan mengakui kini sedang menyulam cinta dengan pelakon dan pengacara TV, Shenty Feliziana. Hubungan mereka rapat setelah bekerjasama dalam drama Padamu Aku Bersujud.