Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Aksi video cium Fattah Amin, Janna Nick - ini komen Michael Ang

Sabtu, 23 September 2017

Michael Ang tidak mengetahui sebahagian rakaman penggambaran drama Coffee Prince yang memperlihatkan pelakon utama, Fattah Amin dan Janna Nick seolah-olah bercium tersebar di laman sosial.

Michael terkejut apabila mengetahui video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pelakon baharu iaitu Fara Mendoza di laman Instagram.

Ramai tak kisah kalau suami isteri muatnaik gambar comolot!

Jumaat, 25 Ogos 2017

Rozita Che Wan dengan Zain Saidin telah pergi bercuti ke Indonesia beberapa hari lalu. Namun sekeping gambar yang menjadi perhatian apabila aksi Che Ta seakan-akan mencium suaminya menjadi topik perbualan.

Walaupun ada hastag #bukan bercium tapi berbisik tapi tindakan Che Ta ini kurang manis dipandang. Rata-rata pengikutnya tidak mengecam malah menyokong perbuatan ini.

Kalau bercium sekalipun sah suami isteri dan halal, sebagai Orang Islam, anda diluar sana tidak sepatutnya berkelakuan seperti ini! Ada tak gambar mak ayah korang zaman dulu bercium dan dijadikan photo album gambar?

Sekitar hari jadi ke-36 Awal Ashaari (13 gambar)

Sabtu, 5 Ogos 2017

Amar Asyraf tidak perlu kebenaran isteri aksi intim dan ranjang TAPI....

Jumaat, 21 Julai 2017

Dengar khabar yang Amar Asyraf bakal melakukan beberapa aksi intim dan ranjang. Namun itu semua untuk filem Blok 404 digandingkan dengan Nadia Brian.

Bagi Amar, dia tidak perlu meminta kebenaran isterinya, Arna Salleh untuk melakukan itu semua.

Tapi jelas Amar, dia membawa isterinya ke lokasi penggambaran filem itu untuk melihat sendiri dia melakonkan babak berkenaan walaupun Arna bukanlah seorang yang kuat cemburu.

"Saya sebenarnya tak takut isteri marah sebaliknya saya lebih bimbang kalau Nadia gagal melakukan babak itu memandangkan dia tiada pengalaman melakonkan adegan intim.

"Memang saya bawa isteri ke set penggambaran untuk tengok sendiri bagaimana saya melakonkan aksi itu, senang supaya tidak timbul isu lain.

"Alhamdulillah dia okey saja kerana dia tahu suaminya ini memang suka berlakon dan apa yang dilihatnya itu adalah semata-mata lakonan," katanya kepada mStar Online.

Mawar cium pipi Janna Nick, lesbian ke? (Video)

Sabtu, 13 Mei 2017

kalau artis perempuan buat macam begini kelihatan normal je kan walaupun kawan-kawan. cuba kalau artis lelaki? mau kena kecam gay. Sehinggakan Janna pun berkomen yang Mawar macam lain sudah.

Budak comel cium mulut Neelofa?

Rabu, 12 April 2017

Siapa budak misteri yang mencium mulut Neelofa ni ah. Sehinggakan mendapat 1 juta view kat laman Youtube. Memang dasyat, ramai yang cemburu rasanya.

Budak ni adalah anak saudara Neelofa bernama Fayyad, mereka bertemu lokasi di majlis perkahwinan Sharnaaz Ahmad & Noornabila minggu lalu.

Aksi cium Ruhainies dikecam

Khamis, 9 Mac 2017

Kasihan Ruhainies kerana dikecam gara-gara memuatnaik video dicium mesra oleh seorang lelaki yang berstatus adik kandung. Namun kakaknya, Nur Risteena tampil memberikan penjelasan terhadap video berkenaan.

"Adik lelaki saya adalah adik yang paling bongsu dalam keluarga.

"Hubungan kami lima beradik memang rapat kerana kami membesar bersama-sama sejak dari kecil dan tak pernah berpisah.

"Jadi, video itu bukanlah satu isu yang perlu dipertikaikan," katanya.

Terdahulu, Ruhainies memuat naik video di Instagram yang memaparkan adik lelakinya mencium pipi sambil memeluknya sebelum mereka sekeluarga menunaikan ibadah umrah pada Februari lalu.

Haji bercomolot di tempat umum? PANAS

Rabu, 15 Februari 2017


Baru-baru ini kawan Nabil ada memuatnaik gambar dia dengan Isterinya bercium mulut, dan pastinya dikecam kerana itu bukan budaya sebenar kemesraan suami isteri bila berada diluar.

Nabil yang mempunyai urusan kerja di Venice, Italy itu juga turut bersama adalah Jihan Muse dan suami.

Adi Putra akui boleh bersentuhan bila berlakon, TAPI....

Selasa, 18 Oktober 2016

Adi Putra mengakui dia langsung tiada masalah untuk bersentuhan dengan perempuan dalam lakonan tambah pula perkara itu tidak menjadi halangan dan dibenarkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
“Tiada istilah terpaksa. Apabila berlakon, terpulang pada kami. Kita hendak sentuh, kita sentuh. Kalau kita tidak mahu sentuh, jangan sentuhlah. Tidak ada [batas], cuma semasa drama ‘Cinta Si Wedding Planner’ orang tidak nampak bersentuh.”
Walaubagaimanapun Adi menegaskan yang dia tidak akan mencium dahi perempuan kerana tahu tentang batas-batas yang perlu dijaga.
“Cium dahi memang tidak boleh sebab sudah keluar dalam LPF. Kita tahu garis panduan,” katanya kepada Malay Mail Online.
Sebelumnya, pelakon ini pernah mengeluarkan kenyataan yang dia enggan berkongsi foto isteri kedua di laman sosial keran mahu menjaga hati ramai pihak.

Sekarang Adi juga sedang sibuk menguruskan agensi umrah yang dijalankannya sejak tiga tahun lalu, selain terus aktif dalam bidang lakonan.

Aksi comolot Che Ta-Zain, Awal-Scha.. ini komen Mufti Kelantan

Khamis, 6 Oktober 2016

Pasangan suami-isteri yang ingin menggambarkan kasih sayang masing-masing ditegah berkongsi keintiman mereka dengan khalayak kerana perbuatan itu dilarang oleh ajaran Islam.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata setiap perbuatan yang ingin menggambarkan kasih sayang antara suami-isteri perlu dilakukan di tempat yang sesuai.

Aksi comolot Che Ta, Zain Saidin.. ini komen nitizen..

Rabu, 5 Oktober 2016

Setelah kes cium Awal Ashaari dan isterinya, Scha al Yahya menjadi perhatian beberapa hari lalu, kini tampil pula aksi cium lebih 'ganas' dari Rozita Che Wan dengan suaminya, Zain Saidin.

Ramai yang tidak kisah dengan tindakan mereka ini. Namun budaya seperti ini walaupun terikah dengan status yang halal namun bukanlah budaya sebagai seorang Islam untuk mempamerkan kebahagian lebih-lebih lagi aksi seperti ini.

Kita risau bakal jadi fenomena atau trend di kalangan pasangan muda, dan juga yang dah kahwin. Harap jangan buat lah ah.

Gambar cium Awal, Scha dikecam, ini komen spontan Awal.. (5 gambar)

Selasa, 4 Oktober 2016

Gambar cium diantara suami isteri Awal Ashaari, Scha al Yahya dikatakan mendapat kritikan sesetengah individu yang kurang senang dengan gelagat mereka di laman sosial.

Video sweet Nabila Huda cium suaminya..

Khamis, 2 Jun 2016

Agak sweet dan romantik apabila Nabila Huda memuatnaik video di Instagram miliknya dimana dia menyuruh/memaksa suaminya, Mohd Izwan Johar untuk mencium pipi Nabila.

Suaminya agak malu dan terus menyarungkan selimut. Namun tetap mencium tanda kasih sayang diantara mereka berdua.

Ketawa Nabila paling win.. Ha ha.

Mawar Rashid cium seorang lelaki? (video)

Jumaat, 29 April 2016


Melalui Instagram milik Ruhainies Kayu, ada sebuah video yang dimuatnaik dimana kandungan video itu menunjukkan sedang menjalani photoshoot untuk Majalah Remaja bersama-sama dengan Mawar Rashid.

Yang menjadi bualan hangat, aksi Mawar bermesra-mesra cium bagai dengan seseorang. Walaupun bukan comolot perlu ke si Ruhainies nak muatnaik video tu.

Aksi panas Nabila Huda dengan suami! patut ke?

Rabu, 13 April 2016

Terbaharu, Nabila (Abil) berkongsikan video dia sedang mengucup bibir sang suami di sebuah salon rambut yang menata rias gaya rambut terbaharunya lapor Mynewshub.

Memang sweet habis! Namun perlukah adengan ini dikongsi kepada umum walaupun melibatkan suami isteri?

Namun, ramai juga peminat yang kurang senang dan mengecam gambar yang dikongsikan oleh Nabila Huda itu.

Komen sadis anak Normah Damanhuri mengenai isu cium..

Isnin, 29 Februari 2016

Anak Normah Damanhuri, Ahya Dedah Kisah Sebenar Gambar Bercium
Baru sahaja terpalit dengan kontroversi gambar separuh bogel yang tersebar di laman web lucah, nama anak pelakon Normah Damanhuri yang juga pelakon dan model, Ahya U Rosli, 29, kembali menjadi perhatian.

Semuanya gara-gara sekeping gambar yang dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya yang memperlihatkan susuk sepasang kekasih bercumbuan dengan berlatar belakangkan pemandangan laut.

Gambar tersebut membuatkan ramai pengikut mencemuh dan mempersoalkan tindakan pelakon yang pernah membintangi filem Tanda Putera ini.

"Terpulanglah apa orang nak kata kerana di sebalik gambar tersebut, saya menyukai pemandangan laut di belakang subjek (gambar kekasih bercumbuan).

"Ya, memang saya muat naik dan seperti yang saya katakan, jom island (pulau). Bermaksud saya mengajak kawan-kawan bercuti ke pulau.

"Terpulanglah sama ada orang berkeras mengatakan itu saya atau nak kata saya 'kantoi' kerana muat naik gambar sendiri.

"Apa yang penting saya tahu apa yang sebenarnya," jelasnya.
Ditebak adakah dia sengaja berbuat demikian untuk mencari publisiti menaikkan namanya, Ahya pantas menepis dakwaan itu.
"Bagi mereka yang sudah lama mengenali saya, tahu saya bagaimana.

"Saya memang suka bergurau. Tapi yang tak dapat terima, terpulanglah," ujarnya lagi.

Anak pelakon vateran pamer aksi cium... (3 gambar)

Jumaat, 26 Februari 2016

Isu Anak Normah Damanhuri, Ahya Kongsi Gambar Bercium di Tepi Pantai

Seorang model peragaan, Ahya Ulumuddin Rosli, 29, tanpa segan silu berkongsi gambar panasnya bercium dengan seorang wanita di tepi pantai menerusi laman Instagram, baru-baru ini.

Untuk pengetahuan, Ahya merupakan anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri yang lakonannya kerap menghiasi drama-drama tempatan.

Nubhan, Isteri diminta berjimak.. (PANAS)

Selasa, 5 Januari 2016


Peminat Minta Nubhan Kongsi Gambar 'Jimak' Pula

Masih ingatkah korang dengan penyanyi Nubhan AF? Dia telah pun melangsungkan pernikahan dengan isterinya, Afifah Hidayah pada 29 Ogos lalu di Seremban.. Nak dijadikan cerita, pasangan ini mahu kongsikan detik bahagia mereka bakal bergelar ibu dan ayah tak lama lagi..

Menerusi laman Instagram milik Nubhan, dia telah memuatnaik gambar bersama isteri serta status memaklumkan pada para peminatnya, isterinya sudah pun disahkan mengandung.. Biasalah, semua pasangan berkahwin pasti gembira mendapat berita bakal memiliki cahaya mata sulung..

Aksi cium Keith Foo dan Isteri.. (gambar)

Rabu, 2 Disember 2015

Aksi video dan foto sweet yang menampakkan Keith Foo dan isterinya, Kim Raymond telah dimuatnaik sendiri oleh isterinya Kim Raymond.

Namun video itu dikatakan ada sedikit adegan yang boleh dianggap tak wajar bagi budaya kita untuk dilakukan.

Biarpun dah bersuami isteri, kalau dalam Islam ianya masih dilarang untuk dilakukan dan dipamerkan untuk umum

Aksi cium, Izara Aishah 'ok sahaja' tapi..

Jumaat, 20 November 2015


Dengar khabar yang pelakon manis, Izara Aishah ada membuat aksi cium dalam filem terbaru iaitu, Sinaran.

Walaupun babak itu seakan nampak real tapi Izara mempunyai alasan yang tersendiri yang memberanikan dirinya berbuat demikian.
"Saya tak cium dan tak kena pun, tetapi bunyi ciuman sahaja yang lebih. Biasalah dalam lakonan akan menggunakan 'camera trick' untuk menunjukkan perkara tersebut betul-betul berlaku,"

"Saya ok sahaja ketika melakonkan babak tersebut tetapi masih memiliki sedikit kerisauan dengan maklumbalas negatif penonton. Saya harap penonton faham dan tidak menghukum, kerana saya memang tidak mencium Syarif," jelas Izara Aishah petikan MediaHiburan