Misha Omar Umum Kahwin Feb 2014

Pada: Khamis, 27 Jun 2013
Dikhabarkan yang penyanyi Misha Omar dengan tunangnya, Firros akan menamatkan zaman pertunangan mereka yang sudah mencecah kini usia 16 bulan semenjak Februari 2012 pada Februari 2014 untuk mengenapkan 2 tahun atau 24 bulan pertunangan mereka.

Menurut portal GUA, mereka akan dinikahkan mengikut perancangan awal di akan dilangsungkan di Kota Bharu, Kelantan dimana tempat kelahiran Misha Omar dan seterusnya majlis resepsi pula belum dimuktamadkan lagi bila dan dimana.
"Alhamdulillah, setelah perkahwinan kami ditangguhkan, Insya-Allah kami akan mendirikan rumah tangga pada Februari tahun hadapan. Tarikhnya masih lagi belum diputuskan namun kedua-dua keluarga kami akan berjumpa dan berbincang lebih lanjut selepas sambutan Hari Raya nanti,

"Bulan Februari tahun hadapan sangat sesuai kerana pada bulan tersebut, genap 2 tahun kami bertunang. Manakala tarikh sebenar hari perkahwinan saya akan diumumkan selepas Hari Raya nanti," Misha Omar.

Tag : , , , , , ,