Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar pertunangan Yuna, Adam Sinclair (6 gambar)

Ahad, 6 Ogos 2017

Yuna Zarai selamat bertunang dengan jejaka pilihannya Adam Yousof Mohamed Sinclair (adik pelakon Ashraf Sinclair), petang semalam di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam.

Izara Aishah, Adib Khalid umum tarikh kahwin (3 gambar)

Sabtu, 8 Julai 2017

Izara Aishah dan kekasih, Adib Khalid (anak Datuk Seri Khalid) yang sudah bercinta selama 3 tahun, bakal diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri pada 17 November depan. Menurut Izara tarikh berkenaan dipilih hasil perbincangan yang diadakan antara kedua-dua pihak selepas majlis merisik oleh keluarga kekasihnya, Adib Khalid, petang semalam.

Majlis berkenaan berlangsung secara tertutup di kediaman pelakon J Revolusi itu di Shah Alam. Ia hanya dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Siti Sarah manis bertudung, ini ucapan Sweet Shuib.. (3 gambar)

Khamis, 8 Jun 2017


Baru-baru ini, Siti Sarah Raisuddin memuatnaik gambar dia manis bertudung. Reaksi itu turut mendapat perhatian suaminya, Shuib yang teruja melihat isterinya bertudung.

Disamping itu Shuib juga membuat satu ucapan manis buatnya. Namun Siti bukanlah bertudung kekal, ianya adalah untuk mempromosikan produk sahaja.

Enggan bertunang, mahu kahwin terus, ini komen Dazrin bab bertunang..

Jumaat, 5 Mei 2017

Lebih setahun menjalinkan hubungan, Dazrin Kamarudin mengambil keputusan untuk terus bernikah dengan wanita pilihannya, Nur Fazulin Razali.

Atas faktor itu, Dazrin memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan sebaliknya terus mengadakan acara wajib iaitu bernikah.

"Pada saya, jika bertunang pun, ia akan menuju ke arah perkahwinan.

"Bila bertunang pula, dah tentu mahu buat persiapan kahwin.

"Jadi, baik saya kahwin terus. Saya pun makin lama bukannya makin muda (ketawa),” katanya

Dazrin dan Nur Fazulin bakal dinikahkan di Hotel Avillion Legacy, Melaka pada 6 Mei esok. -MediaHiburan

Remy Ishak akhirnya bertunang dengan.... (5 gambar)

Selasa, 2 Mei 2017


Remy Ishak, mengesahkan sudah pun bertunang dengan wanita pilihannya, yang juga seorang ahli perniagaan, Ezza Yusof, semalam. Remy, turut memohon peminatnya mendoakan kebaikan untuk beliau.

Sekitar pertunangan Nina Nadira AF (12 gambar HD)

Isnin, 27 Mac 2017


Pertemuan ketika menuntut di Melbourne, Australia, tahun lalu, akhirnya memutikkan cinta dan jodoh antara bintang program realiti Akademi Fantasia (AF) 2014, Nina Nadira dan Ahmad Farhan Rusman.

Nina dan Ahmad Farhan, seorang arkitek, bertunang di kediaman keluarga Nina, di Kuala Lumpur, semalam. Pasangan masing-masing berusia 25 tahun itu dijangka bernikah, akhir Julai depan.

Berita pertunangan itu turut dikongsi Nina di laman Instagram miliknya. Majlis itu dihadiri kira-kira 120 tetamu. -BharianOnline

Yuna sudah bertunang dengan adik Ashraff Sinclair?

Rabu, 8 Mac 2017

Dengarnya yang Yuna dengan Adam Sinclair (adik Ashraff Sinclair) sudah bertunang pada Disember tahun lalu. Berita berkenaan disampaikan oleh sumber memetik BharianOnline yang menyatakan Yuna ada menerima Adam minggu lalu.

Yuna juga ada memuatnaik gambar mereka bersama dengan pakaian yang sedondon.
"Selepas lebih setahun berkawan, akhirnya Adam melamar Yuna pada minggu lalu dan Yuna sangat gembira dan menerima lamaran berkenaan," kata sumber terbabit kepada BH Online.

Namun lain pula cerita pengurus Yuna, Nor Zaina Wardah atau Wawa yang menyatakan sebegini.
"Tak adalah, ini semua khabar angin saja. Macam mana nak bertunang, sedangkan Yuna baru saja sampai di Malaysia dua hari lalu. "Dia balik ke Malaysia kerana mahu menjayakan festival muzik, LoveLifest," kata Wawa ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Jep Sepahtu, Sari Yanti bakal bertunang bulan ini?

Selasa, 7 Februari 2017

Dengar khabar yang Jep Sepahtu dengan Sari Yanti bakal bertunang pada bulan ini memetik sebuah akhbar tempatan. Namun Jep yang dihubungi menafikan perkara itu.
"Bertunang? Tak adalah, mana ada."

"Saya tak baca pun apa yang keluar dan tidak tahu apa-apa mengenainya.

"Kami memang tiada perancangan untuk bertunang," jelas Jep kepada Astro Gempak.
Khabar angin itu diperkukuhkan lagi dengan sebuah komen ditulis Sari menerusi laman sosial Instagram Jep.
"I love you," tulis Sari



Sharnaaz dah merisik Nabila semalam tapi...

Isnin, 19 Disember 2016

Walaupun mengalami sedikit masalah hubungan sebelum ini, akhirnya Pelakon Shaarnaz mengaku telah menghantar rombongan merisik kekasih hatinya, Noornabila pada tengah hari tadi (Ahad).

Menurut Shaarnaz, dia dan Noornabila tidak akan bertunang tetapi akan terus melangsungkan majlis pernikahan.

Sheila Abdull umum tarikh pernikahan selepas setahun bertunang...

Khamis, 8 Disember 2016

Selepas setahun bertunang, penyanyi, Sheila Abdull bakal menamatkan zaman bujang dengan anggota kumpulan Drama Band, Ammar Habir pada 18 Disember ini.

Majlis pernikahan akan diadakan pada waktu pagi di rumah keluarga Sheila di Taman Ihsan Jaya, Johor Bahru. Memetik BH Online, Sheila berkata, majlis resepsi diadakan pada tengah hari di sebuah dewan dengan dihadiri kira-kira 1,500 orang tetamu.

Mohd Ammar Mohd Habir berkata, mereka sudah mengedarkan kira-kira 700 kad undangan.

Sekitar majlis pertunangan Puteri Najuwa (7 gambar)

Isnin, 14 November 2016



Lima tahun menyulam cinta, pelakon, Puteri Najuwa, 31, selamat menjadi tunang dengan jejaka pilihan hati dikenali sebagai Zaid, 33, Sabtu lalu. Mula berkawan sejak lapan tahun lalu, Puteri Najuwa atau mesra disapa Wawa, terpikat dengan jejaka itu yang mengutamakan keluarga.

Mohd Mentor selamat bertunang, ini wajah tunangnya (3 gambar)

Selasa, 11 Oktober 2016

Finalis program realiti Mentor musim ke-3, Mohd Nor atau lebih dikenali dengan Mohd, selamat bertunang dengan Syiqin Zaidi yang berasal dari Pulau Pinang pada hujung minggu lalu.

Difahamkan rombongan Mohd seramai 30 orang membawa tujuh dulang berbalas sembilan.

Sekitar pertunangan adik Fathia Latiff (15 gambar)

Selasa, 9 Ogos 2016

Wak Doyok, Azrinaz Mazhar sudah bertunang?

Selasa, 2 Ogos 2016

Wak Doyok dan Azrinaz Mazhar telah selamat bertunang pada 23 Julai lalu. Majlis pertunangan telah berlangsung di rumah bekas personaliti TV3 itu di Desar Hartamas, Kuala Lumpur. Majlis ini telah diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga tredekat sahaja.

Sekitar pertunangan Amar Baharin & Amyra Rosli (video HD)

Jumaat, 29 Julai 2016

Reaksi ibu Amyra Rosli mengenai Amar Baharin

Jumaat, 22 Julai 2016


16 Julai lalu, pengumuman dari dua pelakon, Amar Baharin, dan Amyra Rosli mengenai perkahwinan mereka telah membuatkan ibu kepada Amyra, Noor Zaridah berasa senang hati dengan pilihan Amyra.

Syukur dan gembira itulah yang terpancar pada wajah seorang ibu kepada pelakon Amyra iaitu Noor Zaridah Ahmad atau lebih mesra disapa dengan nama Kak Noor yang juga merupakan pengurus kedua-dua pelakon tersebut.

Dalam pada itu, Kak Noor menjelaskan, selepas setahun menguruskan kerjaya seni Amar, dia sendiri tidak menyangka bahawa lelaki itu akhirnya bakal menjadi sebahagian dalam hidup keluarganya.

Mengulas lanjut, Kak Noor juga memuji Amar seorang yang sangat komited dengan kerjaya seninya, bukan itu sahaja bahkan seorang anak muda yang menyenangkan hati. -Berita Harian

Gosip sudah bertunang, ini jawapan dari Awie..

Ahad, 26 Jun 2016

Desas-desus menyatakan vokalis kumpulan Wings, Awie telah melangsungkan ikatan pertunangan pada 3 Jun lalu dengan seorang wanita bernama Sharifah Ladyana adalah benar.

Memetik laporan hiburan Kosmo, semalam, Awie tampil mengesahkan khabar pertunangan itu yang menjadi viral di laman sosial selepas sekeping foto yang menyaksikan dua orang anak Awie, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha bersama Lady tersebar.
“Ya, memang saya telah bertunang dan semua fakta yang dinyatakan sebelum ini benar.”
Bagaimanapun penyanyi lagu Tragedi Oktober itu mengakui yang dia tidak berhasrat untuk mengumumkan pertunangannya kepada umum kerana menyifatkan perkara itu sebagai sesuatu yang peribadi dalam kalangan keluarganya.-gambar forum Cari

Awie dah bertunang dengan wanita ini? PANAS

Rabu, 22 Jun 2016

Dengar khabar yang Awie sudah melangsungkan majlis pertunangan dengan seseorang yang dikenali sebagai, Syarifah Ladyana.

Beberapa keping gambar mereka yang diadakan secara tertutup sudah pun kini tersebar di laman sosial.

Pelakon Tundukkan Playboy Itu, sudah bertunang dengan...

Isnin, 11 April 2016

Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi mengesahkan dirinya sudah bertunang dengan seorang pelajar kolej swasta pada 5 Disember, tahun lalu.

Bagaimanapun dia dan pasangan tidak merancang untuk berkahwin pada waktu terdekat ekoran wanita itu masih menuntut dalam peringkat ijazah.

Sekitar malam berinai Shaheizy Sam, Syatilla Melvin (50 gambar HD + video)

Isnin, 8 Februari 2016