Pada:
Isnin, 17 Jun 2013
Namun bagi set lakonan, babak itu mestilah menjadi dan seakan-akan real tanpa memberikan kesan kepada pelakon yang mewatakkannya.
Memetik sisipan BeritaHarian semalam, Marsha Londoh adalah selebriti yang dikira berani memegang watak kena rogol. Katanya adalah satu cabaran untuk sanggup memegang watak sedemikian.
Ini adalah satu babak penting kena rogol dalam filem terbaru yang dibintangi Marsha sendiri, Tujuh.
“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan babak terbabit kerana, ia adalah lakonan semata-mata.
“Sebelum penggambaran pengarah ada bertanyakan sama ada saya selesa atau tidak untuk membawa watak terbabit.
“Bagi saya ia adalah lakonan semata-mata untuk menjayakan watak yang diberikan. Itu adalah amanah yang diberikan dan saya harus memberi komitmen yang baik untuk watak terbabit.
“Sekiranya wujud sebarang kontroversi ataupun ada yang berkata-kata terhadap babak yang saya lakonan selepas filem ini ditayangkan kelak, itu adalah sekadar penilaian penonton namun saya beranggapan yang saya sudah berjaya untuk melakonkan watak itu dengan baik,” katanya.
Tag : Adegan Panas , Aksi Lucah , Aksi Peluk , Artis Seksi , Berita Artis , Gossip Artis , Marsha Londoh , Pelakon , Rogol


