Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Marsha Milan mahu solat berterawih di Masjid tapi...

Rabu, 29 Jun 2016

Mualaf, Marsha Milan yang kini bergelar isteri kepada jejaka Muslim, Mohamed Shaiful Nizam, ada menyatakan hasratnya untuk menunaikan solat sunat tarawih di masjid.

Bagaimanapun, keinginan Marsha terpaksa ditangguhkan buat masa ini kerana masih dalam proses belajar. Marsha ada memberitahu yang walaupun tidak dapat solat tarawih di masjid, Marsha juga sudah beberapa kali melaksanakan solat berjemaah dengan suami dan keluarga di rumah.

Dengan rendah diri, Marsha mengakui gerakan solat dan surah-surah lazim ayat suci Al-quran masih lagi belum mampu untuk diingati.

Bulan Madu Marsha Londoh di Vince, Italy (11 gambar)

Selasa, 26 Januari 2016

Marsha Londoh dan suami berbulan madu ke London (6 gambar)

Ahad, 24 Januari 2016

Sekitar majlis resepsi Marsha Milan Londoh (15 gambar)

Isnin, 11 Januari 2016

Hujung minggu lalu telah diadakan satu majlis resepsi pelakon Marsha Milan dan juga suami Shaiful yang diadakan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur.

Sekitar resepsi ala Bollywood Marsha Milan & Shaiful (15 gambar HD)

Selasa, 5 Januari 2016

Sekitar malam berinai, pernikahan Marsha Milan Londoh (20 gambar)

Jumaat, 1 Januari 2016

Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail kira-kira pukul 8.55 malam pada Khamis.

Marsha dan Mohamed Shaiful Nizam, 29, disatukan sebagai suami-isteri dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di kediaman pengantin lelaki di Georgetown, Pulau Pinang.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Timur Laut Pulau Pinang, Fauzi Ibrahim manakala Marsha diwakil walikan oleh hakim.

Marsha yang kelihatan anggun dengan persalinan rekaan pereka fesyen terkenal, Rizalman Ibrahim menerima mas kahwin berjumlah RM1,001 daripada Mohamed Shaiful Nizam manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pihak lelaki memberi tujuh dulang hantaran manakala pihak perempuan membalas sembilan dulang hantaran.

Upacara pernikahan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat kedua belah pihak dan juga rakan rakan kepada pasangan tersebut.

Marsha mengucup tangan suaminya selepas selamat bergelar suami-isteri.

Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran rakan artis seperti Adira, Ozlynn, Adeline Tsen, Sharifah Sakinah, Elfira Loy, Michael Ang dan Dafi.

Majlis resepsi kedua-dua pasangan berkenaan akan diadakan pada 8 Januari 2016 di Hotel Majestic dekat sini.

Mohamed Shaiful Nizam dan Marsha sudah mengenali sejak 10 tahun lalu namun bibit percintaan mula berputik di antara mereka sejak dua tahun lalu. -mStar

Sekitar Malam Berinai Marsha Milah Londoh (10 gambar)

Khamis, 31 Disember 2015

Apa yang tak kena dengan gambar ini?

Isnin, 28 Disember 2015


Peminat Bengang Minta Sharifah Sakinah Telanjang

Dengar khabar baru-baru ini Sharifah Sakinah dikecam kerana berpakaian seperti berbogel di satu majlis menyambut ulang tahun kelahiran rakan artisnya iaitu Marsha Milan.

Pakaian yang dipakainya amat seksi dan baju tanpa lengan, ala-ala orang ‘berkemban’ dan baju tu agak jarang. Ramai pengikutnya yang mengkritik dan beranggapan yang dia belum lagi berubah walaupun sudah bergelar isteri.

Namun tidak menjadi satu kehairanan juga, memang penampilan Sakinah di dalam Instagram semuanya seksi-seksi belaka.
“kinah...better u bogel je lh ...drpde pkai bju tu,” komen seorang pengikut.

Marsha Londoh bakal berkahwin dengan anak Dato' Seri (2 gambar)

Jumaat, 18 Disember 2015

Beberapa hari lalu, kemasukan Marsha menjadi seorang Muslim menjadi tanda tanya, dan akhirnya jawapan itu telah terjawab dengan sekeping kad dibawah ini.

Wah, senyap2 ah Marsha. Apa-apa pun tahniah.

Isu masuk Islam, ini komen Marsha Londoh

Ahad, 6 Disember 2015


Isu peluk Islam, ini komen Marsha Milan Londoh
Marsha Milan Londoh enggan mengulas lanjut tentang khabar angin bahawa dia telah memeluk agama Islam.
“Saya minta maaf, saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya.

“Bagi saya, setiap orang punyai privasi hidup masing-masing, malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Tetapi sudah tentu setiap doa daripada peminat dan orang di sekeliling sangat membantu. Saya sangat menghargai kebaikan orang yang sentiasa berdoa buat diri saya,” ujarnya memetik laporan Kosmo!.

Marsha Londoh dah peluk Islam...

Khamis, 3 Disember 2015

div class="separator" style="clear: both; text-align: center;">Dengar khabar yang pelakon Marsha Milan Londoh kini sudah memeluk Islam dan khabar itu disampaikan melalui satu sumber yang rapat dengannya melalui satu Forum Cari.

Belum disahihkan lagi berita ini melalui empunya badan. Kalau betul, Alhamdulillah, semoga Istiqamah lah Marsha untuk menjadi seorang Muslim.

Yazer, Ekin timang anak pertama (gambar baby)

Khamis, 17 September 2015

Tahniah untuk Yazer dan Ekin yang telah menimang cahaya mata pertama mereka, 15 September lalu. Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh pelakon, Marsha Milan di akaun Instagram miliknya.

Farah Diana selamat melahirkan anak ke-2 (5 gambar)

Selasa, 15 September 2015

Tahniah kepada Farah Diana Anuar yang selamat bersalin anak ke-2 nya secara norman semalam kira-kira jam 9.30 pagi di Island Hospital dekat Pulau Pinang.

Bayi seberat 3.45kg berjantina perempuan itu belum diberikan nama lagi.

Marsha Londoh berpuasa penuh di Bulan Ramadan sebab..

Rabu, 1 Julai 2015

Ramadan kali ini adalah tahun keempat buat Marsha Milan Londoh, 30, berpuasa secara konsisten. Dia tetap seronok menjalani ibadah itu terutama ketika bersahur dan berbuka.

Apa yang dilakukan itu seolah-olah memberi petanda bekas bintang Akademi Fantasia musim ketiga ini bakal memeluk agama Islam. Lebih-lebih lagi dia kini menjalin hubungan dengan jejaka Melayu berusia 28 tahun berasal dari Pulau Pinang.
“Saya berpuasa sebab menghormati kawan beragama Islam. Sejak menjadi artis dan berpindah ke Kuala Lumpur, saya dikelilingi rakan beragama Islam dan itu antara faktor saya berpuasa. Jadi apa yang saya lakukan sekadar memahami, lalui dan hormati,” katanya.

Sekitar malam berinai Sharifah Sakinah

Selasa, 24 Mac 2015

28 Mac ini adalah perkahwinan buat Sharifah Sakinah, dan baru-baru ini dia telah membuat satu majlis malam berinai di kediamannya dengan dihadiri rakan selebriti seperti Elfira Loy, Nabila Huda, Tasha Shilla, Marsha, Jihan Muse, Siti Saleha dan ramai lagi.-gambar PelangiPutih Films

Sharifah Sakinah sambut bridal shower di Bali (10 gambar)

Selasa, 20 Januari 2015


Sharifah Sakinah semalam meraihkan percutiannya di Pulau Bali untuk meraihkan majlis perkahwinannya pada bulan Mei nanti dimana Sharifah telah membawa rakan-rakannya ke satu acara yang dinamakan bridal shower (pengapit).

Turut kelihatan Marsha Milan Londoh, Nad Zainal, Elfira Loy, Siti Saleha, Jihan Muse, Nabila Huda, Tasha Shilla, Sherry Alhadad dan Kaka Azraff.

Kekasih Marsha Milah adalah jejaka Islam.. soal kahwin?

Khamis, 13 November 2014


Marsha Milan Londoh mendedahkan yang dia kini sedang mengenali jejaka Melayu yang berasal dari Pulau Pinang. Namanya jejaka itu tidak disebutkan, namun cukup dengan huruf dihadapannya, S.

Marsha juga akui yang jejaka berkenaan adalah teman kekasihnya buat masa ini, dan kini berfikir untuk berkahwin dengan dirinya.

Mari kita dengar wawancara Marsha oleh wartawan Utusan mengenai hal ini.


HITS: Betul ke awak akan berkahwin tahun hadapan?

MARSHA: Tidak tahu lagi. Saya tidak pernah cakap akan kahwin tahun hadapan. Mungkin orang yang bagi maklumat itu tersilap kerana sebelum ini saya pernah meletakkan sasaran untuk berkahwin pada usia 30 tahun.

Habis, apa status awak sebenarnya?

Memang saya sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang. Lelaki itu saya kenal tujuh tahun lepas dan kami mula bercinta sejak setahun yang lalu. Kami masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Kami juga tidak pernah berbincang dengan serius hala tuju hubungan ini. Semuanya kami letak atas takdir. Sama macam pasangan lain juga, kalau ada jodoh, kami akan berkahwin.

Adakah teman lelaki awak itu beragama Islam?

Ya, dia seorang Islam dan berasal dari Pulau Pinang.

Jadi awak sudah bersedia untuk memeluk agama Islam?

Kalau boleh saya tidak mahu komen tentang perkara itu buat masa sekarang. Lagi pula, soal agama kan sensitif. Biar masa yang menentukan segala-galanya.

Awak selesa dengan lelaki tersebut?

Sebenarnya, saya mahu elak untuk bercerita terlalu terbuka kepada umum tentang pilihan hati saya ini. Segala yang berlaku dalam kisah cinta saya yang lalu menjadi pengajaran paling berguna buat diri. Kalau terlalu bersikap terbuka, ia akan memakan diri sendiri. Soal keselesaan. Ya, saya selesa dengannya sebagai kekasih saya.

Boleh ceritakan lanjut setakat ini bagaimana dengan teman lelaki awak?

Kekasih saya seorang yang suka mengambil berat dan sangat memahami. Dia sentiasa memberi sokongan dan semangat terhadap apa yang saya buat. Dia juga sentiasa bersama saya kalau ada buat persembahan di mana-mana, sebab itu saya senang dengan dirinya. Semoga perasaan antara kami ini kekal.

Keluarga awak sudah tahu tentang hubungan itu?

Ibu bapa saya tahu dan mereka tidak kisah dengan pilihan buat masa sekarang.

Marsha sudah memiliki kekasih dengan..

Jumaat, 11 April 2014

Dalam diam Marsha Londoh kini bercinta dengan businessman yang bergelar Mr. S. Menurut laporan Kosmo!, dia dengan Mr. S sudah berkenalan sejak 6 tahun yang lalu dan baru setahun menjalinkan hugungan cinta.

Akui Marsha, dia bukanlah dari kalangan lelaki yang duda mahupun suami orang. Namun dia seorang yang solo aka single.
Dia (teman lelaki) bukan duda atau suami orang. Dia solo (ketawa). Memang saya takut. Apa yang Hanez Suraya sedang lalui sekarang membuatkan saya agak takut sehingga saya membuat kaji selidik mengenai latar belakang kekasih. Memang sah dia bukan suami orang (ketawa). Kalau boleh, saya tidak mahu terlibat dengan suami orang. Sebab kalau saya dalam situasi wanita itu, saya juga tidak suka bermadu. Saya tidak mahu kacau mana-mana pasangan.

Saya sudah kenal dia lama. Sejak enam tahun lalu. Kami berjumpa di sebuah majlis.

Setiap orang memerlukan seseorang untuk menyayangi diri kita. Lebih-lebih lagi, saya ini seorang yang manja. Saya perlukan seorang lelaki yang boleh saya curahkan rasa manja saya. Dia buat kita rasa sentiasa positif dan membuatkan diri kita ada arah tuju serta ingin menjadi lagi bagus. -Marsha

Gambar Seksi Marsha Londoh Terkini

Isnin, 9 Disember 2013

Marsha Londoh ni memang pelakon yang sentiasa tampil berani dengan aksi berani mendedahkan keseksiannya. Terbaru dia menjadi model untuk sisipan HarianMetro.

Tapi dia non-muslim, jadi tak kesah sangat kalau ianya mampu memberikan keuntunan pada dirinya.

Tapi budaya Malaysia ni sopan santun, rasanya Marsha perlu tahu soal itu kan. :) -gambar forum Cari

Marsha Berkemban Seksi Aksi di Ranjang?

Khamis, 15 Ogos 2013


Berani ni la satu keberanian yang ada pada Marsha Londoh yang melakokankan babak yang seksi dan mnghairahkan dalam untuk sebuah filem Laga.

Filem ini masih lagi dalam proses pembuatan. Antara pelakonnya adalah Nasir Bilal Khan, Eman Manan dan lain-lain lagi. -gambar BuahMulut