Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Raja Ilya tak kisah lakonkan babak ghairah..

Khamis, 15 September 2016

Pelakon Raja Ilya telah menerima tempias apabila filem lakonannya Luqman yang bakal menjengah pawagam tidak lama lagi, dikatakan mengeksploitasi wataknya dengan babak ghairah untuk menarik perhatian penonton.

Filem tersebut merupakan sentuhan pengarah terkenal Dr Mahadi J Murat dan Raja Ilya melakonkan watak sebagai penari jelita bernama Ayu Kencana.

Melalui Harian Metro, Raja Ilya berkata dia tidak menganggap dirinya dipergunakan atau dieksploitasi melalui watak ghairah itu.
“Setiap kali ada babak mencabar sebegini, pengarah pasti mempunyai sebab tersendiri untuk kepentingan jalan cerita.

Sebagai pelakon, adalah menjadi tanggungjawab saya merealisasikan babak ini. Saya tidak akan melakonkan jika ia bukan kehendak skrip dan naratif”

“Filem ini berbeza daripada karya komersial sedia ada. Terpulang kepada penonton untuk mentafsirkannya. Babak ghairah ada kepentingan untuk menghidupkan lagi jalan cerita,” katanya.

Amar Baharin Naik Atas Badan Tiz Zaqyah (video)

Jumaat, 27 Mei 2016

Adegan paling panas dalam drama Akadku Yang Terakhir.

Blog Rotikaya bakal disaman RM1 juta!

Jumaat, 1 April 2016

Penyanyi utama kumpulan 'Shades', Wan Shades memfailkan saman RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan, Rotikaya.com berhubung artikel yang mendakwa penyanyi itu merupakan suspek kes rogol anak tirinya, empat tahun lepas.

Wan Shades atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 43, memfailkan saman fitnah itu menerusi Tetuan Mohd Irwan Mohd Mubarak di Pejabat Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini dengan menamakan Nor Hamzie Md Hambali, 31, sebagai defendan.

Kenangan manis, dirogol beramai-ramai! -Nur Risteena.. OMG

Rabu, 6 Januari 2016


Pengalaman Manis Nur Risteena Dirogol Beramai-ramai?

Agak pelik apabila Nur Risteena Munim Zainul Ilyas mengakui yang pengalamannya menjadi mangsa rogol beramai-ramai merupakan satu pengalaman manis lapor PRU14.tv.

Ia dibuat Nur Risteena dalam satu majalah hiburan yang gambarnya dimuatnaik ke dalam laman sosial Facebook baru-baru ini.

Kenyataan itu menjadi tanda tanya besar kerana ini kali pertama seseorang wanita mengakui jika tajuk itu seperti yang digambarkan.

Jika diikutkan mungkin pengalaman itu hadir dalam babak di dalam drama atau filem lakonannya mungkin kerana keganjilan babak itu.

Kalau diikutkan fikiran waras dan sihat kita sebagai manusia, memanglah tidak logik untuk berasa manis dalam kejadian dirogol beramai-ramai.

Ketua UMNO Sungai Besar merogol Eina Azman?

Ahad, 27 September 2015

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menafikan dakwaan yang mengatakan dia cuba merogol aktres Eina Azman. Namun begitu, Jamal mengakui yang dia kenal dan pernah berjumpa dengan aktres itu.

Jamal tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada Rabu lalu selepas dia dikaitkan dengan pelbagai fitnah yang tersebar di laman sosial. Salah satunya adalah dakwaan yang mengatakan dia cuba merogol Eina.
“Saya mengenali ramai artis kerana saya juga seorang ahli perniagaan yang mempunyai syarikat hiburan. Saya mengakui yang saya pernah berjumpa dan mengenali Eina tetapi saya menafikan dakwaan yang mengatakan saya cuba merogol Eina,” kata Jamal.
Tambah Jamal, dakwaan yang mengatakan dirinya sebagai individu yang cuba merogol Eina itu tidak dibuat oleh Eina sendiri.
“Saya sendiri telah menyemak, kenyataan dan dakwaan tersebut tidak dibuat oleh Eina. Ia merupakan satu kenyataan yang dibuat oleh pihak lain yang mahu melibatkan saya dalam isu tersebut,” kata Jamal
Pada Mac 2013, Eina mendedahkan yang dia pernah hampir diperkosa seseorang bergelar Datuk. Walau bagaimanapun, Eina tidak mendedahkan siapakah gerangan individu yang dimaksudkan serta Eina enggan mengulas lanjut mengenai hal tersebut kerana dia telah membuat laporan polis dan menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa. - portal The Rakyat Post.

'Rogol jer Nora Danish ni ramai-ramai, baru best!' -muhd_akmal95

Isnin, 8 September 2014

Agak mengejutkan apabila pelakon yang memiliki pengikut yang ramai di Instagram, Nora Danish menerima ugutan daripada pengikutnya.

@muhd_akmal95 telah mengugut Nora Danish supaya dirogol beramai-ramai. Tanggapan serong ini mendapat perhatian serta kecaman orang ramai dan amat memalukan dengan nama yang sangat Islamik tapi fikiran macam saitan.
"Rogol jer @noradanish ni ramai-ramai, baru best," kata @muhd_akmal95 berulang kali pada petang Jumaat.
Ada yang mengesyorkan agar Nora membuat laporan Polis. Belum ada lagi komen yang diulas mengenai hal ini oleh Nora.

Marsha Londoh Rela Jadi Mangsa Rogol!

Isnin, 17 Jun 2013

Memang agak sukar menerima satu babak lakonan kena rogol oleh sebilangan selebriti tempatan. Sebab ianya akan dipandang serong oleh masyarakat tempatan.

Namun bagi set lakonan, babak itu mestilah menjadi dan seakan-akan real tanpa memberikan kesan kepada pelakon yang mewatakkannya.

Memetik sisipan BeritaHarian semalam, Marsha Londoh adalah selebriti yang dikira berani memegang watak kena rogol. Katanya adalah satu cabaran untuk sanggup memegang watak sedemikian.

Ini adalah satu babak penting kena rogol dalam filem terbaru yang dibintangi Marsha sendiri, Tujuh.
“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan babak terbabit kerana, ia adalah lakonan semata-mata.

“Sebelum penggambaran pengarah ada bertanyakan sama ada saya selesa atau tidak untuk membawa watak terbabit.

“Bagi saya ia adalah lakonan semata-mata untuk menjayakan watak yang diberikan. Itu adalah amanah yang diberikan dan saya harus memberi komitmen yang baik untuk watak terbabit.

“Sekiranya wujud sebarang kontroversi ataupun ada yang berkata-kata terhadap babak yang saya lakonan selepas filem ini ditayangkan kelak, itu adalah sekadar penilaian penonton namun saya beranggapan yang saya sudah berjaya untuk melakonkan watak itu dengan baik,” katanya.

aksi mesra Aaron Aziz dan Maya karin

Selasa, 26 April 2011

Mesranya gambar-gambar pelakon kacak, Aaron Aziz dengan pelakon cantik, Maya Karin. Aksi mesra mereka ini umpama sepasang kekasih hati yang sedang bercinta. Mungkin tidak, sebab Aaron dah berumahtangga, tak kan mereka ada skandal kot. Nampak sepadan giler, mana lah ada perempuan nak tolak kalau Aaron tu masih bujang kan. Tapi jangan panik dulu..

..mereka ni sekadar berlakon untuk filem romantik yang bakal keluar tidak lama lagi, filem ‘Ombak Rindu’ yang diadaptasikan dari sebuah novel cinta nukilan novelis terkenal, Fauziah Ashari akan diarahkan oleh sutradara terkenal, Osman Ali. Maya Karin pun bertudung kalau korang nak tahu, bertambah-tambah manis. Ngeh2. -Sumber Gua

Ummi Nazeera kena perkosa/rogol?

Isnin, 14 Mac 2011

Hangat dan panas ni. Apabila seorang artis kena perkosa/rogol. Mesti ramai yang tidak menyangka bukan. Tapi inilah yang ditakdirkan keatas pelakon, Umie Nazeera. Sungguh sadis dan tidak berperikemanusian. Lebih-lebih lagi berita ni masuk dalam keratan akhbar, dah mana nak letak muka ni. Namun biasalah, apa-apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. Jangan panik dulu, sebab Umie Nazeera ni kena perkosa/rogol bukan di alam kenyataan tetapi dalam set filem. Siapa yang sudah tengok Hikayat Merong Mahawangsa movie pasti dah nampak babak tue kan. Haha.