Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Siti Salehah okey jika berlakon adegan intim!

Selasa, 14 Julai 2015

Pelakon Siti Saleha memberitahu dia tidak pernah meletakkan sebarang syarat atau batas ketika melakonkan adegan intim dalam mana-mana drama lakonannya.

Siti Saleha, 25, berkata, apa yang dilakukannya ketika di lokasi penggambaran hanya sekadar lakonan semata-mata dan ia adalah seperti yang diminta pengarah.
"Setakat ini saya hanya beri lakonan seperti apa yang diminta pengarah dan tidak ada bataskan apa-apa.

"Saya harap orang ramai faham dengan situasi itu dan tidak menghentam saya balik. Apa yang dipaparkan dalam drama itu hanya lakonan sahaja dan kami tidak buat apa-apa pun, malah itu semua di hadapan semua krew produksi," ujarnya
Malah, dalam filem televisyen (FTV) Cinta Paling Agung lakonannya bersama pelakon Aaron Aziz turut mempunyai adegan berpelukan di atas katil ketika babak malam pertama perkahwinan mereka.

Filem tayangan Astro First Eksklusif itu bakal disiarkan sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu pada Jumaat ini.

Bagaimanapun, Siti Saleha berkata, dia tetap menghormati pasangan gandingannya seperti Aaron sebagai seorang lelaki yang sudah beristeri. -sumber mStar

Marsha Londoh Rela Jadi Mangsa Rogol!

Isnin, 17 Jun 2013

Memang agak sukar menerima satu babak lakonan kena rogol oleh sebilangan selebriti tempatan. Sebab ianya akan dipandang serong oleh masyarakat tempatan.

Namun bagi set lakonan, babak itu mestilah menjadi dan seakan-akan real tanpa memberikan kesan kepada pelakon yang mewatakkannya.

Memetik sisipan BeritaHarian semalam, Marsha Londoh adalah selebriti yang dikira berani memegang watak kena rogol. Katanya adalah satu cabaran untuk sanggup memegang watak sedemikian.

Ini adalah satu babak penting kena rogol dalam filem terbaru yang dibintangi Marsha sendiri, Tujuh.
“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk melakonkan babak terbabit kerana, ia adalah lakonan semata-mata.

“Sebelum penggambaran pengarah ada bertanyakan sama ada saya selesa atau tidak untuk membawa watak terbabit.

“Bagi saya ia adalah lakonan semata-mata untuk menjayakan watak yang diberikan. Itu adalah amanah yang diberikan dan saya harus memberi komitmen yang baik untuk watak terbabit.

“Sekiranya wujud sebarang kontroversi ataupun ada yang berkata-kata terhadap babak yang saya lakonan selepas filem ini ditayangkan kelak, itu adalah sekadar penilaian penonton namun saya beranggapan yang saya sudah berjaya untuk melakonkan watak itu dengan baik,” katanya.

Nora Danish Kasihankan Rusdi Ramli

Ahad, 14 April 2013

Alkisah.. Filem Mencari Cinta lakonan Nora Danish dengan Rusdi Ramli yang dikatakan mempunyai babak  berpelukan tanpa berbaju telah menjadi satu kontroversi besar kepada pelakon Rusdi Ramli.

Bagi Nora, dia berasa kasihan kepada Rusdi kerana kontroversi itu terjadi kepada Rusdi. Nora mengakui dia sudah terbiasa dengan babak dan kontroversi seperti itu.
"Saya faham dengan situasi Rusdi. Walaupun dia seorang pelakon senior, rasanya belum pernah lagi dia terkena kontroversi seperti ini.

"Berbanding pula dengan saya yang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai gosip, saya dah biasa. Sebab itu saya tak kisah sangat apabila orang memperbesarkan isu ini.

"Saya percaya dia terkejut dan tidak tahu nak buat apa-apa sehinggakan dia tidak hadir ke majlis tayangan perdana filem ini pada Khamis lalu,

"Dalam filem itu saya bukannya bogel pun.

"Cuma lakonan kami sahaja nampak mesra sebagai suami isteri. Lagipun, mengenali Rusdi di set penggambaran, dia seorang yang sangat peka dengan setiap pergerakan dan lakonannya.

"Malah dia akan melihat apa kepentingannya dia berlakon sebegitu dalam sesebuah filem. Saya harap masyarakat tonton dahulu sebelum memberi komen. -Nora, mStar.
Kata-kata Nora ni, aduh tak tahu nak cakap apa. korang je lah yang sambungkan niat hamba nak berkata.. keh keh..

Hetty Komen Gambar Dengan Kekasih

Jumaat, 15 Mac 2013

Beberapa hari yang lalu, tersebarnya gambar/foto panas Hetty Sarlene dengan kekasihnya bermula daripada sebuah forum di internet. Foto berkenaan sebenarnya diambil oleh seorang individu dari laman sosial Instagram Hetty sendri.

Hetty yang ditemui oleh Utusan semalam, telah memaafkan individu berkenaan yang menyebarkannya. Malah Hetty mahu individu itu terkena kepada hukum karma.
"Pada orang yang telah mencuri foto atau memuat turun foto saya tanpa izin, saya telah maafkan kamu. Alhamdulillah, awak telah memikul dosa saya dan awak jawablah nanti di akhirat,

"Kenapa mereka perlu menyebar foto-foto saya bersama lelaki yang bakal menjadi suami saya? Adakah mereka cemburu melihat hubungan kami yang sempurna?

"Apakah mereka ingin menjatuhkan saya? Apa pun mencuri itu tidak baik kerana semua foto itu hak saya. Saya menerima permintaan berkawan dengan sesiapa sahaja menerusi Instagram tetapi menyebarkan gambar saya tanpa kebenaran adalah sesuatu yang salah,

"Bergosiplah. Alhamdulillah, saya tidak rugi apa-apa pun," -Hetty
Sebenarnya bagi admin, memuatnaik gambar di dalam laman sosial menjadi tanggungjawab si pemuatnaik kerana dilaman sosial bukanlah tempat yang selamat untuk menceritakan soal kehidupan melalui sekeping foto. Apatah lagi gambar yang terlalu privacy, lebih baik simpan di laptop sahaja daripada berkongsi dengan orang lain. Masyarakat kita punya agama, adat dan ketimuran, jadi yang tak seangkatannya dengannya pasti akan menjadi bahan kemuhan. Kalau dah tersebar, nah telan sendiri pahitnya. Peace yO!

Adegan 'panas' Fizz Fairuz dan Diana Danielle

Jumaat, 25 Februari 2011

Adegan 'Panas' yang dimaksudkan tidak lah melampau-lampau banget. Sekadar ciuman Fizz Faizruz dari hidung ke bahagian muka Diana Danielle jerk. Jarang dapat peluang macam ni. Tapi seeleok-eloknya tak payahlah buat adegan macam ni, nanti datang spikulasi pula, Diana tu ada pakwe, kang 'jeles' pula. Hehe. Babak ni kemungkinan untuk drama/filem terbaru mereka bertiga, tapi tak tahu apa tajuknya. Sumber tue kopek gambar ni daripada Facebook ntah milik siapa. Korang layan lah dulu.

-klik untuk kelihatan lebih jeles. silap, jelas...

Aksi Buka Baju Pelakon Lelaki

Khamis, 25 Jun 2009

Babak apa ini, penulis tak tahu, namun ianya diambil dari keratan akhbar. Pelakon-pelakon seperti Faizal AF4, Leez, Nadia dan juga Abby Aziz. Digandingkan berdua sambil berpegangan tangan dengan satu cubaan bagi pelakon wanita apabila menatap badan yang tidak diselaputi oleh baju atau dalam bahasa 'bilik' iaitu nampak puting dan lubang pusat. Lainlah si Faizal, lihat sahaja Leez, berbulu dan boroi badan tue. Ngeh3.