Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Video viral Aliff Aziz pukul isterinya..?

Jumaat, 28 Julai 2017

Isteri pelakon Aliff Aziz, 27, Bella Astillah mengesahkan dikasari ketika menemui suaminya bersama seorang wanita yang didakwa seorang pelakon di sebuah pusat hiburan di Cheras, petang semalam.

Bella ketika dihubungi berkata, ini adalah kali pertama dia dikasari Alif sehingga cedera di muka dan lutut.


"Dia marah apabila saya merakam gambarnya bersama wanita itu dan merampas telefon bimbit di tangan saya.

"Ketika itu kami bergelut manakala telefon saya dipegang oleh wanita terbabit yang cuba memadam bukti itu.

"Akibat pergelutan itu saya luka di dahi dan lutut," katanya.

Menurut Bella, ini bukan kali pertama suaminya ‘kantoi’ menjalin hubungan dengan wanita itu yang juga adik kepada seorang pelakon wanita terkenal.

"Saya dapat tahu Alif ada wanita lain ketika sarat hamil. Sudah banyak kali ‘kantoi’. Walaupun sedih saya memaafkan dia pada Ramadan lalu.

"Bagaimanapun saya tidak sangka, mereka masih keluar berdua meskipun wanita itu tahu saya kini dalam pantang. Saya juga sudah menasihati wanita itu supaya tidak mendekati alif lagi tetapi dia tidak peduli.

“œMalah, dia menegaskan sudah mempunyai teman lelaki dan Alif yang mencarinya.

“Saya ada bukti mereka menjalin hubungan termasuklah perbualan di aplikasi WhatsApp,” katanya.

Bella mendakwa, wanita itu sering mengganggu suaminya di set penggambaran drama ketika mereka menjayakan drama Izinkan Aku Mencintaimu.

"Ramai kru mengadu wanita ini menggoda suami saya. Bukan niat saya mahu menyalahkan sesiapa tetapi apa yang berlaku ini memang tidak patut.

“œSebagai wanita, dia sepatutnya faham status Alif dan keadaan saya yang masih berpantang,” €katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Alif pada November tahun lalu dan baru menimang anak lelaki berusia 20 hari.

Terdahulu, media melaporkan seorang penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura ditahan polis petang semalam atas kesalahan membelasah isterinya di sebuah pusat karaoke di Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin dilaporkan berkata, dalam kejadian kira-kira 4.30 petang, isteri penyanyi itu yang masih dalam pantang ke premis terbabit bersama ibunya sebelum menemui lelaki berkenaan bersama seorang wanita dalam satu bilik karaoke. -harianMetro

Keadaan Saleem Iklim terkini...

Ahad, 16 Julai 2017

Dikhabarkan yang penyanyi legenda Iklim iaitu Salim Abdul Majeed atau dikenali Saleem kini dilaporkan semakin menunjukkan perubahan positif selepas 10 hari berada di hospital.

Isterinya, Julia berkata Saleem tidak lagi memerlukan tiub untuk makan dan minum.

“Alhamdulillah keadaan Saleem semakin baik dan dia kini tidak lagi menggunakan tiub untuk menikmati makanan.

“Cuma dia belum boleh bercakap seperti biasa kerana badannya masih lagi lemah kerana penat melawan sakit terlalu lama.

“Saleem seorang yang kuat dan dia lawan sakit. Berkat doa dan sokongan keluarga, rakan-rakan selebriti dan peminat juga membuatkan Saleem semakin pulih,

“Boleh katakan setiap hari ada orang datang melawat. Insya Allah mungkin esok, lusa atau beberapa hari lagi Saleem akan dibenarkan pulang ke rumah,

“Sebenarnya dah bosan duduk di hospital ini. Saleem pun rasa tak sabar nak balik dan nak cari rezeki dengan membuat persembahan.

“Harap semua doakan yang terbaik buat Saleem dan terima kasih kepada yang tidak henti memberi sokongan,” katanya kepada mStar Online.

Berita mengejutkan daripada Roy Azman

Jumaat, 7 Julai 2017

Takziah diucapkan kepada pelakon Roy Azman untuk memiliki zuriat bagi anak kelima tidak kesampaian apabila isterinya Fyda Razali disahkan mengalami keguguran.

Berita sedih ini dikongsi sendiri oleh Fyda, 36, menerusi sekeping gambar alat ujian kehamilan yang dimuatnaik di laman Instgramnya pada Rabu.

Isteri Saleem dedah kenapa suaminya ditahan di hospital

Khamis, 6 Julai 2017

Semalam, Saleem dilaporkan kini berada di hospital. Isterinya, Juriah Bachok atau lebih mesra disapa Julia memberitahu Saleem dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara malam Selasa akibat demam panas.

Jelas Julia, penyanyi kumpulan Iklim itu mengalami demam hampir sebulan lalu namun keadaannya semakin teruk sejak dua hari lalu sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
"Sebenarnya dia sudah mengalami demam sejak sebulan tetapi sekejap baik dan kemudian demam kembali.

"Dia gagahkan diri sebenarnya namun semalam (Selasa) keadaannya semakin teruk dan suhu badannya meningkat sehingga 40 darjah celcius dan saya terus bawanya ke hospital," katanya.
Dalam pada itu, Julia berkata, Saleem sepatutnya melakukan pembedahan bagi membuang ketumbuhan di bahagian testis pada Khamis namun ia terpaksa ditangguhkan kerana demam dialaminya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada keadaan Saleem itu berpunca daripada ketumbuhan itu dan pihak doktor telah pun melakukan beberapa ujian bagi mengetahui keadaan sebenar.
"Setakat ini doktor masih belum tahu punca sebenar kenapa dia demam panas yang berlarutan atau sama ada ia ada kaitan dengan ketumbuhan di alaminya.

"Harap peminat-peminat dapat mendoakan kesihatan suami saya agar kembali pulih seperti sedia kala," katanya memetik mStarOnline.

Berita mengejutkan dari Fad Bocey

Jumaat, 7 April 2017

Ahli kumpulan pelawak Bocey, Fad yang sebelum ini yang sudah menimang anak kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan dikejutkan lagi dengan berita isterinya kini hamil. Namun tidak diketahui adakah ianya anak tunggal atau anak kembar dua.

Adi Putra sahkan cerai kedua-dua isterinya?

Jumaat, 24 Mac 2017

Tanda tanya mengenai status rumah tangga Adi Putra dengan isterinya terjawab apabila mengesahkan dia tidak lagi mempunyai hubungan dengan dua isterinya itu.

Kenyataan Adi itu dibuat kepada pihak media menerusi laman Instagram miliknya pada Khamis.

Terdahulu Adi dilaporkan memfailkan perceraiannya terhadap Aida atau nama sebenarnya Zuhaidah Yusof, 42, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 3 Mac lalu.

Mereka berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurnaiakan cahaya mata sebaliknya mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia yang kini berusia lima tahun.

Adi kemudiannya berpoligami selepas menikahi Norshahida Dzolkifly, 33, pada 20 Jun 2016.

Aida pula sebelum ini pernah berkahwin dengan penyanyi Zul (Handy Black).

Dalam pada itu kes permohonan cerai yang buat Adi akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 31 Mac ini, pukul 9 pagi. -mStarOnline

Isteri okey sahaja 'hubungan' Shah Iskandar-Uqasha Senrose

Rabu, 15 Mac 2017

Shah Iskandar Mahfuz menjelaskan tiada hubungan istimewa antara beliau dengan Uqasha Senrose. Sebaliknya, beliau menganggap aktres terbabit seperti adiknya sendiri berikutan usia mereka yang 10 tahun berbeza.

Menurut aktor itu juga, beliau bertuah kerana isterinya, Siti Sarah Mohd Noor, tidak mudah melatah atau berfikiran negatif di sebalik gosip yang melanda dirinya.
"Saya menganggap Uqasha seperti adik sendiri kerana jarak usia antara kami. Malah, drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan kami bukanlah gandingan pertama saya dengan dia. Jadi, kali ini keserasian antara kami jadi lebih mudah.

"Boleh dikatakan, setiap kali berlakon, pasti timbul gosip sebegini. Takkan saya hendak menjalinkan hubungan cinta setiap kali terbabit dalam penggambaran?

"Isteri bagaimanapun ada bertanya, sama ada benar saya memimpin tangan Uqasha? Namun, dia tidak pula berfikiran negatif setelah mendengar penjelasan saya," katanya kepada BH Online.

Baby bump 5 bulan isteri Keith Foo (3 gambar)

Khamis, 2 Mac 2017

Kaption menyentuh hati Adam Corrie suap isterinya

Isnin, 13 Februari 2017


Pelakon mualaf yang menjadi ikon di laman sosial, Adam Corrie membuat satu kejutan apabila dia mengajar untuk menjadi ketua keluarga yang sebenar dan hidup harmoni.

Adam beberapa hari lalu, memuatnaik gambar dia dan isterinya, sambil menyuap isteirnya itu. Dengan kaption yang menarik dan sangat menyentuh perasaan.

Rahim dedah wajah isterinya yang ke-2 (5 gambar)

Isnin, 5 Disember 2016


Hangat menjadi bualan apabila gambar isteri kedua pelakon dan pelawak, Rahim Sepahtu telah menjadi viral. Isteri kedua Rahim ini dikatakan memiliki wajah yang ‘gojes’ dan seperti seorang model.

Isteri kedua Rahim dikenali sebagai Lily itu difahamkan berasal dari Simpang Renggam, Johor dan mereka berkahwin sekitar setahun lalu atas persetujuan isteri pertama malah kedua-duanya kini menetap di Shah Alam, Selangor.

Ashraf Muslim sambut harijadi dengan anaknya (27 gambar HD)

Jumaat, 23 September 2016

Ashraf Muslim telah mengadakan sambutan hari jadi anak keduanya bersama Wan Sakinah iaitu Adam. Malah, Ashraf turut menyambut ulang tahun kelahirannya pada majlis yang sama.

Ashraf lahir pada tanggal 12 September manakala anaknya Adam pada 14 September.

Salih Yaacob nasihatkan lelaki yang mahu berpoligami!

Jumaat, 26 Ogos 2016

Bila sebut sahaja tentang poligami tentu lelaki-lelaki diluar sana senyum lebar sampai ke telinga bukan? Dalam hati, “alangkah bestnya kalau dapat berbini lebih dari satu.”

Berbicara mengenail hal berkenaan, Salih Yaacob menasihatkan lelaki yang ingin berhidup poligami untuk mendalami ilmu agama terlebih dahulu. Menurut Salih, meskipun seseorang itu mempunyai kewangan yang kukuh ia belum tentu menjamin kebahagiaan rumah tangganya.

"Kehidupan yang saya lalui ini adalah ketentuan yang sudah ditentukan Allah SWT. Begitu juga dengan pasangan lain yang melalui proses sama. Cuma, saya nak berpesan agar mendalami ilmu agama terlebih dahulu kalau mahu berpoligami. Jangan sekadar mempertaruhkan wang ringgit kerana itu belum mencukupi.

Lagi satu jangan berlandaskan nafsu semata-mata kerana nafsu hanyalah alat saja. Bukan apa, hidup berpoligami ini tanggungjawabnya takkan berhenti.

Banyak perkara perlu diambil kira terutama dalam mendidik isteri dan anak-anak. Semua itu bukan mudah. Saya melalui lima kali perkahwinan, jadi banyak pengalaman sudah dilalui. Dalam masa sama, setiap isteri mempunyai perangai masing-masing.

Diakui memang ramai bertanya kepada saya mengenai hidup berpoligami. Jawapan saya kepada mereka adalah apa dilalui ini berdasarkan pengalaman. Jadi terpulang kepada individu itu untuk menjadikan saya mentor. Paling penting lengkapkan diri dengan ilmu agama dan bukannya dengan ilmu yang bukan-bukan." -kata Salih memetik Harian Metro

Baby bump isteri Sam Bunkface (3 gambar)

Ahad, 12 Jun 2016

Tiga bulan lagi penyanyi Sam Bunkface bakal bergelar bapa. Isterinya Aida dijangka bakal bersalin pada 9 September ini dan Sam akui beliau merasa tidak sabar tetapi pada masa yang sama berdebar menanti kelahiran cahaya mata pertama mereka. Tapi Sam masih belum mengetahui jantina anaknya itu.

Fahrin ke Manchester, pesan sweet kat isternya.. (8 gambar)

Jumaat, 22 April 2016


Fahrin Ahmad kini berada di Manchester, England bagi menjayakan program Mencari Ramli Musim kelima. Namun pun begitu, Fahrin dan isterinya, Elena Hani Eleas, yang hamil tiga bulan terpaksa berjauhan buat sementara. Namun Fahrin ada membuat kenyataan sweet di Instagram miliknya

Keluarga bahagia Aaron Aziz (13 gambar)

Jumaat, 15 April 2016


Atita Haris didakwa mengandung ketika resepsi kahwin? (3 gambar)

Jumaat, 11 Mac 2016

Walaupun majlis resepsi Atita Haris dan Deejay Nas-T berlangsung minggu lepas, tapi ada dengar-dengar suara tidak sedap didengar.

Ada yang beranggapan baju pengantin yang dikenakan Atita kelihatan beza sikit kerana menampakkan ketara bahagian perutnya.

Dari situ, ada yang mendakwa Atita sudah mengandung.

Sam Bunkface bakal bergelar ayah, isteri hamil berusia...

Khamis, 10 Mac 2016

Tahniah diucapkan kepada Sam Bunkface dan isterinya, Aida Azira yang difahamkan kini berbadan dua. Usia kandungan Aida kini diantara 2-3 bulan.

Memetik Bharian, Aida akan dijadualkan bersalin pada bulan September hadapan.
"Sekarang Aida sedang hamil tiga bulan. Perasaan saya sudah tentu seronok dan teruja kerana selepas hampir setahun menunggu, akhirnya saya bakal dikurniakan cahaya mata.

"Setakat ini isteri saya tidak mengalami alahan teruk. Setakat muntah-muntah itu adalah perkara biasa. "Kami bagaimanapun belum mengetahui jantina anak dalam kandungan. Saya pula tidak kisah berhubung jantina bayi, asalkan dia sihat dan sempurna," katanya

Ashraf Muslim akui isteri-isterinya kini sangat 'BFF'..

Rabu, 20 Januari 2016

Ashraf Muslim melahirkan rasa bersyukur dengan kehadiran kedua-dua isterinya yang hubungan mereka berdua kini sangat rapat.

Asyraf berkata demikian bagi memperlihatkan keindahan poligami mengikut syariat yang sebenar.
“Itu yang saya rasa sangat bersyukur. Mugkin apa yang berlaku sebelum ini semuanya dugaan. Tetapi inilah nikmat yang Allah bagi sekarang. Apa yang kita buat selama ini ialah isitqamah. Itu kena jaga”

“Saya jaga, isteri-isteri juga kena jaga. Jangan timbul lagi masalah yang tak penting. Ini kerana ia boleh merosakkan keharmonian dalam keluarga”

“Kalau saya keluar, kadang-kala Dayana dan Sakinah akan duduk bersama-sama. Boleh duduk dan makan sama-sama. Alhamdulullah, itu yang saya rasa seronok kerana mereka sudah faham, ” jelas Ashraf

Salih Yaacob bakal timang anak ke-13

Selasa, 30 Jun 2015

Tahniah pelawak, Salih Yaacob yang dikhabarkan isteri ke-4 beliau bakal melahirkan anak tidak lama lagi. Isteri ke-4 Salih iaitu Samihah berusia 28 tahun itu kini sarat mengandung anak ke-13 Salih.

Menurut sumber selain anak ini, Salih juga sudah bergelar datuk kepada 6 orang cucu termasuk seorang cucu perempuan bernama Qaireena Ariana yang dilahirkan dua minggu lalu.

Dayana cemburu Sakinah hamil anak ke-2?

Jumaat, 22 Mei 2015

Rasanya memang ramai dah mengetahui yang isteri ke-2 Ashraf Muslim, Wan Sakinah kini berbadan dua. Namun itu juga menimbulkan reaksi yang didakwa pelbagai pihak isteri pertama Ashraf, Dayana terasa sedih kerana terguris akibat komen-komen di laman sosial.

Namun Dayana menafikan hal itu sebaliknya dia berasa amat gembira dengan berita kehamilan Sakinah itu. Buat masa ini, Dayana dan Sakinah dilayan sama adil dengan Ashraf dan sangat bahagia dengan apa yang mereka miliki sekarang.