Pada:
Jumaat, 17 Mei 2013
Gambar Tiz dengan jejaka itu dimuatnaik oleh Tiz sendiri di dalam laman sosial Instagramnya. Dimana memetik portal Murai, Tiz berasa dirinya selesa setelah memberitahu satu dunia mengenai siapa buahatinya sekarang.
"Apa yang boleh saya katakan di sini, saya lebih tenang bila berterus-terang. Tidak seperti hubungan saya sebelum ini. Asalkan saya tidak campurkan hal kerja dengan peribadi, sudah...
"Saya telah mengenalinya lebih 11 tahun iaitu sejak kami sama-sama bersekolah menengah. Tetapi sejak awal tahun ini hubungan kami mula rapat dan saya sama sekali tidak malu memperkenalkannya baik di Instagram mahupun Twitter milik saya.
"Sebelum ini saya bimbang untuk berterus-terang kerana tidak mahu dihakimi oleh masyarakat. Tapi, sampai bila saya mahu berasa takut? Jadi, sekarang ini saya memilih untuk bersikap jujur. Bagi saya, mereka yang mengikuti saya di laman sosial sudahsaya anggap seperti kawan," -Tiz
Tag : Cinta , Gambar Artis , Instagram , Kekasih Artis , Pelakon , Pin Ball , Tiz Zaqyah





