Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Everything Is About “Aurat” Nowadays - Tiz Zaqyah

Rabu, 27 September 2017

Tiz Zaqyah baru-baru ini ada meluahkan di Twitter miliknya berhubung kontroversi yang telah melanda rakannya, Fathia Latiff mengenai video penampakkan 'apple'.

Sebelum ini, Tiz Zaqyah pernah menghentam Natasha Elyzza yang menjadi punca kepada tersebarnya video seksi Fathia Latif. Kali ini, Tiz Zaqyah telah bercerita mengenai tentang masyarakat yang memandang “aurat” sebagai segala-galanya.

Tiz Zaqyah kurang popular, ini dia lakukan..

Selasa, 25 Oktober 2016

Tiz Zaqyah tidak berasa terkilan apabila kurang mendapat publisiti di media sejak kebelakangan ini kerana lebih selesa memberi fokus kepada kariernya.

Tiz berkata dengan kuasa media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dia masih boleh berkongsi aktiviti terbaharunya dengan peminat walaupun dilihat jarang muncul dikhalayak ramai.

Sebaliknya kata Tiz, dengan kuasa media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter dia masih boleh berkongsi perkembangan terbaharunya dengan peminat.
"Saya sebenarnya ada sahaja tetapi saya akui memang jarang menghadiri acara hiburan dan sebab itu jarang ada publisiti mengenai saya.

"Tambahan pula pada kebanyakan masanya saya sibuk di lokasi penggambaran kerana fokus saya adalah kerja.

"Tetapi itu bukan satu masalah kerana dengan zaman media sosial sekarang saya masih boleh memberitahu peminat terntang perkembangan terkini saya,"

"Tidak mengapa jika tidak popular tetapi cukuplah jika peminat mengingati hasil lakonan cemerlang saya dalam drama yang menampilkan saya," katanya memetik mStar Online.

Amar Baharin Naik Atas Badan Tiz Zaqyah (video)

Jumaat, 27 Mei 2016

Adegan paling panas dalam drama Akadku Yang Terakhir.

Tiz Zaqyah bersinglet dengan 'kakak' (gambar)

Sabtu, 15 November 2014

Satu masa dahulu, Tiz Zaqyah cukup terkenal kerana lakonannya di dalam Nur Kasih. Namun kini semakin lama namanya semakin tenggelam yang itu diakui sangat.

Terbaru yang menghebohkan dunia internet mengenai dirinya adalah, dia berpakain singlet dan berselfie dengan juru makeup-nya yang dikenalinya sebagai 'kakak', bukan kekasih okey.

Seperti biasa foto yang dimuatnaik itu, tetap akan dikomen habis-habisan oleh peminatnya. -gambar Forum Cari

Lisa Surihani pakai fesyen berkemban?

Khamis, 26 Jun 2014


Baru-baru ini berlangsung satu majlis Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang dihadiri oleh ramai pereka fesyen terkenal dan juga selebriti yang mengayakan fesyen mereka.

Menjadi tumpuan kelibat Lisa Surihani dengan fesyen berkemban. Sekaligus membuat ramai peminatnya mengomen mengenai pakaian berkenaan.

Jericho Rosales Berbaju Melayu~

Ahad, 25 Mei 2014

Kalau dah kerja di negara orang dan diarahkan oleh seorang penerbit/pengarah Melayu, rasanya pelakon popular Filipina, Jericho Rosales perlu akur dengan kemahuan penerbit/pengarah berkenaan.

Mungkin nak bawa satu kelainan dan keunikkan yang boleh dirasai oleh Jericho sendiri di negara orang. Kita jua mungkin cukup berbangga ada orang luar nak gunakan baju kebangsaan kita ini.

Jericho mengenakan pakain Melayu berkenaan untuk drama KUSINERO CINTA di Astro Mustik gandingan Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah.

15 Gambar Tiz Zaqyah masih warnakan rambut

Rabu, 21 Mei 2014


Ingatkan isu rambut Tiz Zaqyah (yang sebelum ni kecoh di Instagram) ni sudah tidak berlarutan lagi, tapi nampaknya dia masih mewarnakan rambutnya. Dalam bentuk kekal atau sementara tak dipastikan lagi. Tapi rasanya kekal kot.

Kalau warna tu sedang-sedang takpelah kan, ni pekat sangat warnanya. Takpelah, dah kemahuan Tiz, nak wat macamana, tahulah dia nak menguruskannya kan. :)

Tiz ditemui baru-baru ini bersempena majlis sidang media drama ‘Kusinero Cinta’ bersama-sama hero Malaya, Aaron Aziz dengan pelakon terkenal Filipine, Jericho Rosales. -gambar portal GUA

Warna Rambut, Tiz bagi nasihat kepada Follower

Jumaat, 9 Mei 2014

Lain pula ceritanya dengan Tiz Zaqyah, apabila dia mewarnakan rambut dan kemudian dimuatnaik ke dalam laman sosial Instagram miliknya.

Tapi tidak dapat dipastikan ianya untuk persendirian atau pasal lakonan. Jadi disitu ramai followernya mula mengkritik dan memberikan nasihat.

Dan ini komen Tiz untuk membidas sebarang komen yang dianggap menghentam/menyindir dirinya. -gambar portal GUA

Neelofa, Tiz Zaqyah Hiasi Majalah Astro

Rabu, 24 Julai 2013


Siapa ada melanggan majalah Astro pasti ada menampak kelibat dua selebriti cantik yang menghiasi muka hadapan majalah berkenaan.

Siapa lagi kalau bukan Tiz Zaqyah dan Neelofa. Pastinya kedua-duanya memang anggun dengan rambut ikal mayang rebonding gitu.

Memang padan apatah lagi edisi majalah itu untuk AidilFitri nanti.


Video Tiz Zaqyah Ketika Disuntik

Isnin, 20 Mei 2013

Ini adalah gelagat dari seorang selebriti apabila disuntik untuk mencegah kanser servik untuk satu majlis besar yang diadakan baru-baru ini. Tiz Zaqyah yang membuat suntikan itu kelihatan sungguh riang gembira dengan dikerumi oleh media dan jurufoto yang mengambil gambarnya. Jom lihat gelagat ayu Tiz ni.

Lagi Gambar Kekasih Tiz Zaqyah

Jumaat, 17 Mei 2013

Pelakon Tiz Zaqyah memang pelakon yang cantik manis, kadang kala menjadi pertanyaan samaada dia masih lagi mempunyai saingan dalam dunia industri lakonan dengan ramai selebriti baru menjadi saingan. Namun itu tidak menjadi persoalan besar, apabila kita diketahui yang dia sudah berpunya kekasih hati baru ketika ini.

Gambar Tiz dengan jejaka itu dimuatnaik oleh Tiz sendiri di dalam laman sosial Instagramnya. Dimana memetik portal Murai, Tiz berasa dirinya selesa setelah memberitahu satu dunia mengenai siapa buahatinya sekarang.
"Apa yang boleh saya katakan di sini, saya lebih tenang bila berterus-terang. Tidak seperti hubungan saya sebelum ini. Asalkan saya tidak campurkan hal kerja dengan peribadi, sudah...

"Saya telah mengenalinya lebih 11 tahun iaitu sejak kami sama-sama bersekolah menengah. Tetapi sejak awal tahun ini hubungan kami mula rapat dan saya sama sekali tidak malu memperkenalkannya baik di Instagram mahupun Twitter milik saya.

"Sebelum ini saya bimbang untuk berterus-terang kerana tidak mahu dihakimi oleh masyarakat. Tapi, sampai bila saya mahu berasa takut? Jadi, sekarang ini saya memilih untuk bersikap jujur. Bagi saya, mereka yang mengikuti saya di laman sosial sudahsaya anggap seperti kawan," -Tiz


Gambar Kekasih Terbaru Tiz Zaqyah?

Rabu, 24 April 2013


Tidak dipastikan samaada ini kekasih sebenar Tiz Zaqyah atau hanya propa Tiz sahaja untuk bergurau dengan followernya di Instagram. Namun kalau dilihatkan memang nampak sebagai seorang kekasih. Kalau benar, bagusla. Keh keh.



Gambar Tiz Zaqyah Duta Nur Kasih Prune Essence

Isnin, 15 April 2013


Kecantikan dan kelawaan pelakon Tizz Zaqyah memang mencairkan ramai lelaki diluar sana. Maka dengan anugerah semula jadi ini dan bakatnya yang terserlah di drama/filem Nur Kasih, maka Tiz dipilih menjadi duta produk kesihatan, Nur Kasih Prune Essence.

Produk ni bagus sebenarnya untuk kesihatan, memetik daripada Facebook produk ni:
Nur Kasih Prune Essence is created for you. It is high in Antioxidant, Vitamin C and Fibre. Take one every day to achieve radiant complexion and beauty appearance...
Cuba dan alaminya sendiri.

Gambar dibawah ketika satu majlis pelancaran produk ini di MIHAS 2013.













Kekasih Baharu Tiz Zaqyah?

Isnin, 11 Februari 2013

Setelah berpisah dengan pelakon Remy Ishak pada akhir September 2012 yang lalu, Tiz Zaqyah kini dikhabarkan telah rapat kembali dengan bekas kekasih sebelum 'couple' dengan Remy dahulu.

Nama lelaki ini hanyalah dikenali sebagai @danielhaziqafc menurut 'tag' daripada Tiz melalui laman Instagram miliknya. Mungkin melihat daripada gambar dibawah ini, pastinya mereka seperti bercinta semula. Auch..

Gambar Tiz Zaqyah berada di London

Khamis, 8 November 2012

Gambar dibawah adalah gambar Tiz Zaqyah berada di kota raya London untuk pembikinan drama Cinta Jangan Pergi.

Memang tiada yang pelik dan luar biasa dalam gambar posing spontan/candid yang dia lakukan. Namun gambar pertama dibawah ini sahaja yang anda akan fikir banyak kenapa Tiz memilih tempat seperti itu.

Remy, Maya Kini Bercinta?

Khamis, 18 Oktober 2012

Gosip ini bakal mencetuskan lagi fenomena baru dalam kisah percintaan diantara dua pelakon terkenal, Maya Karin dan Remy Ishak. Remy telah pun berpisah dengan Tiz Zaqyah beberapa minggu lalu dan kisah itu telah diketahui umum namun sebab-sebab perpisahan itu tidak diketahui sampai ke hari ini.

Mengikut dalam portal Gosip Cari, ada beberapa Twitter yang telah mensyaki yang Remy telah keluar dengan Maya Karin baru-baru ini. Dan rasanya Twitt itu telah sedikit sebanyak memberi petunjuk yang mereka kini kembali bercinta.

Kalau benar apa salahnya, cinta berputik lagi seperti dahulu, yang penting, kahwin cepat, jadi terhindarlah fitnah dan perpisahan..

Remy Ishak Akui Putus Cinta Dengan Tiz Zaqyah

Isnin, 24 September 2012

Desas desus pemutusan cinta Tiz Zaqyah dan juga Remy Ishak akhirnya terjawab. Remy berani tampil dengan memberikan komennya itu kepada umum agar satu Malaysia tahu, yang percintaan mereka kini sah sudah menuju penamatnya.

Bahtera percintaan selama 3 tahun yang dibina melalui slot draam Nur Kasih yang meletop-letop itu kini hanya lah tinggal kenangan. Dan yang pastinya, mereka putus cinta mempunyai alasan yang tersendiri dan bersikap matang.

Lama-lama bercinta payah juga ek dugaannya. Ini adalah komentar Remy yang dipetik melalui portal Kosmo! semalam..
"Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar.

Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan, "Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius. Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu diterokainya.

"Selama ini saya dan Tiz anggap hubungan kami terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya tak mahu kecoh-kecoh tapi saya kena sedar, bila jadi artis saya tak boleh menidakkan keinginan orang untuk ambil tahu tentang hidup saya. Sudah tiga bulan kami bawa haluan masing-masing, sepanjang tempoh itu juga orang sudah mula pandang negatif apabila saya dan Tiz tidak lagi keluar dan masing-masing keluar bersama teman-teman berbeza.

 "Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut, "Seperti yang katakan tadi, saya tidak mahu kisah putus cinta antara saya dan Tiz ini dikaitkan dengan sesiapa, tiada siapa yang salah atau siapa betul. Kami putus secara baik. Saya dan Tiz kena terima hakikat bahawa kami tidak sefahaman dan tidak boleh meneruskan komitmen,"

Tiz Zaqyah, Remy Ishak Bercinta di Eropah

Selasa, 18 September 2012

Sisiapan Kosmo! baru-baru ini ada melampirkan kisah hot cinta antara pelakon Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Tajuk sahaja menampakkan mereka berdua memang memiliki cinta yang diibaratkan jauh daripada pandangan mata kasar orang lain. Di Eropah bukan calang-calang menjadikan satu tempat untuk bercinta, apatah lagi berbulan madu, pasti menyeronokkan.

Itu semua adalah perancangan bersama Tiz dan Remy untuk pergi bercuti di Eropah sekaligus untuk menjayakan Drama, Cinta jangan Pergi pada pertengahan bulan Oktober ini. Destinasi pilihan mereka adalah, London, Paris dan New Zealand selama 20 hari. Jangan 'nakal-nakal' sudah.. hehe..

Gambar Terbaru Tizz Zaqyah, Cantik dengan May

Jumaat, 14 September 2012

Sudah lama kita tidak melihat kelibat Tizz Zaqyah pelakon yang manis ni kan, terbaru memetik daripada blog Budiey, Tiz muncul ketika menjadi duta untuk satu produk kecantikan badan MAY, dengan produk terbaru mereka, Diamond Dazzle. Dan difahamkan ini kali pertama Tiz menjadi duta kepada produk kecantikan. Dah rezeki Tiz, apa-apa pun enjoy gambar cantik Tiz yang dilampirkan ini.

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah

Tiz Zaqyah