Twitt 'Sayang' Tasha, Mahali Nafi Bercinta!

Pada: Selasa, 9 April 2013
Selebriti tempatan ni tak sah kalau mereka sering kali dikaitkan dengan pemain bola sepak tempatan. Yang terbaru adalah gosip diantara pemain Selangor, Mahali Jasuli dengan pelakon jelita, Tasha Shila.

Mereka terbaru ini dikatakan bersayang-sayang di dalam laman sosial Twitter masing-masing. Mereka sudah berani memberikan respon dan sepertinya memberi isyarat mereka tengah bercinta.

Namun biasalah jawapan pasangan seperti ini, pastinya ada yang berdolak dalih atau menafikan. Mahali menganggap mereka kawan biasa dan belum sampai di tahap bercinta lagi memetik portal Murai semalam.
"Saya dengan Tasha masih berkawan. Belum sampai ke tahap bercinta atau lebih serius. Terus-terang, saya sudah kenal dia sejak November tahun lalu. Hubungan kami lebih kurang lima bulan.

"Sekarang ini, kami jarang berjumpa kerana masing-masing sangat sibuk. Namun, kami sering bertanya khabar dengan menghantar mesej.

"Rasanya tidak salah kalau Tasha panggil saya dengan panggilan Sayang walaupun hubungan kami hanya sebagai kawan," -Mahali

Tag : , , , , , , ,