Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Everything Is About “Aurat” Nowadays - Tiz Zaqyah

Rabu, 27 September 2017

Tiz Zaqyah baru-baru ini ada meluahkan di Twitter miliknya berhubung kontroversi yang telah melanda rakannya, Fathia Latiff mengenai video penampakkan 'apple'.

Sebelum ini, Tiz Zaqyah pernah menghentam Natasha Elyzza yang menjadi punca kepada tersebarnya video seksi Fathia Latif. Kali ini, Tiz Zaqyah telah bercerita mengenai tentang masyarakat yang memandang “aurat” sebagai segala-galanya.

Naz mohon maaf!, rupanya ini yang dia ingin sampaikan...

Isnin, 18 September 2017


Pengacara TV3, Naz memohon maaf andai ada perkataan yang diluahkan di laman Twitter miliknya mengenai isu mati syahid menimbulkan perasaan kurang senang netizen.

Mmemetik portal mStarOnline, Naz apa yang diluahkannya itu bukan untuk mempertikaikan kenyataan 'mati syahid' tersebut.

Sebaliknya, dia mahu pihak yang menguruskan pusat pendidikan mengutamakan keselamatan pelajar dan tidak terlalu mudah memberi alasan bagi menutup sesuatu kejadian.

Kantoi? Ahmad Idham layan selebriti porno di Twitter?

Rabu, 13 September 2017

Menjadi perhatian apabila pengarah Ahmad Idham dikatakan berang di Twitter gara-gara tidak puas hati dengan kritikan orang ramai mengenai filem Pencuri Hati Mr Cinderella.

Sharnaaz berang lagi di media sosialnya! (5 gambar)

Rabu, 23 Ogos 2017

Sharnaaz Ahmad buat perangai lagi dalam laman sosial media miliknya. Dia dikatakan berang dengan 'seorang' yang berperangai tidak sesuai bagi dirinya.

Komen di laman sosial media miliknya itu menimbulkan tanda tanya, kepada siapa dia tujukan mesej itu. Pastinya tulisan Sharnaaz itu cukup mengambarkan yang dia kini kurang senang dengan 'seseorang' di media sosial samaada di Instagram, twitter mahupun Facebook.

Que Haidar kena sindir Aziz M. Osman?

Selasa, 15 Ogos 2017

Que Haidar yang menyelar pelakon baru sebagai 'kayu' telah mendapat perhatian ramai. Bahkan tindakannya mengomen segelintir pelakon baru itu telah diselar oleh seorang selebriti 'otai'

Aziz M. Osman telah menyindir seorang selebriti walaupun tidak menunjukkan sebarang nama pastinya Aziz menujukkan seseorang yang membuat kenyataan mengenai kutuk berkenaan.

Aliff Aziz bagi 'no. telefon' kepada pembencinya, TAPI... kah kah kah..

Isnin, 31 Julai 2017

Bukan main berani lagi Aliff Aziz memberikan nombor telefonnya kepada siapa-siapa yang tidak berpuas hati dengannya di laman sosial.

Namun nombor telefon berkenaan bukanlah milik sebenar Aliff, ianya milik seorang individu yang sangat berasa terkejut apabila mendapat beberapa panggilan dan text Whatsapp dari handphone miliknya.

Pemuda berkenaan akhirnya membuat laporan polis untuk siasatan lanjut. Aduhai.

Janna Nick dikecam hebat disebabkan filem Dunkirk!

Isnin, 24 Julai 2017

Kasihan Janna Nick kena kecam gara-gara memuat naik satu status kritikan bernada ulasan berkenaan filem dinanti ramai, Dunkirk. Janna terlalu jujur berkongsi perasaannya tentang filem itu di laman sosial sehinggakan ramai yang salah faham akan filem berkenaan.

Neelofa ambil alih kedudukan, Nora Danish tewas!

Jumaat, 14 Julai 2017

Wah dengarnya Neelofa kini memintas pelakon Nora Danish dari segi pengikut Instagram. Neelofa kini telah memiliki pengikut mencecah 4.9 juta mengalahkan Nora dengan 4.8 juta.

Neelofa juga membuat pengumuman di Twitter miliknya mengenai berita berkenaan.

Selamat tinggal Fattah Amin, Hye Syafiq Kyle! (10 gambar)

Khamis, 13 Julai 2017

Drama Mencintaimu Mr. Photographer yang dikatakan meletup yang sudah masuk minggu ke-3 siarannya. Pelakon drama berkenaan, Syafiq Kyle dan Hannah Delisha membuatkan ramai nitizen menganggap gelombang baru bakal menenggelamkan nama-nama besar seperti Fattah Amin, Fazura dan Neelofa.

Bersih daripada sebarang kontroversi mahupun gossip cinta lokasi, Syafiq dan Hanna membuktikan lakonan mereka begitu berkualiti sehinggakan ramai yang menonton tak kira dimana berada dengan menggunakan smartphone.

Wak Doyok dikecam riak dan takbur!

Sabtu, 24 Jun 2017


Menerusi sebuah entry di Twitter miliknya @Wak_Doyok pada 19 Jun lalu, pengacara itu pada mulanya berkongsi sekeping gambar katalog butang baju Melayu ribuan ringgit yang menjadi pilihannya.

Malah, Wak Doyok turut memuat naik sekeping gambar dia memakai butang baju Melayu bernilai RM33,000 apabila peminat bertanyakan harga yang bernilai sama dengan sebiji kereta.

Namun akibat daripada tindakan beliau ini, dia mendapat kecaman pulak sebaliknya.

"Nenek Gua Tak Sekejam Nenek Lu Bro!" -Sharifah Amani

Jumaat, 23 Jun 2017

Baru-baru ini Sharifah Amani dikatakan bengang dengan pengikutnya kerana mengecam/mengkritik pakaian yang dipakainya. Sharifah ketika itu menggayakan baju kurung Kedah yang dipadankan dengan seluar jeans koyak.

"Kurung Kedah top, ripped jeans, jet black hair and Timberlands."

Ramai yang mengsyorkan agar pelakon ini berpakaian baju kurung daripada baju yang tidak ada kaitan dengan budaya Malaysia.

Lawak Mentor Milenia yang korang wajib baca.. (9 gambar)

Khamis, 11 Mei 2017

Boleh jadi murung dengar Fazura menyanyi? (video)

Selasa, 9 Mei 2017




Dengarnya pelakon, Fazura dikritik selepas video persembahannya pada Anugerah Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) di Kuching semalam disebabkan suaranya yang tidak sesuai dijadikan nyanyian.

Dalam majlis itu, Fazura membuat persembahan bergandingan dengan penyanyi antarabangsa. Ada juga pengomen yang mendakwa dia menjadi murung selepas mendengar suaranya sebagai sindiran sinis terhadap Fazura.

Ahmad Idham terima bantuan RM100,000

Isnin, 20 Mac 2017

Menerusi laman Instagram pengarah terkenal iaitu Ahmad Idham telah memuat naik gambar screen shot akaun Twitter miliknya.

Difahamkan Idham menerima peruntukan untuk syarikatnya Eden Firdaus Centre, yang menempatkan anak-anak kurang keupayaan (OKU) sebanyak RM100 ribu dalam bentuk cek.

Fazura dihentam kerana ketebalan imannya dipersoal? PANAS!

Rabu, 15 Mac 2017

Dengar khabar yang filem Beauty & The Beast ditangguhkan penayangannya disebabkan faktor yang difahamkan menyangkut paut soal sensitiviti agama dan sebagainya.

Ramai yang kecewa dengan berita ini, dan tidak juga Nur Fazura yang turut kecewa dengannya melalui laman sosial Twitter miliknya.

Johan kena pukul jadi mangsa ugutan? (video)

Khamis, 9 Mac 2017

Dengar khabar yang Johan kena pukul. Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan video yang dikongsi di laman sosial mendakwa itu adalah Johan yang menjadi mangsa ugutan.

Namun buat masa ini Johan masih belum lagi memberikan sebarang komen mengenainya.

Hafiz Hamidun kahwin sebelum Ramadan ini dengan.......

Selasa, 7 Mac 2017

Hafiz Hamidun akhirnya mendedahkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita berstatus ibu tunggal.

Hafiz merancang untuk menikahi wanita berkenaan sebelum umat Islam menyambut Ramadan pada Mei depan.

"Bagi pihak saya, memang dirancang untuk menikah sebelum Ramadan dan majlis resepsi akan diadakan selepas raya tahun ini.

"Saya tak rancang untuk bertunang, sebaliknya mahu terus bernikah.

"Saya berdoa semoga perancangan saya untuk berkahwin kali ini berjaya... insyaAllah,

"Kami kenal antara satu sama lain sudah lama tetapi sejak dua bulan lalu kami mula berkawan dengan serius.

"Dia yang pernah berkahwin dan mempunyai anak sudah tahu mengenai hala tuju hubungan kami. Saya juga sudah memberitahu niat ikhlas saya untuk memperisterikannya," kata Hafiz kepada mStar Online

Sharnaaz kini tuduh nitizen punca kemarahannya?

Selasa, 21 Februari 2017

Akibat luahan Twitter oleh Sharnaaz Ahmad terhadap seorang individu (Fattah Amin). Beliau tak menyangka mendapat banyak kecaman selepas memberikan luahan itu.

Sharnaaz mengakui yang punca amarahnya juga berkaitan dengan netizen yang sengaja mencetuskan provokasi apabila mengaitakan nama Sharnaaz dan orang disekeliling beliau dalam isu #Lofattah.

"Selama ini, saya tidak ambil peduli status hubungan mereka dan tidak pernah masuk campur langsung dalam urusan pasangan itu. Jadi, kenapa perlu netizen mengaitkan nama saya, bakal isteri, Noor Nabila dan kedua-dua orang tuanya dalam hal ini? Mereka memaki hamun kami di laman sosial.

Tindakan biadap mereka itu membuatkan saya terpanggil meluahkan rasa. Lebih membuatkan saya marah, apabila kebanyakkan yang bermulut celupar itu peminat fanatik aktor terbabit. Saya tidak akan bertindak jika tiada yang memulakannya dulu. " kata Sharnaaz kepada Berita Harian

Neelofa pertahankan Fattah dari bakal abang ipar

Sabtu, 18 Februari 2017


Neelofa mengakui beliau sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan bakal abang iparnya, Sharnaaz Ahmad yang meluahkan kata-kata seakan menghentam pelakon Fattah Amin di akaun Twitternya.

Menurut Neelofa sebagai seorang selebriti yang tindak tanduknya selalu diperhatikan, Sharnaaz seharusnya bersikap profesional dan seharusnya tidak begitu lantang meluahkan emosinya di media sosial.
Kenapa perlu serang Fattah? Kenapa tidak menyerang orang yang melaga-lagakan mereka? Tak adil untuk Fattah sebenarnya. Saya harap per­kara sebegini tidak akan berlaku lagi kerana tempiasnya kena pada kami sekeluarga juga. Ambil iktibar dan pengajaran."kata Neelofa memetik portal Utusan

Ini ke Kerabat Diraja yang dimaksudkan Neelofa?

Jumaat, 17 Februari 2017


Sebelum ini, Neelofa ada memberitahu yang dia berkawan rapat dengan seorang kerabat diraja. Jika diikutkan kerabat diraja itu adalah seorang yang bergelar Raja Muda Selangor yang dikenali sebagai Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Baru-baru ini foto Neelofa duduk bersebelahan Tengku Amir dalam sebuah majlis amal pada bulan Disember lalu mula menjadi perhatian ramai orang. Dipercayai foto itu dirakam ketika bulan Disember tahun lalu.