Jimmy Shanley Sedia Untuk Kahwin Lagi Tapi..

Pada: Selasa, 9 April 2013
Berita baik dan tidak baik telah menimpa Jimmy Shanley, berita baiknya adalah difahamkan Jimmy akan menamatkan zaman dudanya dengan bersedia mencari penganti kepada bekas isterinya, Suhaila selepas 5 bulan bercerai.
"Tiada sebab mengapa saya perlu serik dengan perkahwinan dan harap-harap Allah menemukan saya dengan jodoh yang sesuai

"Saya ni ‘duda tak laku’ dan masih solo. Jika ada jodoh pasti saya akan berkahwin,

"Saya lebih menghargai kehidupan saya dan menjadi lebih matang. Saya juga sedar apabila sesuatu perkara buruk itu terjadi kita tidak boleh menyalahkan orang lain.

"Peristiwa ini juga telah mendekatkan diri saya dengan Allah,

"Saya sentiasa mendoakan perkara yang baik-baik untuk bekas isteri dan berharap dia akan menemui kebahagiaan dalam kehidupannya," kata Jimmy.
Berita tidak baiknya dan mungkin sudah menjadi satu kelaziman dalam undang-undang rumahtangga Islam, Jimmy yang ditemui ketika dia dalam prosiding mahkamah semalam untuk tuntutan penjagaan anaknya, Zahrah Rania telah berbesar hati menerima keputusan mahkamah apabila Suhaila berjaya dalam tuntutan keatas penjagaan Zahrah. Jimmy hanya akan dapat hak lawatan dan bermalam selama tiga hari dalam seminggu bersama anaknya selain kebenaran menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha secara bergilir-gilir memetik portal mStar.

Tag : , , , ,