Memey Suhaiza Mula Bertudung (Gambar)

Pada: Selasa, 23 April 2013
Kini Memey Suhaiza isteri kepada Norman Hakim dalam proses untuk belajar memakai tudung pada dirinya, tidak hairan untuk kebanyakkan aksi lakonannya dia kerap memakai tudung dalam watakknya. Kini sudah mahu belajar memakainya bermula Ahad lalu.

Ini menjadi perbualan apabila beberapa kepingnya memakai tudung bersama anak-anak dari bekas isteri Abby Abadi dan Norman turut bersama-sama di majlis hari sukan anak Abby, Mohamed Danish.
"Saya baru mula memakai tudung pada Ahad lalu tetapi belum sepenuhnya dan biarlah ia terjadi secara perlahan-lahan.

"Saya harap peminat mendoakan perkara yang baik untuk saya,

"Saya sudah bersiap-siap untuk keluar dan memakai topi tapi tiba-tiba tergerak hati untuk memakai tudung pada hari berkenaan (sukan).

"Suami suka namun dia memberi ruang kepada saya untuk buat keputusan sendiri kerana perkara ini bukan boleh dipaksa-paksa sebaliknya biarlah ia datang daripada kesedaran diri sendiri.

"Insya-Allah doakan yang terbaik buat diri saya supaya terus memakai tudung selepas ini," -Memey, mStar.




Tag : , , , , , , , ,