Pada:
Isnin, 22 April 2013

Pada bulan Mac 2013 yang lalu, Aishah Sinclair telah pergi ke Gaza, Palestin untuk tugasan tv dalam program The Breakfast Show NTV7. Memetik portal GUA, Aishah dikatakan berada di Gaza selama seminggu. Kata Aishah dia berasa tenang dan sambutan yang mengalakkan dari penduduk di sana.
“Sekiranya saya dapat bertemu dengan Perdana Menteri pun, saya sanggup tolak semata-mata tidak mahu melepaskan peluang untuk ke Gaza,gambar dari Instagram Aishah Sinclair
“Kami disambut meriah seperti orang kenamaan. Layanan mereka sungguh baik. Saya kagum dengan semangat mereka kerana mampu teruskan kehidupan seolah-olah tiada apa yang berlaku,
“Memang biasa dengar bunyi tembakan di Gaza. Tapi bukan kerana ada serangan atau sebagainya. Cuma tentera Palestin sedang menjalani latihan,
“Mereka tidak serang atau membunuh rakyat Palestin. Tentera Israel itu cuma membuli dan menganggu petani dan peladang yang sedang berkerja,
“Ini bukan soal agama tapi kemanusiaan. Sesiapa saja boleh membantu. Sekiranya ada peluang ke Gaza, jangan lepaskan peluang itu,” ujar Aishah
Tag : Aishah Sinclair , Gambar Artis , Gaza , NTV7 , Palestine , Pengacara TV