Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Lagi 4 Gambar Perknikahan Ras Adiba

Rabu, 31 Julai 2013

Semalam anda sudah melihat dan membaca secara details mengenai perkahwinan pengacara tv, Ras Adiba Radzi dengan pasangannya, Ilias Yaakop yang juga bekas rakan sekelasnya dahulu di bangku sekolah menengah. Walaupun sekeping, tapi kali ini ada beberapa keping gambar perkahwinan berkenaan. Jom lihat, ayuu juga melihat Ras Adiba ni kan. :)

Ras Adiba Radzi Selamat Menjadi Isteri

Selasa, 30 Julai 2013

Tidak ketinggalan untuk mengucapkan tahniah kepada pembaca berita NTV7, Ras Adiba Radzi yang selamat diijab kabulkan oleh suaminya, Ilias Yaakop pada hari Sabtu, 27 Julai yang lalu di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya selepas solat Asar mengikut sumber.

Bila Daphne Iking Jumpa Aishwarya Rai

Sabtu, 29 Jun 2013

Minggu lalu, pengacara dan model, Daphne Iking telah menemu ramah artis terkenal Bollywood, Aishwarya Rai. Daphne dan Rai bersama-sama dalam satu rancangan tv terbitan NTV7, Bella yang akan ke disiarkan tidak lama lagi.

Daphne terasa kagum dengan kecantikan Rai yang pertama kalinya dilihat secara berdepan dengan pelakon terkenal di seluruh dunia itu. -Instagram #daphneiking


Rumah Zizan Nin Untuk Majlis Anak Yatim

Selasa, 21 Mei 2013

Baru-baru ini Zizan Nin dan isterinya, Fazilah Hani yang juga pembaca berita NTV7 telah mengadakan house warming seacara sederhana bersama media dan anak-anak yatim di kediaman rumahnya. Dengan aktiviti sumbangan daripada badan bukan kerajaan tampil memberikan sumbangan ringan kepada anak-anak yatim.

Memang baik hati sungguh Zizan. Namun bukan niat Zizan untuk menunjuk-nunjuk rumahnya itu cuma dia mahu berterima kasih kepada pihak menaja yang menaja perkakasan elektrik dan dapur yang ada dirumah barunya itu. Dimana penaja itu juga merupakan penyumbang kepada bebenan anak-anak yatim itu tadi. Maksudnya lokasi hosue warming diadakan di rumah baru Zizan dan Hani.

Jadi  rumah itu perlu ada 'orang baru' selepas ini. Hehe.  -Gua










Gambar Aishah Sinclair ke Gaza

Isnin, 22 April 2013


Pada bulan Mac 2013 yang lalu, Aishah Sinclair telah pergi ke Gaza, Palestin untuk tugasan tv dalam program The Breakfast Show NTV7. Memetik portal GUA, Aishah dikatakan berada di Gaza selama seminggu. Kata Aishah dia berasa tenang dan sambutan yang mengalakkan dari penduduk di sana.
“Sekiranya saya dapat bertemu dengan Perdana Menteri pun, saya sanggup tolak semata-mata tidak mahu melepaskan peluang untuk ke Gaza,

“Kami disambut meriah seperti orang kenamaan. Layanan mereka sungguh baik. Saya kagum dengan semangat mereka kerana mampu teruskan kehidupan seolah-olah tiada apa yang berlaku,

“Memang biasa dengar bunyi tembakan di Gaza. Tapi bukan kerana ada serangan atau sebagainya. Cuma tentera Palestin sedang menjalani latihan,

“Mereka tidak serang atau membunuh rakyat Palestin. Tentera Israel itu cuma membuli dan menganggu petani dan peladang yang sedang berkerja,

“Ini bukan soal agama tapi kemanusiaan. Sesiapa saja boleh membantu. Sekiranya ada peluang ke Gaza, jangan lepaskan peluang itu,” ujar Aishah
gambar dari Instagram Aishah Sinclair











Ras Adiba Radzi Kini Bertudung

Sabtu, 26 Januari 2013

Minggu lalu dalam satu siri berita yang diudara oleh NTV7 telah menampilkan Ras Adiba Radzi telah bertudung penuh. Ini merupakan satu cabaran besar buat penyampai berita swasta itu apatah lagi yang kini masih menggunakan kerusi roda akibat lumpuh.

Gambar dia bertudung juga sempat dikongsikan bersama melalui laman sosial miliknya. Semoga Allah memberikan kekuatan kepada Ras untuk lebih maju ke hadapan lagi. Teruskan usaha anda. Alhamdulillah.

Gambar Ning Baizura Hamil 7 Bulan

Rabu, 28 November 2012

Gambar dibawah adalah Gambar Ning Baizura yang kini sarat hamil anak sulung yang mencecah usia 7 bulan. Ning ditemui ketika majlis pelancaran untuk wanita anjuran stesen NTV7 baru-baru ini.

Namun Ning tidak mahu memberitahu jantina anak berkenaan tapi sempat menceritakan episod dia ddengan suami berada di kotaraya New York, Amerika Syarikat.

"Memang seronok tak terkata ketika berada di sana. Walaupun misi abang (suami) untuk menyertai larian marathon di sana tidak tercapai, tapi kami sempat melakukan beberapa aktiviti termasuklah membeli-belah.

"Penat memang lah penat, lebih-lebih lagi saya berbadan dua. Tak banyak juga yang dapat saya lihat kerana ketika berada di sana sedang sibuk untuk pilihan raya. Jadi banyak habiskan masa di pangsapuri kami yang kebetulan hampit di Central Park," cerita Ning Baizura. -sumber

Ras Adiba disaman RM3.2 juta!

Jumaat, 8 Jun 2012

Pengarah Syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd, Nik Fauzi Nik Hussein, mengemukakan saman menuntut ganti rugi RM3.2 juta terhadap pembaca berita NTV7, Ras Adiba Mohd Radzi kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian penjualan saham pada 2006.

Pengarah ini memfailkan writ saman itu pada pada 3 Mei lalu. Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Jun depan untuk pengurusan kes di hadapan Pendaftar Norhanum Hassan. Ras Adiba diwakili peguam Datuk Mohd Haziq Pillay manakala Nik Fauzi diwakili peguam Mohammad Shafie Afendi. baca lagi..

PS: saman juta-juta ringgit ni, kalau kalah memang naya nak membayar, bagus dipenjara je beberapa tahun. Tapi harap2 la Ras bebas dari tuduhan ini.

Bila Dato' Siti Nurhaliza Bercakap Inggeris

Sabtu, 8 Oktober 2011

Tengok rancangan TV di NTV7 baru-baru ni ada mewawancara penyanyi nombor satu Negara, Dato' Siti Nurhaliza. Tapi rancangan tu merupakan rancangan yang menggunakan bahasa inggeris. Yang menariknya, apabila Dato' Siti diwawancara, kelihatan serba sedikit kefahaman Dato' Siti terhadap Inggerisnya kini meningkat berbanding dahulu. Baguslah Dato' Siti, yang penting mencuba, lama-lama nanti lancar lah tu. :)


[via]

Pembaca Berita Seksi?

Jumaat, 19 Ogos 2011

Bukan apa, di bulan Ramadhan ni seharusnya pihak penerbitan tahu dan dapat mengambil berat mengenai pemakaian dalam pembacaan berita sebab program berita akan mendapat rating yang tinggi dikalangan penonton dewasa, disebabkan info-info yang terkini disiarkan. Terkejut juga apabila melihat seorang pembaca berita swasta berpakaian seksi ketika bulan suci ini kelmarin. Kalau melihatkan, pembaca berita ini beragama Islam.

Mana tidak terkejut, dah lama menonton berita, semua pembacanya berpakaian ok memakai blazer tak kurang yang bertudung, kalau seksi pon yang non-muslim, lihat berita tamil, ok lagi pakai sari, tapi tak faham lah, hehe. Admin harap selepas ni ada lah peraturan dikuatkuasakan untuk pembaca berita mengenai sudut etika pemakaian, lebih-lebih lagi di bulan yang penuh rahmat ni.

gambar pertunangan Wan Kamaruddin

Ahad, 26 Jun 2011

Siapa Wan Kamaruddin ni? dia merupakan wartawan dan juga personaliti TV untuk rancangan Edisi Siasat. Tip top sekarang dia dah bertunang, gambar dibawah ini merupakan gambar pertunangan Wan dengan Wan Nur Saleza Mazuin binti Dato' Wan Abdul Muttalib pada bulan April 2011 yang lalu. Dan mereka dalam perancangan atau sudah pun memuktamadkan untuk bernikah pada 3 Julai nanti. Baguslah cepat-cepat kahwin, terhindar juga fitnah-fitnah tue. Tahniahlah. :)

Gambar : Fayruz

Gambar keluarga pengacara Naz

Khamis, 12 Mei 2011

Lama kita tidak melihat anak kepada pengacara, Naz atau nama sebenarnya Naz Habibur Rahman ni kan, apatah lagi isterinya yang juga pembaca berita ntv7 tue ha, Sheahnee Iman Lee. Apa perkembangan terbaru pasangan ini erk. Oh ya, anak mereka kini dah berusia 1 tahun 3 bulan. Tahu tak namanya? Zara Aaliyah. Nama pun cantik, mesti manis budaknya kan. Hehe.

Dalam diam-diam isteri kepada Naz ni sedang bergiat aktif dalam menjual produk ibu dan bayi dalam Online. Ha senang lah kepada suri rumah tu, cuma klik sahaja internet kan. Produk ni kiranya bermutulah sebab diimport daripada Australia, Amerika dan Australia. Korang boleh lawatinya di BuggyBabyBoogie.com -sumber mStar

Dahlia Iking, Shaeahnee Iman dalam Mingguan Wanita

Khamis, 21 April 2011

Buat pertama kalinya MW menggabungkan dua orang personaliti NTV7 sebagai penghias muka depan. Punya aura yang tersendiri, kedua-duanya merupakan saudara baru selain bergelar ibu kepada anak-anak yang comel dan keletah. Baik Daphne atau nama Islamnya, Dahlia Eleanor Iking dan Sheahnee Iman Lee keduanya nyata cukup bahagia selepas bergelar muslimah. Kini mereka berdua merasakan tenang dan selesa dalam kehidupan selepas memeluk agama Islam melalui solat dan juga doa. Alhamdulillah.