Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

7 gambar Yatt Amzah pro Palestin

Selasa, 19 Ogos 2014

Yatt Amzah bukan main dengan pendirian teguhnya berhubung dengan pendiriannya terhadap pro palestin dan anti zionis yahudi, berhubung dengan isu Gaza di serang beberapa hari yang lalu.

Beberapa gambar di Instagram miliknya telah membuktikan kesemangatannya itu. Jom layan.

Syamsul bidas kenyataan dari seorang Ustaz

Jumaat, 8 Ogos 2014

Syamsul Yusof adalah seorang pengarah filem yang tegas, jadi bab perang di Gaza, dia juga adalah orang yang tegas di didalam isu berkenaan.

Dikhabarkan Syamsul membuat satu kenyataan di laman sosial miliknya untuk membidas seorang kenyataan ustaz yang mendakwa tiada syahid di Gaza

Pelbagai maklumbalas dari peminatnya dikemukankan, kebanyakkannya menyokong Syamsul.

Soal Syahid atau tidak, rasanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. Yang pentingkan doakan yang terbaik untuk warga/saudara kita di GAZA!


Kempen anti keganasan Israel, Emma Maembong di sindir!

Jumaat, 11 Julai 2014

Di dalam kehangatan melihat aksi perlawanan bola sepak Piala Dunia, orang ramai rata-rata tidak sedar akan nasib yang menimpa rakyat Palestin terutama di Semenanjung Gaza.

Pada beberapa hari lalu, Rejim Zionis Yahudi telah melancarkan serangan dasyat ke Gaza dengan dilaporkan hingga kini mencecah 50 orang mati akibat serangan itu.

Namun serangan ini mendapat perhatian pelakon, Emma Maembong yang mambuat inisiatif sendiri untuk mengempen anti terhadap serangan tidak berperikemanusian itu dengan menulis perkataan di sebuah kotak.

Siti Nurhaliza Mahu Ambil Anak Angkat

Isnin, 1 Julai 2013

Dengar cerita yang Datuk Siti Nurhaliza menyimpan hasrat untuk mengambil anak angkat. Bahkan yang lebih mengejutkan dan membuatkan anda lebih teruja adalah, anak angkat yang diambil oleh Siti adalah dari rakyat Gaza, Palestin.

Namun niat Siti itu bakal tidak direalisasikan memandangkan hal politik yang membuatkan anak-anak dari Gaza tidak boleh keluar dari bumi mereka sendiri. Dan ini yang dipetik melalui portal MediaHiburan semalam.
"Apa salahnya (ambil anak angkat dari Gaza), sekiranya boleh... tapi saya dimaklumkan awal-awal di mana mereka tidak membenarkan kanak-kanak keluar dari Gaza.

"Bagi mereka, jika kanak-kanak ini dibawa keluar oleh keluarga angkat, siapa lagi yang akan mempertahankan bumi mereka.

"Kalau ALLAH beri saya satu keajaiban... saya bawa balik bayi dari Gaza, memanglah saya nak jaga sangat tapi saya percaya, mereka sangat diperlukan di sana,"
Selain itu Siti juga mahu mengikuti jejak langkah artis lain yang sudah menjejakkan kaki di Gaza.
"Keistimewaan dan keajaiban di sana, saya masih belum dapat rasai.

"Jika diizinkan suami dan ALLAH, pasti saya ingin ke bumi Gaza. Ramai rakan-rakan artis lain sudah menjejakkan kaki ke sana," -Siti Nurhaliza.

Gambar Aishah Sinclair ke Gaza

Isnin, 22 April 2013


Pada bulan Mac 2013 yang lalu, Aishah Sinclair telah pergi ke Gaza, Palestin untuk tugasan tv dalam program The Breakfast Show NTV7. Memetik portal GUA, Aishah dikatakan berada di Gaza selama seminggu. Kata Aishah dia berasa tenang dan sambutan yang mengalakkan dari penduduk di sana.
“Sekiranya saya dapat bertemu dengan Perdana Menteri pun, saya sanggup tolak semata-mata tidak mahu melepaskan peluang untuk ke Gaza,

“Kami disambut meriah seperti orang kenamaan. Layanan mereka sungguh baik. Saya kagum dengan semangat mereka kerana mampu teruskan kehidupan seolah-olah tiada apa yang berlaku,

“Memang biasa dengar bunyi tembakan di Gaza. Tapi bukan kerana ada serangan atau sebagainya. Cuma tentera Palestin sedang menjalani latihan,

“Mereka tidak serang atau membunuh rakyat Palestin. Tentera Israel itu cuma membuli dan menganggu petani dan peladang yang sedang berkerja,

“Ini bukan soal agama tapi kemanusiaan. Sesiapa saja boleh membantu. Sekiranya ada peluang ke Gaza, jangan lepaskan peluang itu,” ujar Aishah
gambar dari Instagram Aishah Sinclair











Yatt Hamzah ke Gaza

Rabu, 27 Mac 2013

Gaza bukan tempat destinasi percutian yang boleh dianggap selamat kerana terdapat ancaman daripada Israel Laknatullah pada bila-bila masa. Namun Gaza juga boleh dianggap tempat selamat jika kita berani menjejakkan kaki ke sana. Seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dan beberapa golongan selebriti sebelum ini. Dan yang terbaharu adalah pengacara, Yatt Hamzah yang dalam perancangan akan pergi ke Gaza pada 25 Mac sehingga 1 April ini bersama-sama ahli keluarganya. Untuk misi kemanusian bukan untuk bercuti-cuti.

“Selepas mengikuti kelas Usrah Fitrah, banyak mengajar saya pengertian sebenar tentang Islam yang boleh saya kaitkan dengan kehidupan seharian.

“Daripada situ juga, saya dapat berkongsi pengetahuan dengan masyarakat ketika dijemput dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan,

"Ini kali pertama saya membawa mereka bersama, jika ditakdirkan mati syahid pun, biarlah masa itu saya bersama suami dan anak. Walau bagaimanapun, kami berdoa agar perjalanan kami dilindungi ALLAH, selamat pergi dan pulang." -Yatt, MediaHiburan

Gambar Fara Fauzana di Gaza!

Sabtu, 16 Februari 2013

Memang tak ramai selebriti yang berani menjejakkan kaki ke tanah Palestin sebagai satu bentuk sokongan dan juga menunjukkan yang selebriti kita mempunyai kesedaran terhadap saudara segama di Pelestin.

Tidak ketinggalan Fara Fauzana seorang deejay untuk radio Hot Fm yang selalu kita dengan celotehannya berjenaka dan tawa riang yang berani memijakkan kaki ke Palestine lebih-lebih lagi ke Gaza akhir bulan Januari yang lalu dalam tempoh seminggu bersama rombongan Nona.

Ini semua adalah untuk satu slot khas rancangan Nona pada 24 Februari 2013, jam 2 petang di TV3. Dan ini petikan melalui portal MalaysiaDigest.com untuk kenangan dan saat Fara berada disana.

"Kami pergi melalui Mesir ke Rafa dan terus ke pintu Gaza. Jujur, sewaktu itu memang jantung berdebar dan saya tak tenang sepanjang perjalanan. Lebih-lebih lagi sebelum kami sampai, kami perlu melalui banyak sekatan dan checkpoint.

"Sebelum pergi ke sana lagi, saya banyak baca artikel yaang menceritakan penderitaaan dan kesusahan hidup mereka. Tapi bila sampai di bandar Gaza, rasa macam jejakkan kaki ke satu tempat yang penuh dengan ketenangan dan penduduknya sangat kuat semangat. Padahal sewaktu saya datang tu, baru dua bulan bandar mereka dibedil,

"Melihat penduduknya yang menjalani kehidupan seperti biasa, saya jadi sangat kagum dengan semangat mereka. Saya bawa baju kalis peluru, mulanya memnag niat nak pakai tapi saya tak pakai pun. Selain, penduduk-penduduk di sana sangat mengalu-alukan kedatangan orang Malaysia. Bendera kita ada di mana-mana sahaja ,

"Saya sempat pergi ke satu kawasan di tengah bandar Gaza. Kawasan itu adalah kawasan bekas dibom, akibatnya terdapat satu kawah besar dan dalam.

"Dan bila saya menemuramah seorang individu, dia bercerita dengan penuh redha memberitahu yang ahli keluarganya terkorban akibat letupan bom. Saya menangis dan dalam masa sama saya sangat kagum dengan semangat dia.

"Bahkan baik yang dewasa mahupun kanak-kanak, mereka menjalani kehidupan seperti biasa walaupun tahu mereka sedang diperhatikan oleh tentera Israel malah bila-bila masa saja mereka boleh di serang.

"Hotel saya mengadap laut dan bilik saya di tingkat sembilan. Masa waktu pagi, tengah bersiap untuk memulakan penggambaran, tiba-tiba saya dengar bunyi tembakan rambang bertalu-talu. Saya buka tingkap, lagi dengar kuat tembakan.  Salah seorang daripada kami terus memberikan arahan agar meniarap.

"Tak berapa lama kemudian kami dimaklumkan rupanya bunyi tembakan itu sebenarnya oleh tentera Palestin yang sedang menjalankan latihan. Saya tak boleh bayangkan kalau ianya dalam situasi benar-benar di serang. Gerun sangat. Sewaktu meniarap tu pun, tiada apa yang saya mampu fikirkan kecuali mati,

"InsyaAllah, saya memang simpan niat nak pergi ke sana pada masa akan datang dan nak hulurkan bantuan. Kali ni kalau saya pergi saya nak bawa ahli keluarga saya seperti abang atau sepupu saya. Malah bila mereka mendengar saya bercerita, mereka juga teruja dan bersemangat nak sama-sama membantu saudara seislam kita yang berada di sana," Fara.


Bila Abby Abadi Komen Konvoi ke Gaza

Khamis, 13 Disember 2012

Tak tahulah kenapa Abby Abadi mengeluarkan kenyataan seperti dibawah yang dipetik melalui laman Twitter miliknya pada 9 Disember yang lalu.

Sepertinya Abby membidas dan menemplek golongan selebriti yang pergi ke sana dengan tidak tahu apa niat sebenar Abby. Mungkin Abby tidak terpilih untuk pergi ke sana kot sebab masuk parti politik lain, sebab tu dia rasa kurang senang hati sikit. Hehe.


Gambar Afdlin Shauki di Gaza

Jumaat, 7 Disember 2012

Afdlin Shauki berkongsi rasa kagum melihat masyarakat Palestin memiliki jiwa yang kental dalam mengharungi saat-saat getir gara-gara diserang oleh rejim Zionis.

Afdlin yang menyertai delegasi Aqsa Syarif ke negara itu sejak Isnin berkata, dia tidak menyangka rakyat Palestin terutamanya kanak-kanak masih lagi boleh tersenyum dalam keadaan getir malah mereka tidak pernah meminta sedekah meskipun kehidupan di negara itu begitu daif.
"Belum pernah lagi saya berjumpa dengan masyarakat kental seperti rakyat Palestin. Mereka peramah dan sentiasa tersenyum. Malah sering melambai-lambai tangan apabila melihat kenderaan kami.

"Mereka juga bukan orang yang meminta sedekah. Kanak-kanak tidak pun meminta-minta. Ada di antara kami yang telah memberikan sesuatu tetapi mereka menolak.

"Apabila kami menerangkan ia sebuah hadiah, barulah barang yang diberi itu diambil," katanya
Beliau dan juga delegasi termasuk artis Zain Saidin, Bront Palarae serta enam orang kru produksi Vision Works telah berangkat ke nagara itu sejak Isnin lalu selama seminggu. -sumber

PS: Malam ini MaharajaLawak Mega, kumpulan Boboi tiada kelibat Afdlin.

Heliza Helmi Sebelum Berlepas Ke Gaza

Gambar dibawah ini adalah gambar Heliza Helmi ketika berada di KLIA jam 10 malam yang lalu untuk terbang ke Kaherah, Mesir dalam misi membantu Gaza.

Heliza merupakan diantara 111 orang yang telah menyertai misi konvoi ini. Sungguh mulia kerja ini, semoga Allah melindungi rakyat Malaysia yang berada di sana.

Faizal Tahir Lelong Trofi Demi Gaza

Rabu, 21 November 2012

Isu Gaza diserang Israel memang menjadi isu dan berita perhatian seluruh dunia. Dan itu melibatkan isu politik dan juga agama.

Namun yang paling penting ramai juga artis kita yang perihatin terhadap isu ini. Dilaman sosial mereka juga telah berkempen bersama-sama bagi menyokong Gaza (Palestin).

Ketika Maharaja Lawak Mega 2012 pada Jumaat yang lalu juga, Afdlin Shauki dari kumpulan Boboi telah membuat pengumuman yang menyatakan kalau tidak undi mereka, undilah untuk menyumbang kepada tabung Gaza.

Dan yang terbaru Faizal Tahir yang mengorbankan harta yakni trofi kemenangan dia ketika memenangi beberapa anugerah seperti AIM, AJL, APM, ABPBH dan lain-lain lagi.

Faizal akui melalui laman sosial Twitternya yang benda-benda itu akan dilelong untuk membantu sumbangan untuk di Gaza.

Semoga niat mereka ini mendapat redha dan kebaikkan daripada Allah kelak.

Fauziah Latif manis bertudung di Gaza

Ahad, 15 Ogos 2010

Bumi para ambia ini sememangnya mengalami krisis yang sangat teruk buat masa ini, kemunculan para idelogi zionis dan juga perampas Yahudi telah membuatkan bumi Palestine menderita, apatah lagi tempat yang bernama Gaza yang dikepung bagaikan penjara yang luas. Fauziah Latif baru-baru ini ada pergi ke Gaza atas nama misi membantu rakyat di sana. Beginilah artis yang perihatin terhadap saudaranya di sana, saudara sesama muslim. Baguslah Fauziah, boleh dijadikan contoh kepada artis yang lain yang suka dok keluar negara bercuti di negara-negara asing. Semoga Fauziah diberkati Allah dalam memperjuangkan nasib rakyat disana.