Pada:
Ahad, 21 April 2013

Difahamkan melalui akhbar Bharian semalam, yang Azean Irdawaty berusia 63 tahun dalam keadaan kritikal dan perlu membuat pembedahan segera untuk membuang tumor yang semakin merebak ke otaknya.
Ini disahkan oleh anak sulung Azean, Khaeryll Benjamin yang menyatakan kemorosotan status kesihatan ibunya itu
“Beberapa bulan kebelakangan ini mama boleh bergerak hasil pengambilan ubat berkenaan. Walaupun harganya mahal, RM9,000 sebulan, banyak perubahan dapat dilihat, malah mama mula bergerak dan agak cergas berbanding sebelumnya.
“Namun, disebabkan situasi kewangan tidak mengizinkan, kami tidak lagi dapat membeli ubat terbabit. Kesannya, tubuh mama semakin lemah, mudah letih, hilang selera makan, apatah lagi selepas tumor menyerang sebelah kiri otaknya.
“Sepatutnya dia menjalani pembedahan semalam (18 April), tetapi terpaksa ditunda ke Isnin ini berikutan kes kecemasan lain. Kami dimaklumkan pembedahan kali ini berisiko tinggi,
“Sebelum ini walaupun terlantar sakit, mama masih mampu melakukan pergerakan ringan. Apabila menekan butang telefon bimbit pun tidak larat, kami membawanya menjalani imbasan dan dari situ, doktor mengesan sel mati pada bahagian otaknya disebabkan serangan tumor,
“Kami tiga beradik bersama ayah bergilir menjaga mama sejak dia dimasukkan ke hospital. Dia kini dalam pemantauan sebelum menjalani pembedahan. Mama masih lemah malah percakapannya juga kurang jelas,” katanya.
Tag : Anak Artis , Azean Irdawaty , Berita Artis , Pelakon Vateran , Penyakit