Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Sekitar pertunangan Yuna, Adam Sinclair (6 gambar)

Ahad, 6 Ogos 2017

Yuna Zarai selamat bertunang dengan jejaka pilihannya Adam Yousof Mohamed Sinclair (adik pelakon Ashraf Sinclair), petang semalam di kediaman ibu bapa Yuna di Shah Alam.

Aishah Sinclair selamat lahirkan anak ke-2

Jumaat, 11 April 2014

Dikhabarkan Aishah Sinclair telah selamat melahirkan anak ke-2 nya pada 5 April yang lalu. Tidak dapat dipastikan berat dan juga jantinanya, apa-apa pun tahniah lah ke atas berita yang gembira ini.

(gambar) Aishah Sinclair Hamil Anak Ke-2

Selasa, 12 November 2013

Menurut sumber, pelakon dan personaliti tv, Aishah Sinclair dikhabarkan sudah berbadan dua iaitu hamil untuk anak ke-2. Usia kandungannya itu kini sudah mencecah 5 bulan. Tahniah!

Gambar Aishah Sinclair ke Gaza

Isnin, 22 April 2013


Pada bulan Mac 2013 yang lalu, Aishah Sinclair telah pergi ke Gaza, Palestin untuk tugasan tv dalam program The Breakfast Show NTV7. Memetik portal GUA, Aishah dikatakan berada di Gaza selama seminggu. Kata Aishah dia berasa tenang dan sambutan yang mengalakkan dari penduduk di sana.
“Sekiranya saya dapat bertemu dengan Perdana Menteri pun, saya sanggup tolak semata-mata tidak mahu melepaskan peluang untuk ke Gaza,

“Kami disambut meriah seperti orang kenamaan. Layanan mereka sungguh baik. Saya kagum dengan semangat mereka kerana mampu teruskan kehidupan seolah-olah tiada apa yang berlaku,

“Memang biasa dengar bunyi tembakan di Gaza. Tapi bukan kerana ada serangan atau sebagainya. Cuma tentera Palestin sedang menjalani latihan,

“Mereka tidak serang atau membunuh rakyat Palestin. Tentera Israel itu cuma membuli dan menganggu petani dan peladang yang sedang berkerja,

“Ini bukan soal agama tapi kemanusiaan. Sesiapa saja boleh membantu. Sekiranya ada peluang ke Gaza, jangan lepaskan peluang itu,” ujar Aishah
gambar dari Instagram Aishah Sinclair











Bila selebriti jual pakaian

Sabtu, 30 April 2011

Aik selebriti ni dah tak de duit dah ke, sampai nak jual pakaian t-shirt lagi tue. Mereka ni terdiri daripada Yasmin Hani, Lisa Surihani, Atilia dan Aishah Sinclair. Memang artis yang tidak asing lagi. Dah nama popular mesti banyak duit kan, tak kan nak jual T-shirt lagi. Haha. Tidaklah, mereka jual baju ni untuk membantu mangsa-mangsa Tsunami kat Jepun tue ha, harga T-shirt tue cuma RM50, sambil beli sambil sedekah. Ha, beli jangan tak beli, kalau boleh nak tandatangan artis tue lagi. hehe.


-Beli di SINI-

Tiga artis yang menjadi ikon keibuan

Sabtu, 19 Mac 2011

Gambar di bawah merupakan tiga artis yang menjadi ibu dan bakal menjadi ibu di dalam satu majlis pelancaran Si Kecilku Chak!!! di tv3, baru-baru ini. Mereka adalah Dynaz Mokhtar dan anak, Aishah Sinclair dan anak, Sazzy Falak dan anak. Mereka terpilih sebab mungkin diberi peluang muka-muka baru sebagai penghias rancangan berkenaan. Yang dah lama tu, bagi ler ruang dan peluang pulak yer kan kepada 'mummy' yang baru. Sazzy kelihatan bunting/hamil, mungkin beberapa minggu lagi nak bersalin lah tu. Semoga selamat nanti Sazzy. :) -Gambar mStar

Gambar anak Aishah Sinclair

Rabu, 25 Ogos 2010

Belum terlambat lagi rasanya untuk menghulurkan sekalung tahniah buat pelakon-pengacara Aishah Sinclair dan suami tercintanya, Sheikh Abdul Shahnaz, atas kelahiran puteri sulung mereka, Soraya Ann pada 15 Ogos lalu. Nampaknya, lebih meriah sambutan Raya tahun ini buat Aishah sekeluarga dengan kehadiran Soraya Ann. Selepas ni, kita nantikan pula kehadiran anak sulung abang Aishah, Ashraf dan isteri, Bunga Citra Lestari yang tak lama lagi akan 'meletop' kandungannya. -Gua