Gambar Wawa Zainal Bertudung Kini

Pada: Jumaat, 1 Mac 2013
Pendekatan memakai tudung dikalangan selebriti adalah sudah menjadi kebanggaan kita apabila melihat artis kesayangan kita berubah kepada kebaikkan.

Apatah lagi kalau melihat artis yang comel memakai tudung, pastinya sangat memberikan gambaran suka yang teramat.

Baru-baru ini pelakon manis, Wawa Zainal kelihatan sering memakai  tudung, dan diakui ianya adalah satu peringkat permulaan dalam memakai tudung sebelum mengekalkannya.

Gambar-gambar Wawa bertudung juga sudah banyak dimuatnaik dalam laman sosial miliknya.
“Saya tidak nafikan sekarang ini saya sering bertudung. Saya sedang belajar berubah ke arah kebaikan secara berperingkat. Doakan yang terbaik untuk saya,

“Kalau ada yang ternampak saya memakai tudung di luar, mereka memang tidak salah orang. Saya selalu pakai tudung sekarang ini. Cuma bukan secara kekal. Belum terfikir untuk berubah sepenuhnya. Saya tidak mahu berubah secara drastik, tetapi biarlah berperingkat. Sekarang ini saya mempelajari ilmu agama dengan menghadiri kelas-kelas agama dan juga kelas mengaji Al-Quran. Saya mahu memperbaiki diri,

“Saya dan Aeril Zafrel hanya kawan biasa. Dia tidak pernah cuba mempengaruhi saya dengan apa-apa pun. Saya mahu berubah kerana kehendak diri sendiri. Bukan atas desakan sesiapa. Kesedaran itu muncul dengan sendiri. Sebagai umat Islam, saya rasa bertangungjawab untuk mempersiapkan diri dengan ilmu agama secukupnya. Saya tidak malu mengaku yang saya tidak fasih mengaji.

“Saya tidak ada masalah (berlakon) hendak bertudung. Kalau Allah sudah buka pintu hati saya, apa salahnya. Lagipun, itu kewajipan kepada wanita Islam. Saya percaya rezeki ada di mana-mana. Kalau dengan bertudung saya tidak lagi mendapat tawaran berlakon, saya percaya ada rezeki lain untuk saya,” Wawa Zainal sumber Gua

Tag : , , , , ,