Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Neelofa takkan buka tudungnya..

Jumaat, 29 September 2017


Neelofa menegaskan sesekali takkan membuka hijab/tudung walaupun dihujani pelbagai kritikan dan kecaman berikutan penampilannya ketika berada di Itali, baru-baru ini.

Neelofa tahu menjaga batas penampilan agar tidak tersasar daripada imej wanita bertudung.

"Ia bukan kali pertama saya mengenakan jeans sebegitu dan orang yang komen itu mungkin baru kali pertama melihat diri saya, serta tak mengenali siapa saya.

"Saya tahu diri ini berhijab dan memang saya mengenakan 'inner' (pakaian dalam) bersama jeans itu. Biasalah, orang akan cuba mencari kesalahan memandangkan penampilan saya yang sebegini, jadi pelbagai kritikan dilemparkan,

"Saya tahu siapa diri ini dan saya suka memakai sesuatu yang dirasakan selesa, bukannya disebabkan suruhan orang lain. Saya juga tidak pernah terfikir untuk membuka hijab kerana inilah yang saya pilih sejak awal memakainya dulu.

"Sebagai wanita berhijab, kita tak boleh terikat dengan satu fesyen saja, sebaliknya boleh jadi lebih bergaya. Dengan penampilan saya ini juga saya diterima dan dipandang orang luar ketika berada di Milan dan New York," katanya memetik BharianOnline.

Apa yang tak kena dengan Mia Sara ini?

Rabu, 27 September 2017

Pada malam Festival FIlem Malaysia ke-29 hujung minggu lalu, tak habis dengan kontroversi Zizan sebagai pengacara, ada juga mata yang mahu menyalahkan pemakaian tudung pelakon kanak-kanak, Mia Sara.

Katanya tudung yang dikenakan oleh Mia sangat singkat menampakkan dada. Namun Mia enggan mengulasnya lebih lanjut hal itu. Korang nak kritik, kritiklah, janji tutup aurat, kan Mia..

Sekitar red carpet Festival Filem Malaysia ke-29 (HD)

Isnin, 25 September 2017