Pada:
Jumaat, 1 Mac 2013

Memang tidak dinafikan kedua-duanya masih lagi single, dan usia mereka juga semakin meningkat dan sudah semestinya peminat mereka berdua ingin melihat mereka mempunyai pasangan hidup.
Adibah tertarik dengan Halim kerana berasa selesa dan mempunyai banyak persamaan dan inilah yang dikatakan oleh Adibah sendiri mengikut portal mStar semalam.
"Jika jodoh saya ditentukan oleh Allah dengan Halim saya terima namun setakat ini hubungan kami profesional sebagai rakan sekerja.
"Bagaimanapun saya selesa bersama Halim kerana kami memahami antara satu sama lain dan berkongsi banyak perkara sama terutama minat terhadap ilmu," -Adibah
Tag : Adibah Noor , Berita Artis , Deejay Radio , Halim Othman , Penyanyi , Suria FM