Zarina Tidur Lokap, Tiada Jaminan Keluarga

Pada: Sabtu, 5 Januari 2013
Zarina Anjoulie dibawa ke Kompleks Penjara Kajang selepas tiada ahli keluarganya yang datang untuk mengikat jamin aktres tersebut sehingga pukul empat petang Rabu lalu atas pertuduhan memiliki dadah.

Menurut laporan Harian Metro, Zarina dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh Majistret Nazri Omran dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan semula kes pada 8 Februari ini.

Rakan lelakinya iaitu Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun dibebaskan selepas dijamin oleh abangnya. -sumber

Tag : , , , , ,