Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Diserang ibu artis terkenal, Zarina Anjoulie buat laporan Polis

Rabu, 29 Mac 2017

Zarina Anjoulie Mohd Fahizul, 31, membuat laporan polis terhadap ibu seorang pelakon terkenal pada 23 Mac lalu selepas diburukkan oleh wanita itu menerusi laman sosial Instagram.

Zarina ketika dihubungi berkata, masalah cemburu terhadap perniagaan menjadi punca ibu pelakon wanita ini berbuat demikian terhadapnya.

"Ketika mula berniaga dahulu, saya memang mengambil produk daripada wanita ini untuk dijual. Harga yang diberikan boleh dikatakan agak mahal juga.

"Selepas itu saya dapat produk serupa daripada pembekal lain dan menghentikan urusan dengannya secara baik,"

"Dia mula menyentuh peribadi saya dengan mengungkit kisah silam serta memaki hamun pelanggan yang mempertahankan saya.

"Bukan itu saja, anak lelakinya juga bertindak keterlaluan apabila menghantar mesej berbaur ugutan. Disebabkan tindakan itu melampaui batas, saya bertindak membuat laporan polis," katanya yang membuat laporan di Balai Polis Nilai, Negeri Sembilan pada jam 7.39 petang semalam memetik portal HarianMetro

Zarina Anjoulie sah bercerai?

Sabtu, 18 Mac 2017

Selepas dihimpit pelbagai persoalan tentang suaminya yang tidak pernah lagi bersama beliau, pelakon Zarina Anjoulie akhirnya mengesahkan beliau sudah berpisah dengan Pengiran Mohd Ilham Syazwan seorang warganegara Brunei pada 18 Disember 2016 secara baik, kerana tiada lagi persefahaman antara mereka.

Zarina An Joulie buat kejutan?

Isnin, 26 September 2016

Baru-baru ini kecoh apabila Zarina An Joulie memuat satu gambar yang sepertinya ditujukan kepada dirinya. Status single itu bukan sahaja mengejutkan ramai pihak, bahkan ada juga yang berfikir Zarina kini 'single'

Harap ianya tidak betul dan hanya perkongsian Zarina sahaja kepada pengikutnya. Mengikut info, Zarina selamat melahirkan anak pada bulan Ogos yang lalu.

Zarina An Joulie selamat melahirkan anak (gambar bayi)

Selasa, 23 Ogos 2016

Pelakon kontroversi, Zarina Anjoulie telah selamat melahirkan bayi sulung, bayi berkenaan difahamkan berjantina lelaki dan dilahirkan pada hari Jumaat lalu, 19 Ogos sekitar jam 8.30 pagi di salah sebuah hospital dekat Negara Brunei.

Berita gembira itu turut dikongsi menerusi laman Instagramnya selepas melalui kesakitan selama dua hari di hospital.

Penampilan terkini Zarina Ann Julie yang mengejutkan..

Isnin, 27 Jun 2016

Berita mengejutkan dari Zarina Anjoulie terkini.. (2 gambar)

Isnin, 18 Januari 2016

Pelakon kontroversi Zarina Anjoulie dikhabarkan telah berbadan dua aka mengandung anak sulungnya. Ini disampaikan sendiri oleh Zarina menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Zarina sebelum ini telah mendirikan rumah tangga dan menetap di Brunei bersama suaminya.

Zarina An Joulie dah berkahwin? dengan jejaka... (4 gambar)

Isnin, 16 November 2015

Dengar khabar yang pelakon kontroversi, Zarina An Joulie sudah menjadi isteri kepada seorang jejaka yang kini menetap di negara, Brunei (mungkin duda anak 2).

Ini dibuktikan lagi dengan gambar Zarina bertudung yang difahamkan kemungkinan mereka sudah bernikah di Ipoh, Perak. Difahamkan dia juga berharap perkahwinan ini akan merubahnya menjadi wanita yang berguna selepas ini.

Namun belum ada pengakuan daripada Zarina mengenai hal ini, kalau betul, Alhamdulillah..

Zarina terima mesej rogol dari seorang 'alim' (gambar)

Selasa, 27 Oktober 2015

Zarina AnJoulie ni bukan lagi selebriti yang terkenal sebab lakonannya, tapi sebab banyak kontroversi yang dibuatnya dan penampilannya yang menghairahkan.

Namun baru-baru ini dia menerima mesej berbunyi 'jom rogol'. Yang peliknya pengirim mesej berkenaan menggunakan imej Islamik dalam laman sosialnya.

Memang sukar nak digambarkan sanggup menggunakan atau bajet agama untuk memikat dan menjahanamkan hidup wanita.


Gambar aksi peluk dan cium Zarina Anjoulie..

Rabu, 26 Ogos 2015

Sekali lagi Zarina Anjoulie membuat aksi panas di laman sosial apabila gambar berpelukkan dia dengan seorang jejaka yang tidak dikenali telah dimuatnaik olehnya.

Sepertinya mereka sepasang kekasih dan ianya bukan asing lagi buat Zarina dengan aksi begitu. Memang ramai yang mengkritik dan memberikan nasihat, tapi Zarina seperti enggan ambil peduli dan masih dengan pendirian sosialnya itu.

Zarina An Julie disamankan kerana menipu!

Selasa, 18 Mac 2014

Seorang ahli perniagaan memfailkan saman terhadap pelakon Zarina Anjoulie, kerajaan dan empat lagi atas dakwaan berlaku kecuaian serta penipuan membabitkan sebuah kereta mewah milik arwah bapanya.

Kevin Shah Kadar Shah, 33, memfailkan saman itu menerusi Tetuan Jeev Anand & Partners di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 13 Nov tahun lepas.

Beliau turut menamakan pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor, Kementerian Pengangkutan Malaysia, kerani penghantar surat Salleh Idris dan Public Islamic Bank Berhad sebagai defendan.

Pada prosiding, Isnin, Hakim Hue Siew Kheng yang mendengar kes itu dalam kamar, menetapkan 7 April depan untuk mendengar permohonan plaintif bagi meminda penyataan tuntutan dan permohonan Salleh bagi membatalkan saman terhadapnya.

Peguam J.Jev Anand mewakili Kevin Shah, peguam YK Leong mewakili Salleh manakala Peguam Persekutuan Nur Aqilah Ishak bagi pihak kerajaan, JPJ Negeri Selangor dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Penyataan tuntutan Kevin Shah mendakwa arwah bapanya, Kadar Shah Sulaiman membeli sebuah kereta terpakai jenis BMW dengan nombor pendaftaran WTN 8850 yang didaftarkan atas nama bapanya pada 17 Mei 2010 dan menandatangani perjanjian sewa beli dengan Public Islamic Bank pada 11 Mei, tahun sama.

Beliau mendakwa bapanya meminjamkan kereta itu kepada Zarina, yang merupakan rakan Kadar Shah, sekitar Jun 2010 untuk kegunaan harian dan kereta itu masih dalam milikan pelakon berkenaan sehingga bapanya meninggal dunia pada 19 Nov 2011.

Kevin Shah mendakwa selepas kematian bapanya, Zarina tidak pernah memulangkan kereta itu dan sebelum beliau sempat menghubunginya untuk berbincang, pihak bank menarik kereta berkenaan selepas ansuran bulanan gagal dilunas mengikut perjanjian.

Ahli perniagaan itu mendakwa Public Islamic Bank memulangkan kereta berkenaan kepadanya pada 21 Feb tahun lepas setelah beliau melunaskan segala tunggakan ansuran bulanan.

Bagaimanapun, Kevin Shah berkata beliau terkejut apabila mendapati kereta itu didaftarkan dengan nombor pendaftaran BLP 8858 sedangkan bapanya tidak pernah membuat sebarang permohonan kepada JPJ untuk mendaftarkan kenderaan miliknya dengan nombor BLP 8858.

Kevin Shah juga mendakwa Kementerian Pengangkutan, melalui surat bertarikh 18 Mac 2013, memaklumkan bahawa nombor WTN 8850 telahpun didaftarkan ke atas kenderaan lain, iaitu sebuah motosikal atas nama bapanya, manakala nombor BLP 8858 didaftarkan bagi kereta BMW itu.

Beliau berkata JPJ, melalui surat bertarikh 3 Jun 2013, menyatakan pertukaran nombor pendaftaran antara kereta dan motosikal itu dibuat pada 14 Feb 2012 namun perkara berkenaan adalah mustahil kerana bapanya telah meninggal dunia sebelum tarikh pertukaran.

Oleh itu, Kevin Shah mendakwa sebarang permohonan yang diterima JPJ tidak pernah ditandatangani bapanya dan mendakwa jabatan berkenaan gagal mengesan tandatangan yang terkandung dalam permohonan untuk pertukaran nombor WTN 8850 dari kereta kepada motosikal dan juga pertukaran nombor BLP 8858 dari motosikal kepada kereta.

Beliau juga mendakwa Zarina, Salleh dan Public Islamic Bank berkomplot melakukan penipuan ke atas bapanya bagi penukaran nombor kereta dan motosikal itu bagi tujuan melenyapkan kereta berkenaan daripada milikan Kadar Shah.

Kevin Shah menuntut ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, selain memohon deklarasi bahawa pertukaran nombor pendaftaran kereta dan motosikal itu adalah tidak sah dan terbatal. -mStar

Gambar Lana Nordin Sesi Photoshoot Bharian

Khamis, 1 Ogos 2013

Cantik melihat Lana Nordin berpakaian Raya awal ni untuk sesi photoshoot untuk Berita Harian mungkin untuk edisi Minggu nanti.

Turut bersama Lana photoshoot adalah Zarina An Julie dan juga rakan baik Lana, Maria Farida yang cantik tu~

Zarina An Joulie ke Mahkamah, Positif Dadah

Selasa, 12 Februari 2013

Zarina An Joulie tak sudah-sudah dengan kisah hidup kontroversinya. Yang terbaru lagi mengenai pelakon ini adalah mengikut sumber Bernama, dia dan rakan lelakinya dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Majisterit Petaling Jaya baru-baru ini diatas pertuduhan positif dadah pada Disember 2012 yang lalu.

Kandungan dadah tersebut didakwa terkandung di dalam air kencing Zarina Anjoulie dan Mohamad Fakhruzaim dan mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Narkotik Damansara, antara 8 malam hingga 8.10 malam, 30 Disember tahun lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, mereka didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda hingga RM5,000 jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan mereka diikat jamin RM2,000 setiap seorang dan menetapkan 14 Mac untuk sebutan kes. Aish Macam-macam dah..

Zarina Dibebaskan, Seniman Bakal Pecat

Isnin, 7 Januari 2013

Zarina Anjoulie yang sebelum ini didakwa telah memiliki dadah jenis Eramin pada 30 Disember lalu dengan kegagalaan penjamin daripada ahli keluarganya sehinggakan dirinya terpaksa diseret ke Kompleks Penjara Kajang, Selangor.

Nasiblah masih ada orang yang mahu bersimpati dengan Zarina iaitu adik perempuan tirinya sebanyak RM2000 pada 10 pagi hari Jumaat, 4 Januari 2013.

Komen Presiden Seniman yang memetik portal Kosmo! semalam menyatakan yang kemungkinan Zarina akan dipecat sebagai ahli seniman kerana jenayah yang dilakukannya ini.
"Kita tidak mahu artis yang terlibat dalam kontroversi menjejaskan nama baik artis lain. Dalam kes Zarina, buat sementara ini kita akan gantung keahliannya kerana mahkamah belum lagi membuat keputusan."

"Sekiranya mahkamah mendapati dia bersalah, Seniman akan memecatnya daripada menjadi ahli,

"Ini adalah syarat yang tertakluk dalam Padu Citra yang mewajibkan pelakon menyertai persatuan yang diiktiraf Finas."

"Jika masih ada produksi yang mengambilnya berlakon, kita boleh ambil tindakan," tegas Zed Zaidi.

Zarina Tidur Lokap, Tiada Jaminan Keluarga

Sabtu, 5 Januari 2013

Zarina Anjoulie dibawa ke Kompleks Penjara Kajang selepas tiada ahli keluarganya yang datang untuk mengikat jamin aktres tersebut sehingga pukul empat petang Rabu lalu atas pertuduhan memiliki dadah.

Menurut laporan Harian Metro, Zarina dikenakan ikat jamin sebanyak RM2,000 oleh Majistret Nazri Omran dengan syarat penjamin daripada ahli keluarga dan sebutan semula kes pada 8 Februari ini.

Rakan lelakinya iaitu Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, bagaimanapun dibebaskan selepas dijamin oleh abangnya. -sumber

Zarina An Julie Bebas Dakwaan Miliki Dadah

Khamis, 3 Januari 2013

Zarina Anjoulie Lavocah memang sudah dikenali ramai kerana kadang kala menimbulkan kontroversi. Yang terbaru mengenai pelakon ini adalah, dia disyaki bersama-sama rakan lelakinya mempunyai 2 biji pil erimin 5 seberat 0.6 gram pada 4 hari yang lalu.

Zarina yang kini dalam prosiding mahkamah Majistret Petaling Jaya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu. Menurut sumber, kejadiaan itu berlaku di kediaman ntah milik siapa di Jalan PJU 10/1C Damansara Damai pada 5.30PM, 30 Disember 2012.
gambar MediaHiburan
Kalau terbukti bersalah mereka akan didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tapi Zarina dan seorang rakannya lagi itu kini dibebaskan dengan ikat jamin masing-masing RM2,000 beserta seorang penjamin yang terdiri daripada ahli keluarga.

Gambar Sekitar Cosry Show

Isnin, 1 Oktober 2012

Gambar dibawah adalah beberapa gambar yang diambil oleh photographer professional Ryaniez Moments Photography bersempena dengan satu majlis pertunjukan Cosry yang menampilkan pelbagai fesyen terkini dan moden.

Ramai selebriti yang telah menjayakan acara berkenaan, turut kelihatan Izara Aisyah, Zarina An Julie, Intan Ladyana, Daphne Iking, Sasha Saidin dan juga Sharifah Sofea. Jum kita lihat fesyen dorang ketika berada di majlis itu.

Gambar Lufya kembar 'Zarina An Julie' Bertudung

Rabu, 25 Julai 2012

Maaf kerana menyalah sangka semalam. Ada yang menegur admin melalui ruangan pemberitahuan semalam, yang menyatakan ini gambar Lufya buka Zarina An Julie, memang rasanya admin pada awalnya ada sahaja yang pelik. Rupa-rupanya kembar kepada pelakon kontroversi Zarina An Julie pula. Patutlah seiras tapi tak serupa. Ya tak. Hehe. :)

gambar Gossip Cari

Kerana gosip, Zarina An Julie masih laku!

Selasa, 17 Julai 2012

Ini adalah kenyataan yang diluahkan sendiri oleh pelakon, Zarina An Julie melalui portal Murai yang dirinya masih lagi popular. Begitu banyak kisah gosip dan kontroversinya yang tidak terkata dan kebanyakkannya yang liar dan ada kalanya juga yang baik-baik. Namun begitulah persepsi rakyat di Malaysia rata-rata yang kebanyakkannya sudah jemu melihat dan mendengar gosip daripada Zarina. Yang pasti rakyat Malaysia mahukan pembaharuan dan transformasi yang baik ditonjolkan oleh Zarina suatu saat nanti.

Dan yang terbaru Zarina mengenainya adalah dia dilantik menjadi duta produk krim wangian Ched Solid Perfume untuk bibir. Dan juga menjadi model untuk pakaian ala muslimah rekaan Ariff Shukor bersama Rafflesia yang bertempat di butik Rafflesia, Hotel Park Royal, Kuala Lumpur oleh Kosmo.

Gambar Zarina An Julie bercium

Jumaat, 27 April 2012

Zarina An Julie ni baru baru-baru ni dah selesai dah pergaduhannya dengan Lufya yang dikatakan berlangsung melalui peperangan Twitter. Tapi baru-baru ni, portal Murai telah dikejutkan dengan kehadiran sekeping gambar yang dikatakan Zarina telah di cium oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun kata portal itu lagi, Zarina gagal dihubungi berulang kali untuk penjelasan mengenai gambar berkenaan.

foto dikatakan milik Zarina

Zarina lancar perang Twitter dengan Lufya

Jumaat, 20 April 2012

Lufya menyuarakan rasa kecewanya apabila ada peminat yang tersalah anggap dirinya adalah Zarina An Julie. Disebabkan perkara ini, Lufya pernah disapa oleh seseorang dan menegurnya mengapa dia bogel di dalam internet sedangkan dirinya tidak pernah berbuat perkara terkutuk itu.

Dan yang terbaru episod perang Twitter bersama Zarina, Zarina yang sentiasa berani membidas orang secara terbuka, kali ini menyalahkan Lufya yang tidak tahu apa-apa.

Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Zarina termasuklah, “U keep nagging2 on papers n blogs bout me dah 5 years I just kept silent when I too kena bahan ngan org pasal muka cam awk. This is WAR.” -Sumber