Berat Badan Dafi 80kg!

Pada: Jumaat, 4 Januari 2013
Dalam diam-diam dikhabarkan berat badan Dafi pernah menaik sehingga 80 kg. Oleh sebab itu dia berazam untuk menurunkan sehingga 10 kg untuk kelihatan lebih ideal sebagai seorang selebriti.

Oleh itu Dafi kini yang menyertai program Fear Factor Selebriti Malaysia telah seidikit sebanyak menurunkan berat badannya dengan aktiviti program berkenaan.
"Saya akui kebelakangan ini berat badan saya memang cepat naik dan saya perlu melakukan sesuatu sebelum ia tidak dapat dikawal,

"Sejak tiga bulan lalu saya sudah mengamalkan diet dan senaman secara teratur selain mencuba sukan Muay Thai bagi mengurangkan berat badan dan mula menampakkan hasil.

"Saya mahu untuk turunkan berat badan saya sebanyak 10 kilogram supaya dapat kembali ke bentuk asal seperti sebelum ini," kata Dafi. -sumber

Tag : , , , ,