Memey Bakal Melahirkan Anak 8 Minggu Lagi

Pada: Rabu, 21 November 2012
Pelakon, Memey Suhaiza dikhabarkan bakal mendapat cahaya mata sulungnya dengan Norman Hakim kira-kira dalam tempoh 8 minggu atau 2 bulan lagi.

Memey merasa amat bersyukur kerana dirinya dapat zuriat dalam masa yang terdekat selepas bernikah dengan Norman.
"Alhamdulillah, siapa sangka saya bakal memiliki anak secepat ini. Walhal, saya memang berniat untuk mempunyai anak selepas setahun mendirikan perkahwinan.

"Tapi semuanya di tangan Tuhan, dan saya serta abang tidak mungkin menolaknya,

"Saya adalah orang yang paling gembira. Apa yang penting, saya tidak sabar untuk menatap wajah bayi saya nanti. Harapan saya, bayi ini sihat seadanya," ujar Memey. -sumber

Tag : , , , , , , ,