Lambakan Majlis Anugerah Kebanyakkan Penipu - Zed Zaidi

Pada: Rabu, 21 November 2012
Menurut laporan akhbar Sinar Harian baru-baru ini, Presiden Seniman yang lantang dan tegas, Zed Zaidi menganggap bermacam-macam majlis anugerah yang ada dianjurkan bukanlah dinilai sebagai pengiktirafan sebenar.

Malah tambah beliau lagi, pengkitirafan sebenar adalah melalui kaedah yang dirujuk kepada cara anak seni berhempas pulas memberikan yang terbaik. 
"Kalau setakat nak buat majlis anugerah dengan menyampaikan trofi kepada pemenang, itu hanya buang masa dan tiada apa yang boleh dibanggakan dengan segenggam trofi.

"Sepatutnya, kemenangan itu harus disertakan dengan ganjaran wang tunai atau hadiah menarik sebagai pembakar semangat pemenang.

"Anugerah sebegitu hanyalah satu penipuan tidak langsung kerana pemenang tidak dapat apa-apa sedangkan penganjur memperoleh jutaan ringgit dari majlis yang dianjurkan. Adil ke?," katanya.

Tag : , , , ,