Namun yang paling penting ramai juga artis kita yang perihatin terhadap isu ini. Dilaman sosial mereka juga telah berkempen bersama-sama bagi menyokong Gaza (Palestin).
Ketika Maharaja Lawak Mega 2012 pada Jumaat yang lalu juga, Afdlin Shauki dari kumpulan Boboi telah membuat pengumuman yang menyatakan kalau tidak undi mereka, undilah untuk menyumbang kepada tabung Gaza.
Dan yang terbaru Faizal Tahir yang mengorbankan harta yakni trofi kemenangan dia ketika memenangi beberapa anugerah seperti AIM, AJL, APM, ABPBH dan lain-lain lagi.
Faizal akui melalui laman sosial Twitternya yang benda-benda itu akan dilelong untuk membantu sumbangan untuk di Gaza.
Semoga niat mereka ini mendapat redha dan kebaikkan daripada Allah kelak.
Tag : ABPBH2011 , AIM19 , AJL , APM , Berita Artis , Faizal Tahir , Gaza , Palestine , Penyanyi , Twitter



