Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Namron ibarat langit, Fattah Amin ibarat bumi...

Selasa, 26 September 2017



Pelakon Namron berjaya merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia (FFM29) yang berlangsung baru-baru ini dan sekaligus menyingkirkan nama-nama popular pelakon tempatan.

Ramai peminat artis tempatan berasa puas hati dengn keputusan yang diadili sepenuhnya oleh juri profesional yang berkualiti dan ianya juga memberikan gambaran bahawa anugerah lain cuma memilih pemenang berdasarkan populariti dan undian peminat semata-mata.

Afdlin Shauki kecam AME 2017?

Jumaat, 28 April 2017

Sejak anugerah AME 2017 yang berlangsung hujung minggu lalu menarik perhatian dan kejutan orang ramai, sememangnya telah membuatkan juga ramai yang tidak berpuas hati dengan acara berkenaan.

Ramai yang terkilan kerana artis yang mereka sangka boleh merangkul juara, sebaliknya pula berlaku.

Pelakon terkenal Afdlin Shauki juga sempat meluahkan pendapatnya tentang AME 2017 di laman Instagramnya.

Sekitar Anugerah Era Digital Muzik Awards DiGi (45 gambar)

Sabtu, 21 Januari 2017

Ramai kritik pengacaraan Mira Filzah, ini komen sedih Mira pula..

Rabu, 11 Mei 2016

Sekitar Red Carpet Anugerah Juara Lagu (AJL30) - 40 gambar

Selasa, 26 Januari 2016

Red Carpet di Anugerah MeleTOP ERA (31 gambar)

Isnin, 23 Februari 2015

Jom layan fesyen dan barisan selebriti yang hadir di karpet merah untuk acara Anugerah MeleTOP ERA (AME 2015) yang bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu lalu. -gambar Rotikaya

Emma Maembong di kedudukan ke.. 100 Most Beautiful Face 2014

Isnin, 29 Disember 2014

Memetik portal MyNewsHub, hanya Emma Maembong sahaja yang terseranai di dalam ranking 100 Most Beautiful Face 2014 dimana senarai ranking ini terdiri daripada selebriti seluruh dunia, seperti selebriti Hollywood, wanita Jepun, Britain, Korea Selatan, India dan Perancis.

Emma menduduki tangga ke-71 dan mengalahkan orang terkenal lainnya seperti Rachel Weisz (98), Megan Young (93), Scarlet Johansson (81) dan Mila Kunis (74).

100 Most Beautiful Face ini bukan hanya mengenai populariti semata-mata sebaliknya ia juga merangkumi keanggunan, kelas dan lain-lain mengenai kecantikan.

Sebab kenapa Shila terima anugerah China..

Rabu, 24 Disember 2014

Dengar khabar penyanyi yang di gam oleh media tempatan, Shila Amzah mendapat anugerah duta untuk persahabatan dua Negara Malaysia dengan China.

Ini dibuktikan lagi diantara krisis yang melanda kedua-dua negara melibatkan kes MH370 yang disatukan dengan bakat nyanyian daripada Shila. humm..

10 tahun! Nora Danish belum ada anugerah.

Selasa, 18 November 2014

Perasan ke korang yang Nora Danish hanya popular di laman sosial namun tidak sebaliknya. Mana tidaknya, anugerah yang berprestij belum lagi dia miliki.

Menurut laporan Kosmo!, 10 tahun bergelar pelakon, dengan 15 buah filem, dan puluhan drama, tapi belum ada anugerah yang dimiliki.

Gambar sekitar karpet merah Anugerah Lawak Warna (20 gambar)

Ahad, 21 September 2014

Beberapa keping gambar karpet merah Anugerah Lawak Warna yang berlangsung pada hari Jumaat lalu di Teater Selangor, Shah Alam, Selangor.

Antara selebriti yang hadir adalah Sharnaaz Ahmad, Rosnah Mat Aris, Elfira Loy, Diana Danielle, Sari Yanti, Yus Jambu, Intan Ladyana dan ramai lagi. -gambar RotiKaya

Gambar Fesyen Selebriti di Meletop Era

Rabu, 12 Februari 2014

Ini adalah gambar penuh ketika anugerah Meletop Era hujung minggu lalu. Memang ramai selebriti yang hadir, dan fesyen-fesyen pakaian mereka juga menjadi perhatian dengan warna warni gitu.

Ok pilih siapa yang paling cantik dan anggun dengan fesyen mereka..

Baju Zizan Razak di Meletop Dapat Kecaman!

Selasa, 11 Februari 2014

klik untuk besarkan..

Masa malam anugerah Meletop Era hujung minggu lalu, ramai selebriti berpakaian dan berfesyen menarik. Dan tidak ketinggalan Zizan Razak.

Namun fesyen yang digunakan oleh Zizan ala tentera regimen Melayu itu telah mendapat reaksi yang kurang senang oleh sebilangan ahli ATM.

Mereka merasakan pingat yang menjadi idaman mereka sudah boleh dibuat 'main-main' sebagai fesyen baju.

Kes seperti ini juga pernah berlaku kepada Farid Kamil apabila waktu dia memakai pakaian tentera ketika majlis resepsinya.

Gambar dan Keputusan Anugerah Lawak Warna 2013

Sabtu, 17 Ogos 2013

Semalam berlangsungnya satu acara anugerah di saluran Warna Astro iaitu, Anugerah Lawak Warna. Kiranya ramai juga selebriti dari kerjaya pelakon dan pelawak yang memenangi anugerah itu.

Apa-apa pun ini adalah kepeutusan penuh dan gambar-gambar ketika anugerah itu.

Shaheizy Sam : Bintang Paling Popular ABPBH 2012

Ahad, 7 April 2013

Masa yang ditunggu telah tiba. Debaran kian sudah terasa, siapakah yang bakal mengondol hadiah bagi setiap kategori yang dipertandingkan oleh selebriti tempatan di dalam ABPBH 2012 kali ini.

Yang pasti akan menunggu pemenang yang membawa Nissan 370z berharga hampir RM350,000 dengan barang kemas Habib Jewels bernilai RM150,000 bagi kategori utama, Artis Paling Popular 2012. Pengacara malam ini adalah Zizan Razak, Johan dengan Fara Fauzana. Keputusan pemenang akan di bold (updates)... Live at http://abpbh.com.my/ di Stadium Putra Bukit Jalil.




Artis Baru Lelaki Popular
1. Aiman Hakim Ridza
2. Izzue Islam
3. Jimmy Palikat
4. Shah Iskandar
5. Taiyudin Bakar

Artis Komedi Wanita Popular
1. Aliza Abdullah @ Enot
2. Didie Alias (fesyen agak pelik)
3. Jihan Raja Lawak
4. Noorkhiriah
5. Sharifah Shahira

Artis Duo/Berkumpulan Popular
1. Black & Malique
2. Hafiz & Adira
3. Jimmy Palikat & One Nation Emcees
4. Mojo
5. Sleeq & Najwa Latif

Pengacara TV Lelaki Popular
1. AC Mizal
2. Awal Ashaari
3. Aznil Nawawi
4. Faizal Ismail
5. Zizan Razak

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Dj Lin
3. Fara Fauzana
4. Linda Onn
5. Raja Azura

-9.45PM : Rehat dengan lagu-

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Bront Palarae
4. Shaheizy Sam
5. Zizan Razak

Artis Baru Wanita Popular
1. Ainan Tasneem
2. Emma Maembong
3. Hanez Suraya
4. Nad Zainal
5. Wawa Zainal

Pengacara TV Wanita Popular
1. Adibah Noor
2. Didie Alias
3. Fara Fauzana
4. Neelofa
5. Sharifah Shahira

-10.05PM : Rehat dengan lagu-

Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Ag
2. Faizal Ismail
3. Halim Othman
4. Johan
5. Nabil

Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha
2. Izara Aishah
3. Nabila Huda
4. Neelofa
5. Siti Saleha

Artis Komedi Lelaki Popular
1. Angah
2. Jepp
3. Johan
4. Nabil
5. Zizan Razak

-10.27PM : Rehat dengan lagu-

Penyanyi Wanita Popular
1. Jaclyn Victor
2. Najwa Latif
3. Shila Amzah
4. Stacy
5. Yuna

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Adi Putra
3. Beto Kusyairy
4. Zizan Razak
5. Shaheizy Sam

-10.55PM : Rehat dengan lagu-

Anugerah Khas Pencapaian Hayat ABPBH 2012
-Kumpulan Rock SEARCH

Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Black
3. Faizal Tahir
4. Hafiz
5. Hazama

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Lisa Surihani
2. Maya Karin
3. Neelofa
4. Nora Danish
5. Yana Samsudin

-11.27PM : Rehat dengan lagu-

Bintang Paling Popular ABPBH 2012
Shaheizy Sam!!

Zed Zaidi Terima Anugerah RELA

Isnin, 14 Januari 2013

Zed Zaidi menyifatkan pentauliahan pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) semalam untuk majlis pemakaian pangkat dan watikah pelantikan Rela Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) kepada 53 individu yang berlangsung di Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jalan Duta adalah lebih bernilai daripada pengiktirafan seni.

Zed berbesar hati apabila perjuangan secara sukarela dalam mempertahankan hak anak seni tempatan sejak tahun lalu mendapat pengiktirafan kerajaan.

“Saya tidak pernah harap anugerah seni tetapi anugerah daripada kerajaan atau negara seperti ini cukup besar nilainya. Kalau dapat anugerah seni pun nilainya tidak setinggi ini,”.

“Alhamdulillah, tanggungjawab sosial saya dalam memperjuangkan hak anak seni dan menentang kemasukan artis luar secara tidak sah mendapat perhatian.

“Tanggungjawab sebagai Presiden Seniman bukan mendapat gaji tetapi ia adalah sumbangan secara sukarela kepada bidang seni.

“Selepas ini, saya akan berjuang habis-habisan terutama dalam memantau kemasukan artis luar agar mereka mengikut saluran yang betul,” katanya. -sumber

Lambakan Majlis Anugerah Kebanyakkan Penipu - Zed Zaidi

Rabu, 21 November 2012

Menurut laporan akhbar Sinar Harian baru-baru ini, Presiden Seniman yang lantang dan tegas, Zed Zaidi menganggap bermacam-macam majlis anugerah yang ada dianjurkan bukanlah dinilai sebagai pengiktirafan sebenar.

Malah tambah beliau lagi, pengkitirafan sebenar adalah melalui kaedah yang dirujuk kepada cara anak seni berhempas pulas memberikan yang terbaik. 
"Kalau setakat nak buat majlis anugerah dengan menyampaikan trofi kepada pemenang, itu hanya buang masa dan tiada apa yang boleh dibanggakan dengan segenggam trofi.

"Sepatutnya, kemenangan itu harus disertakan dengan ganjaran wang tunai atau hadiah menarik sebagai pembakar semangat pemenang.

"Anugerah sebegitu hanyalah satu penipuan tidak langsung kerana pemenang tidak dapat apa-apa sedangkan penganjur memperoleh jutaan ringgit dari majlis yang dianjurkan. Adil ke?," katanya.