Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Faizal Tahir nasihatkan 'kembarnya'

Khamis, 17 Ogos 2017

Faizal Tahir berharap pelawak yang dikatakan mempunyai wajah seakan-akannya iaitu Joe Aziz tidak menggunakan kelebihan tersebut dengan cara yang salah.

Faizal juga memuji Joe yang sentiasa membawa nama Faizal dengan baik biarpun bukan kehendak Faizal sendiri.

"Ada orang beritahu yang ada seorang pelawak ini mempunyai wajah yang seakan-akan saya. Tapi saya tidak ada masalah jika ada yang mengenali atau melihat dia sebagai saya.

"Cuma saya harap dia tidak menggunakan kelebihan itu dengan cara yang salah sehingga menjatuhkan nama saya.

"Buat masa ini tak dengar lagi benda yang buruk tentang saya, jadi maknanya dia membawa imej dan wajah saya dengan baik," kata Faizal kepada mStar Online.

Gambar tidak berbaju dengan anak, ini jawapan PEDAS Faizal Tahir

Khamis, 13 Julai 2017

Nah terima padah akibat tindakan sendiri. Zaman sekarang ni tangan lebih lazer dari mulut. Faizal Tahir baru-baru ini bersama anak-anaknya pergi menunaikan Ibadah Umrah.

Lah dengan niat saje2, Faizal memuatnaik gambar dia dan anaknya di bilik mandi tanpa berbaju sebelum memakaikan ihram. Dan disini lah dia dikecam oleh pengikutnya sendiri.

Tapi ini jawapan Faizal terhadap kecaman dan tomahan nitizen itu.

Anas Mentor 6 selamat berkahwin (34 gambar)

Ahad, 23 Oktober 2016


Naib juara Mentor musim keenam, Anas Ridzuan, 27, sah bergelar suami kepada Ana Syuhada, 25, yang juga bekas peserta program realiti berkenaan tepat pada pukul 10.17 pagi semalam.

Bertempat di Masjid Seksyen 7, Shah Alam, bekas protege kepada Faizal Tahir dan Ramlah Ram itu masing-masing secocok mengenakan persalinan sedondon berwarna hijau ketika melangsungkan majlis pernikahan yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

Faizal Tahir timang anak ke-6 (gambar)

Isnin, 26 Oktober 2015

Tahniah Faizal Tahir di atas kelahiran anaknya yg ke-6. Belum ada info lanjut mengenai kelahiran bayi ini, namun telah dimuatnaik gambar anaknya ini ke dalam laman Instagram miliknya.

Faizal Tahir kini kurus sebab.. (2 gambar)

Khamis, 16 Oktober 2014

Dengarnya, Faizal Tahir kini semakin susut berat badannya. Katanya dia sibuk disebabkan banyak kerja-kerja di belakang tadbir yang perlu diuruskan.

Kini Faizal mempunyai syarikat rakamannya sendiri iaitu Faithful Music.

Akui Faizal yang memetik portal Utusan, disebabkan studio inilah Faizal sangat sibuk sehinggakan ramai yang menegur dia semakin kurus.

Hot! Faizal Tahir 'Berperang' di Twitter

Jumaat, 30 Ogos 2013

Kadang kala laman sosial ni boleh menimbulkan rasa tidak puas hati atau pergaduhan. Yang ini memang tidak perlu dinafikan, kalau ada orang komen negatif atau yang bersifat pribadi, kita akan merasa tidak senang hati.

Tapi itu semua bergantung kepada cara kita menyampaikan sesebuah mesej. Jika mesej kita lebih kepada kebaikkan, orang akan hormat kita, tapi juga sebaliknya.

Tenaga Pengajar AF 2013

Khamis, 22 Ogos 2013

Kepada peminat program realiti Akademi Fantasia musim terbaru, pasti anda sudah tidak sabar untuk mengetahu siapakah tenaga pengajar dalam rancangan itu.

Mereka yang terpilih adalah, Datuk Siti Nurhaliza, Faizal Tahir dan Melly Goeslaw. Namun difahamkan tidak ada seorang pegetua kali ini yang dilantik seperti musim terdahulu.

Faizal Tahir kena Banned Media Prima?

Selasa, 18 Jun 2013

Tidak dipastikan apakah punca sebenar yang Faizal Tahir dibanned atau digam oleh syarikat dibawah naungan Media Prima. Kisah ini menjadi bualan hangat apabila berita ini sudah diketahui oleh ramai orang dalaman Media Prima.

Tambahan lagi menerusi sumber asal portal Murai, surat hitam putih (rasmi) tidak kelihatan. Jadi secara logik, banyak program yang melibatkan Faizal Tahir telah dibatalkan.

Mengikut sumber itu lagi, gara-gara Faizal di banned adalah kerana Faizal bersuara politik, lalu ada orang yang tidak berpuas hati memberitahu kepada pihak atasan. Kemungkinan bersuara politik pembangkang, sebab Media Prima lebih kepada Kerajaan.

Wallahualam lah, tak mengapalah Faizal, rezeki ada dimana-mana.

Norman KRU vs Faizal Tahir

Selasa, 30 April 2013


Inilah ragam politik negara kita. Bila artis bersuara di laman sosial, ada juga sebilangan artis yang menemplak dengan membalasnya terutama laman sosial service Twitter.

Terbaru isu Norman KRU yang mengandaikan jika PAS memerintah melalui laman Twitter, industri hiburan akan merundum jatuh dan tidak seperti yang dijangkakan naik memandangkan studio bernilai jutaan ringgit itu hampir tidak lama lagi siap.

Namun kenyataan ini dibidas oleh Faizal Tahir juga memlalui laman sosial Twitter, dengan mengandaikan rezeki itu semua datang dari Allah, sebagai orang Islam anda harus mempercayai Qada dan Qadar Allah. -gambar Forum Cari


Isteri Faizal Tahir Hamil Anak ke-5?

Rabu, 24 April 2013

Menurut portal forum Cari, difahamkan yang isteri kepada penyanyi Faizal Tahir telah hamil. Sumber itu lagi menyatakan yang dia ternampak keluarga Faizal tengah pergi bershopping. Dan ternampak isteri Faizal yang sarat mengandung itu.

Jika benar ini adalah kehamilan anak ke-5 buat Faizal. Dan yang terakir anak ke-4 itu lahir pada Mac 2011 yang lalu.

RM80,000 Untuk Trofi Faizal Tahir

Isnin, 3 Disember 2012

Konsert Mini Amal Untukmu Palestin yang disiarkan secara langsung di TV3 malam baru-baru ini menyaksikan Faizal Tahir berjaya mengumpul RM80,000 apabila tiga buah trofi kemenangannya dibida dengan harga tinggi.

Trofi yang dilelong adalah trofi Anugerah Industri Muzik (AIM) 15 untuk Album Terbaik 2008 menerusi album ‘Aku Muzik Kamu’,  trofi Anugerah Juara Lagu 2003 menerusi Kategori Persembahan Terbaik, serta trofi Anugerah Planet Muzik 2008 menerusi Kategori Artis Lelaki Paling Popular.

Telekom Malaysia (TM) merupakan pembida tertinggi dengan RM50,000. Kumpulan Maybank menyerahkan RM20,000, manakala Celcom Axiata menyumbang sebanyak RM10,000 untuk misi kemanusiaan ini.

Menurut Faizal, dia terkejut dan terharu apabila  lelongan trofi kemenangannya itu mampu meraih sehingga RM80,000. Jelas Faizal, pada awalnya dia mensasarkan RM30,000 hingga RM50,000 sahaja untuk ketiga-tiga trofi itu.

Wang RM80,000 yang berjaya dikumpul akan disalurkan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima yang merupakan kerjasama dengan Mercy Malaysia. Tabung ini telah dilancarkan di Karnival Jom Heboh Kuantan pada 24 November lalu. -sumber

Faizal Tahir Lelong Trofi Demi Gaza

Rabu, 21 November 2012

Isu Gaza diserang Israel memang menjadi isu dan berita perhatian seluruh dunia. Dan itu melibatkan isu politik dan juga agama.

Namun yang paling penting ramai juga artis kita yang perihatin terhadap isu ini. Dilaman sosial mereka juga telah berkempen bersama-sama bagi menyokong Gaza (Palestin).

Ketika Maharaja Lawak Mega 2012 pada Jumaat yang lalu juga, Afdlin Shauki dari kumpulan Boboi telah membuat pengumuman yang menyatakan kalau tidak undi mereka, undilah untuk menyumbang kepada tabung Gaza.

Dan yang terbaru Faizal Tahir yang mengorbankan harta yakni trofi kemenangan dia ketika memenangi beberapa anugerah seperti AIM, AJL, APM, ABPBH dan lain-lain lagi.

Faizal akui melalui laman sosial Twitternya yang benda-benda itu akan dilelong untuk membantu sumbangan untuk di Gaza.

Semoga niat mereka ini mendapat redha dan kebaikkan daripada Allah kelak.

Alahai Abby Abadi, Terasa Ke..

Khamis, 16 Ogos 2012

Pada 11 Ogos yang lalu bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, setelah selesai solat sunat terawih, kira-kira jam 11 malam, ada satu majlis ilmu yang turut dihadiri oleh panel-panel selebriti seperti Abby Abadi, Faisal Tahir, Man Raja Lawak dan juga penceramah, Ustaz Azhar Idrus. Tajuk majlis ini adalah Santai Anak Muda Bersama Selebriti.

Dalam majlis ni, bukan atas dasar politik yang paling utama, tapi adalah untuk membincangkan dan kesedaran umat Islam kita semua saat ini. Namun ada yang paling menarik yang hangat diperkatakan disini, jeng-jeng, soal Abby Abadi.

Ceritanya begini, memetik portal Murai,

Abby Abadi yang telah men'kantoi'kan diri sendiri terhadap kenyataan yang dikeluarkan Ustaz Azhar Idrus yang lebih menjelaskan bahawa kata-katanya itu ditujukan secara umum dan bukan kepada individu tertentu. (minit / durasi : tengok dari awal ek, sampai tahu dimana babak itu.. Hehe)

Ustaz Azhar turut menjelaskan bahawa mereka yang berhijrah daripada buruk kepada yang baik tidak sepatutnya mengutuk atau menghentam mereka yang masih belum berhijrah atau masih 'lagha' (lalai).

Belum sempat Ustaz Azhar menghabiskan ayatnya, Abby sudah memotong cakap ustaz dan bertanya adakah ustaz menuduh dia seperti yang dimaksudkan itu.

Ertinya, adakah benar Abby pernah berbuat demikian sampai dia mendakwa perkara itu sebagai fitnah? Atau dia tidak senang dengan teguran yang diberikan Ustaz Azhar walaupun ustaz tidak menuding kepada sesiapapun.

video Karma - Faizal Tahir keterlaluan?

Selasa, 19 Julai 2011

Video Karma nyanyian Faizal Tahir yang boleh dilihat melalui YouTube dianggap oleh sesetengah pihak agak keterlaluan dan mengandungi unsur-unsur ganas tahap tidak berperikemanusian. Dikatakan babak dan jalan ceritanya yang pada mulanya agak menarik dan memberi pengajaran tetapi diakhir-akhir babak adegan yang tidak boleh diterima sebagai orang yang bertamadun. Mungkin babak-babak yang terakhir ini adalah tidak wajar tindakannya untuk menutupi segala apa yang 'dia' alami.

Kiranya haruan makan anaklah ni citernya. Video ni mungkin bukan menunjukkan karma aka pembalasan Tuhan tapi bermotifkan balas dendam. Sebab tue lah, ada sesetengah pihak tidak setuju dengan ini video. Lain pulak ceritanya dalam video tue, membunuh tue 1 dosa besar, bunuh 'ayah' lagilah dosa besor punya. Lagipun mungkin 'ayah' dalam video tue dah bertaubat, takda 'chan' pulak dia nak menjalani kehidupan baru.. Zzzz.. Kalau korang kata wajar atau setuju dengan video ni, korang komen lah kenapa.. hehe.. :)

gambar ABPBH 2010 | pemenang ABPBH 2010

Isnin, 4 April 2011

Memang sungguh dan banyak betul kejutan dalam ABPBH 2010 yang berakhir malam tadi. Dari awal hingga lah ke akhirnya. Artis-artis pun berwaspada dan berhati-hati dalam setiap penampilan mereka, takut nanti jadi gosip yang tak tentu pasal. Dan paling mengejutkan sekali adalah kemenangan Shaheizy Sam menjadi Bintang Paling Popular 2010. Mungkin kerana prestasi terbaik dalam kebanyakkan filem membuatkan Shaheizy Sam merupakan artis yang memang popular, mengalahkan Shahir, Zizan RL, Aznil Nawawi dan Faizal Tahir. Nasib Dato' Siti Nurhaliza menarik diri, sebab Dato' dah menang 13 kali tue~

Paling tak disangka kemunculan, Usop Wilca dalam pengakhiran ABPBH yang mendapat sorokan paling masyuk. Dengan aksinya dalam filem Hantu Kak Limah Balik Kampung yang terbawa-bawa sehingga ke atas pentas. Aksi mengelengkan lengan tangan turut dibuat oleh penonton disana. Haha. Memang melucukan dan mecuit hati penonton sungguh. Kalau ada apa-apa korang nak kongsikan lagi, silalah tinggalkan komen yer, sebab penulis ter'missed' di awal ABPBH tadi, jam 10 baru tengok. haha. Apa-apa pun tahniahlah kepada para pemenang ABPBH 2010, yang kalah teruskan lagi di tahun ini, buat yang terbaik, kurangkan kontroversi. *next updates..

Senarai pemenang:
Artis Komedi Lelaki Popular
1. Along
2. Angah
3. Johan
4. Nabil Ahmad
5. Zizan (Pemenang)

Artis Komedi Wanita Popular
1. Didie Alias
2. Kenchana Dewi
3. Noorkhiriah (Pemenang)
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahirah

Artis Baru Lelaki Popular
1. Daus
2. Maulana
3. Shah Jaszle
4. Shahir (Pemenang)
5. Sharnaaz Ahmad

Artis Baru Wanita Popular
1. Adira
2. Ana Raffali (Pemenang)
3. Mizz Nina
4. Nur Syuhaida @ Dottie
5. Nurul Elfira Roy

Penyanyi Nasyid Popular
1. Hijjaz
2. In Team
3. Mirwana
4. Rabbani (Pemenang)
5. Raihan

Artis Berkumpulan Duo/Berkumpulan Popular
1. Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet
2. 6ixth Sense (Pemenang)
3. Azlan & The Typewriter
4. Bunkface
5. Meet Uncle Hussain

Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Anuar Zain
3. Black
4. Faizal Tahir (Pemenang)
5. Shahir

Penyanyi Wanita Popular
1. Adira
2. Alyah
3. Ana Raffali
4. Stacy
5. Yuna (Pemenang)

Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Bront Palarae
3. Remy Ishak
4. Shaheizy Sam (Pemenang)
5. Syamsul Yusof

Pelakon Filem Wanita Popular
1. Diana Danielle
2. Lisa Surihani (Pemenang)
3. Liyana Jasmay
4. Maya Karin
5. Scha Alyahya

Pelakon TV Lelaki Popular
1. Aaron Aziz
2. Ady Putra
3. Fizz Fairuz
4. Remy Ishak (Pemenang)
5. Shaheizy Sam

Pelakon TV Wanita Popular
1. Fasha Sandha (Pemenang)
2. Noorkhiriah
3. Lisa Surihani
4. Scha Al-Yahya
5. Tiz Zaqyah

Pengacara TV Lelaki Popular
1. Ally Iskandar
2. Awal Ashaari
3. Aznil Hj Nawawi (Pemenang)
4. Jimmy Shanley
5. Zizan

Pengacara TV Wanita Popular
1. Cheryl Samad
2. Fara Fauzana (Pemenang)
3. Nurul Syuhada
4. Raja Azura
5. Sharifah Shahirah

Penyampai Radio Lelaki Popular
1. Aznil Hj Nawawi
2. Faizal Ismail (Pemenang)
3. Halim Othman
4. Kieran
5. Salih Yaakob

Penyampai Radio Wanita Popular
1. Abby Fana
2. Fara Fauzana (Pemenang)
3. Linda Onn
4. Raja Azura
5. Sharifah Aleya

-sumber Gua



gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010

gambar malam abpbh2010