Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:
Baju dipakai Dayang Nurfaizah bukan calang-calang baju.. (2 gambar)
Rabu, 27 Januari 2016
Pereka fesyen baju Dayang Nurfaizah ketika AJL minggu lalu mengakui yang baju rekaannya itu sangat unik dan bukan calang-calang orang boleh memakainya.
Memandangkan pembuatannya yang khusus dengan mengambil masa dua bulan, maka adalah amat bersesuaian untuk Dayang yang layak ke peringkat akhir AJL ke-30.
Memandangkan pembuatannya yang khusus dengan mengambil masa dua bulan, maka adalah amat bersesuaian untuk Dayang yang layak ke peringkat akhir AJL ke-30.
Fesyen pakaian Fara Fauzana dikritik..
Selasa, 26 Januari 2016
Anugerah Juara Lagu aka AJL 30 sudah melabuhkan tirainya, tapi pasti ada yang menarik dan hangat untuk diperkatakan.
Kali ini mengenai pakaian Fara Fauzana yang dikatakan tidak sesuai dengan tema pada malam itu. Dan pakaian itu seolah-olah berbentuk 'ayam belanda'
Kali ini mengenai pakaian Fara Fauzana yang dikatakan tidak sesuai dengan tema pada malam itu. Dan pakaian itu seolah-olah berbentuk 'ayam belanda'
"Untuk pencerahan Fara Fauzana memakai baju 'ayam belanda' itu daripada koleksi pakaian saya pada tahun 2015.Sementara itu, Fara menerusi Instagram menganggap segala kritikan samaada baik atau buruk sebagai tanda bahawa masyarakat prihatin terhadap penampilannya.
"Dia meminta untuk memakai pakaian tersebut dua hari sebelum AJL30, ketika itu saya sudah berlepas ke Paris. Baju sepatutnya dipakai (Fara) yang direka oleh pereka lain tidak bertepatan dengan tema.
"Beliau tiada pilihan selain berlari ke butik saya dan meminjam apa sahaja yang sudah tergantung di rak," pereka fesyen berkenana, Rizalman memetik akaun Instagram miliknya
"Positif atau negatif kita tetap suka sebab itu petanda orang prihatin pada kita. Satu yang kita pinta, pereka fesyen tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi cantikkan kita.
"Bukan salah baju mereka tapi, ya badan kita yang 'sado', tolong kutuk saya saja, jangan kutuk mereka," ujar Fara
Ramli MS pertahankan Qu Puteh kena hina!
Rabu, 21 Januari 2015
Belum lagi redah isu rumahtangganya dengan Alyah, kali ini Dato Ramli MS telah membuat satu kenyataan berlainan daripada hal rumahtangganya itu. Ini adalah episod dimana satu paparan video penaja produk Qu Puteh dimana pengasasnya Dr Hajjah Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato' Vida elah muncul.
Ramai yang tidak berkenan dan merasakan kehadiran paparan iklan berkenaan sebagai berlebihan sehinggakan ada selebriti yang enggan melihatnya. Ramli pula lain ceritanya, dia membela akan kelibat Dato' Vida berkenaan.
Dan ini adalah kenyataan Ramli mengenai Qu Puteh.

Gambar Sekitar Red Carpet AJL 28
Selasa, 28 Januari 2014
Ini adalah sebilangan besar gambar red carpet AJL ke-28 yang berlangsung Ahad lalu. Penuh gaya fesyen dan warna warni ditonjolkan oleh selebriti tempatan kita. Apa-apa pon jom lihat.Gambar Rotikaya, Budiey, SelebritiOnline dan portal Anugerah Juara Lagu.
Tahniah Hafiz - Juara AJL 28!
Isnin, 27 Januari 2014
Tahniah kepada Hafiz AF yang memenangi johan untuk Anugerah Juara Lagu ke-28 semalam yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil semalam.
Lagu nyanyian Hafiz iaitu Bahagiamu Deritaku komposer oleh LY dan Baiduri telah dinobatkan juara dengan mengalahkan 11 lagu hebat lainnya dan sekaligus mengondol wang tunai RM35,000 berserta tropi.
Naib juara yang juga lagu kegilaan ramai, Hanya Aku - Hyper Act telah dinobatkan sebagai naib johan dengan membawa pulang wang tunai RM15,000 dan tropi.
Tempat ketiga, Kalau Aku Kaya - Awi Rafael ft Altimet telah membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi. Selain daripada itu bagi anugerah Vokal Terbaik diberikan kepada Jaclyn Victor - Ikut Rentakku (RM10,000 dan trofi) dan anugerah persembahan terbaik dari Hafiz - Bahagiamu Deritaku (RM10,000 dan trofi)
Majlis berkenaan diadili oleh juri berpengalaman aka otai dalam dunia muzik iaitu Acis, Ajai, Habsah Hassan, Aubrey Suwito, Ad Samad dan Helen Yap, Taja, Cat Farish dan Edrie Hashim. -mStar

Noh, Nina Tunda Umrah Sebab AJL28
Jumaat, 10 Januari 2014
Adeh ini lah nasib untuk memilih dunia atau akhirat. Noh Hujan terpaksa berbelah bagi telah memilih untuk pertandingan Anugerah Juara Lagu 28 (AJL28) yang difahamkan akan berlangsung di Stadium Putra bertarikh 26 Januari ini daripada menunaikan ibadah umrah kali ke-4 bersama-sama kedua-dua ahli keluarga Noh dan Nina pada 20 Januari ini.
Namun untuk pergi ke Tanah Suci itu, memetik laporan mStar, Noh dan keluarga terpaksa menundanya.
Namun untuk pergi ke Tanah Suci itu, memetik laporan mStar, Noh dan keluarga terpaksa menundanya.
"Saya dan keluarga sudah merancang untuk menunaikan umrah pada 20 Januari ini dan semua persiapan sudah pun dibuat, ketika itu tarikh AJL28 belum diumumkan lagi.
"Pada awalnya saya mahu tarik diri sahaja atau tempat saya digantikan orang lain tetapi isteri dan keluarga memahami dan berjaya membuat pertukaran tarikh kepada sehari selepas AJL28 berlangsung,
"Saya tidak terlalu teruja untuk menghadapi pertandingan ini kerana ia adalah hiburan sahaja, sebaliknya saya lebih teruja dengan persiapan untuk tanah suci nanti," -Noh
Zed Zaidi Sindir TV3
Rabu, 16 Januari 2013
Kali ini, Zed Zaidi bersuara lantang lagi sebagai Presiden Seniman. Mengenai isu TV3 agar memohon maaf kepada pelakon/penyanyi lama atau vateran yang dimaksudkan Zed adalah Uji Rashid. Ini disebabkan dakwaan Zed yang TV3 menjatuhkan maruah Uji.
Dikhabarkan isu ini bermula pada AJL27 yang lalu dimana Yuna telah memilih Uji Rashid sebagai penganti untuk menyanyikan Terukir di Bintang, namun pihak penganjur memilih Aizat sebagai penganti.
Dikhabarkan isu ini bermula pada AJL27 yang lalu dimana Yuna telah memilih Uji Rashid sebagai penganti untuk menyanyikan Terukir di Bintang, namun pihak penganjur memilih Aizat sebagai penganti.
Aizat - Terukir Di Bintang, Juara AJL 27
Isnin, 7 Januari 2013
Lagu ciptaan Yunalis Zarai, Terukir Di Bintang dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-27 di Stadium Putra Bukit Jalil, semalam. Lagu yang dnyanyikan oleh Aizat Amdan itu telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.
Terukir Dibintang telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Lagu (Bedroom Sanctuary), Teman Pengganti (Black dan RJ), Patah Seribu (Shila Amzah), Pelangi Senja (Stacy), Ombak Rindu (Hafiz dan Adira), Tanpamu (Amir Jahari), Andaiku Bercinta Lagi (Mojo), Simetri (Hazama dan Amy Search) dan Anak Kampung (Jimmy Palikat dan One Nation Emcees).
Tempat ke-2: Idola - Azlan & The Typewriter (trofi dan wang tunai RM15,000)
Tempat ke-3: Ku Akui ciptaan - Hafiz (trofi dan wang tunai RM12,000)
Vokal Terbaik: Hafiz (trofi dan wang tunai RM10,000)
Persembahan Terbaik: Black dan RJ - Teman Pengganti (trofi dan wang tunai RM10,000)
Juara Mobile: Ombak Rindu - sumber

Faizal Tahir Lelong Trofi Demi Gaza
Rabu, 21 November 2012
Isu Gaza diserang Israel memang menjadi isu dan berita perhatian seluruh dunia. Dan itu melibatkan isu politik dan juga agama.
Namun yang paling penting ramai juga artis kita yang perihatin terhadap isu ini. Dilaman sosial mereka juga telah berkempen bersama-sama bagi menyokong Gaza (Palestin).
Ketika Maharaja Lawak Mega 2012 pada Jumaat yang lalu juga, Afdlin Shauki dari kumpulan Boboi telah membuat pengumuman yang menyatakan kalau tidak undi mereka, undilah untuk menyumbang kepada tabung Gaza.
Dan yang terbaru Faizal Tahir yang mengorbankan harta yakni trofi kemenangan dia ketika memenangi beberapa anugerah seperti AIM, AJL, APM, ABPBH dan lain-lain lagi.
Faizal akui melalui laman sosial Twitternya yang benda-benda itu akan dilelong untuk membantu sumbangan untuk di Gaza.
Semoga niat mereka ini mendapat redha dan kebaikkan daripada Allah kelak.

Dato' Siti Nurhaliza di AJL ke-26
Rabu, 1 Februari 2012
Walaupun AJL ke-26 sudah pon berlabuh tirai beberapa ribu minit yang lalu, Namun auranya masih lagi ada. Dan itu juga perlu diasah, sehinggakan penampakkan sebenar aura berkenaan. hehe. Ada pula macam tu eh. Apa-apa je le, ni ha nak bagi tengok gambar Dato' Siti Nurhaliza ketika menghadiri AJL ke-26 tu, mungkin kehadirannya tidak disangka-sangka, biasalah orang berpengalaman, nak melihat sejauh mana anak muda boleh mencapai kejayaan dalam dunia muzik sama sepertinya dahulu beberapa tahun yang sudah.

gambar RedMummy.com

Gambar Neelofa di AJL, pakaian unik
Selasa, 31 Januari 2012
Memang ramai artis-artis yang hadir di AJL baru-baru ni. Tapi rasanya semuany tak perlu ditayangkan, kita mesti nak tengok yang pelik dan menarik sahaja kan. Hehe. Pelakon dan juga duta Avon, Neelofa juga turut hadir ke majlis itu. Memang jadi perhatian pelakon manis ni, pakaiannya juga sepertinya menarik perhatian ramai. Bertulisan atau lebih diilustrasikan sebagai pakaian tampalan kertas. Memang unik dan jarang dipertontonkan.

gambar Budiey.com

Awan Nano - Hafiz Juara AJL
Isnin, 30 Januari 2012
Lagu Awan Nano dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu ke-26 di Stadium Putra Bukit Jalil,semalam.
Dengan kemenangan Awan Nano ciptaan komposer M.Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat, nyanyian oleh Hafiz telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.
Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.
Awan Nano telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir), Penakut (Yuna) dan Sedetik Lebih (Jaclyn Victor).
Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna).
Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh Tiga Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.
Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.
Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
Persembahan 12 finalis AJL25 diadili seramai 30 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Johan Nawawi, Cat Farish, Ajai, Dimas (Hujan), Taja (Meet Uncle Hussein), Fauzi Marzuki dan Azmeer selaku ketua juri. -Via
Dengan kemenangan Awan Nano ciptaan komposer M.Nasir dan penulis lirik, Budi Hekayat, nyanyian oleh Hafiz telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000.
Hafiz turut memenangi vokal terbaik dengan menerima trofi dan wang tunai RM10,000.
Awan Nano telah berjaya mengalahkan 11 buah lagu lain iaitu Cinta Muka Buku (Najwa Latif), Kalau Berpacaran (Ana Raffali, Sohaimi Mior Hassan, Altimet), Karma (Faizal Tahir), Penakut (Yuna) dan Sedetik Lebih (Jaclyn Victor).Diikuti dengan lagu Wanita Seluruh Dunia (Projek Pistol), Beribu Sesalan (3 Suara), Kekanda Adinda (Atilia & Monoloque), Sungai Lui (Aizat), Kisah Hati (Alyah) dan Gadis Semasa (Yuna).
Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Beribu Sesalan ciptaan Kevin Chin serta lirik oleh Tinta yang dinyanyikan oleh Tiga Suara (Jaclyn Victor, Shila Amzah dan Ning Baizura) sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.
Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh lagu Karma ciptaan Faizal Tahir dan lirik oleh Audi Mok nyanyian Faizal Tahir yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai sebanyak RM12,000.
Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati dengan menerima trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000.
Persembahan 12 finalis AJL25 diadili seramai 30 juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu Johan Nawawi, Cat Farish, Ajai, Dimas (Hujan), Taja (Meet Uncle Hussein), Fauzi Marzuki dan Azmeer selaku ketua juri. -Via
Bila artis AJL main Facebook
Jumaat, 4 Februari 2011
Generasi AJL memang sinonim dengan artis-artis lama yang sudah pernah menjejaki dalam pertandingan AJL. Tak perlu lah rasanya nak sebut satu-satu nama mereka. Tentu anda boleh agak siapa mereka yang masih bertahan sehingga ke hari ini. Tapi tahu tak anda? mereka telah bermain Facebook baru-baru ini dalam sebuah gambar yang sudah di 'tag' nama masing-masing. Mungkin anda sedikit bingung, tapi ini semua adalah 'edit' sahaja daripada orang yang bijak pandai. Semoga terhibur di hari-hari cuti ini. :)
-Klik untuk besarkan..
Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali juara AJL ke-25
Isnin, 10 Januari 2011
Lagu yang berjudul Tolong Ingatkan Aku dinobatkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-25 di Stadium Putra Bukit Jalil, Ahad 9 Januari 2011. Penyanyi dan juga pembuat lagu berkenaan, Ana Raffali telah berjaya membawa pulang hadiah berupa trofi dan wang tunai keseluruhan sebanyak RM35,000!.
Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Drama King ciptaan Taja sertalirik oleh Tun Teja yang dinyanyikan oleh Black dan Meet Uncle Hussain sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.
Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh laguNoktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.
Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik dinobatkan kepada Hafiz menerusi lagu Noktah Cinta (trofi & wang tunaiRM10,000).
Persembahan 13 finalis AJL25 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu pemuzik Acis, komposer Azmeer, penulis lirik Habsah Hassan, komposer Andy Flop Poppy, penyanyi Amy Search, komposer Pacai dan komposer M. Nasir selaku ketua juri.
Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini dan Ziana Zain dalam persembahan ‘interlude’ selain M.Nasir, Nash, dan Francissca Peter sebagai persembahan pembukaan dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Datuk Ramli MS. -mStar
Sementara bagi naib juara dimenangi oleh lagu Drama King ciptaan Taja sertalirik oleh Tun Teja yang dinyanyikan oleh Black dan Meet Uncle Hussain sekaligus membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM15,000.Dalam pada itu, pemenang tempat ketiga berjaya dimenangi oleh laguNoktah Cinta ciptaan Ajai dan lirik oleh Sheikh Qalam nyanyian Hafiz yang turut berjaya menggondol hadiah trofi dan wang tunai RM12,000.
Bagi pemenang persembahan terbaik diraih oleh Faizal Tahir menerusi lagu Hanyut (trofi & wang tunai RM10,000) dan vokal terbaik dinobatkan kepada Hafiz menerusi lagu Noktah Cinta (trofi & wang tunaiRM10,000).Persembahan 13 finalis AJL25 diadili oleh juri profesional dari pelbagai latar belakang dalam bidang muzik iaitu pemuzik Acis, komposer Azmeer, penulis lirik Habsah Hassan, komposer Andy Flop Poppy, penyanyi Amy Search, komposer Pacai dan komposer M. Nasir selaku ketua juri.
Selain menyaksikan finalis-finalis yang bertanding, AJL turut menjemput penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini dan Ziana Zain dalam persembahan ‘interlude’ selain M.Nasir, Nash, dan Francissca Peter sebagai persembahan pembukaan dengan iringan muzik orkestra bimbingan pemuzik hebat Datuk Ramli MS. -mStar
Amy nafi terlibat dalam Illuminati
Sabtu, 30 Januari 2010
Vokalis Amy Search hanya tergelak saat ditanya mungkinkah kumpulan rock unggul itu akan mengubah logo mereka setelah ianya dikatakan simbol 'Mata' yang digunakan, menyerupai unsur ‘Freemason’ dan ‘Illuminati’ semasa membuat persembahan di Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 baru-baru ini. Amy menganggap itu semua karut marut dan tiada kaitan dengan perjalanan hidup kariernya sebagai anak seni selama ini.

"Kami gunakan logo 'Mata' sudah bertahun-tahun lamanya. Tidak timbul ada unsur Freemason atau Illuminati kerana 'Mata' membawa maksud mencari atau 'searching.' Kami tidak pernah terfikir pun pasal Freemason atau Illuminati. Bagi Search, logo berbentuk tiga segi dan mata itu hanya satu simbol. Saya sangat terkilan kerana ia tidak seharusnya menjadi isu," kata Amy.

Sambungnya lagi, "Sewaktu Search mula-mula keluar dulu, kami gunakan simbol burung 'Vulture' dan selepas itu baru kami tukar kepada lambang mata. Bagi saya semuanya hanya satu kebetulan saja, sama seperti 'The Master Carpet' yang turut dikenali sebagai Checkered Floor yang digunakan dalam upacara tertentu gerakan Freemason.
Aksi cium pipi, Black di tegur
Selasa, 19 Januari 2010
Kisah 'kemesraan' Mas Idayu dengan protegenya, yang merupakan juara program realiti Mentor, Hanifah Md Hanafiah atau Black memang menjadi bualan ramai tidak lama dulu. Hubungan rapat mereka disalahertikan sehingga ada yang menganggap mereka sebenarnya menjalinkan hubungan cinta. Namun, baik Black mahupun Mas, kedua-duanya menyangkal khabar angin itu dan menegaskan hubungan mereka seperti anak dan ibu. Malah, Black sendiri akui, dia memanggil penyanyi dangdut itu dengan gelaran 'Mummy'.
Belum pun reda sepenuhnya cerita itu, sekali lagi kisah mereka kembali diperkatakan. Semuanya gara-gara tindakan Black yang dilihat mencium pipi penyanyi itu sebaik jejaka berusia 22 tahun itu diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) baru-baru ini.
Ramai yang beranggapan tindakan Black itu kurang sopan, apatah lagi ia disiarkan secara langsung di televisyen dan disaksikan oleh berjuta-juta penonton. Menurut penyanyi yang mempertaruhkan lagu berjudul Aku Rindu Sayang Kamu ciptaan Yuzai pada malam AJL24 itu, dia juga ada 'ditegur' oleh pihak TV3 sendiri kerana aksi 'ciuman pipi' itu.
Belum pun reda sepenuhnya cerita itu, sekali lagi kisah mereka kembali diperkatakan. Semuanya gara-gara tindakan Black yang dilihat mencium pipi penyanyi itu sebaik jejaka berusia 22 tahun itu diumumkan sebagai pemenang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) baru-baru ini.Ramai yang beranggapan tindakan Black itu kurang sopan, apatah lagi ia disiarkan secara langsung di televisyen dan disaksikan oleh berjuta-juta penonton. Menurut penyanyi yang mempertaruhkan lagu berjudul Aku Rindu Sayang Kamu ciptaan Yuzai pada malam AJL24 itu, dia juga ada 'ditegur' oleh pihak TV3 sendiri kerana aksi 'ciuman pipi' itu.