Alahai Abby Abadi, Terasa Ke..

Pada: Khamis, 16 Ogos 2012
Pada 11 Ogos yang lalu bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, setelah selesai solat sunat terawih, kira-kira jam 11 malam, ada satu majlis ilmu yang turut dihadiri oleh panel-panel selebriti seperti Abby Abadi, Faisal Tahir, Man Raja Lawak dan juga penceramah, Ustaz Azhar Idrus. Tajuk majlis ini adalah Santai Anak Muda Bersama Selebriti.

Dalam majlis ni, bukan atas dasar politik yang paling utama, tapi adalah untuk membincangkan dan kesedaran umat Islam kita semua saat ini. Namun ada yang paling menarik yang hangat diperkatakan disini, jeng-jeng, soal Abby Abadi.

Ceritanya begini, memetik portal Murai,

Abby Abadi yang telah men'kantoi'kan diri sendiri terhadap kenyataan yang dikeluarkan Ustaz Azhar Idrus yang lebih menjelaskan bahawa kata-katanya itu ditujukan secara umum dan bukan kepada individu tertentu. (minit / durasi : tengok dari awal ek, sampai tahu dimana babak itu.. Hehe)

Ustaz Azhar turut menjelaskan bahawa mereka yang berhijrah daripada buruk kepada yang baik tidak sepatutnya mengutuk atau menghentam mereka yang masih belum berhijrah atau masih 'lagha' (lalai).

Belum sempat Ustaz Azhar menghabiskan ayatnya, Abby sudah memotong cakap ustaz dan bertanya adakah ustaz menuduh dia seperti yang dimaksudkan itu.

Ertinya, adakah benar Abby pernah berbuat demikian sampai dia mendakwa perkara itu sebagai fitnah? Atau dia tidak senang dengan teguran yang diberikan Ustaz Azhar walaupun ustaz tidak menuding kepada sesiapapun.

Tag : , , , , , , ,