Pada:
Khamis, 16 Ogos 2012
Namun bisikan itu hanyalah bisikan yang tidak berasas sekali dan Kieran menafikan bercerai dengan isteri walaupun rumahtangga yang dibina hampir 4 tahun dan dianugerahkan dua cahaya mata kini mengalami krisis yang sehinggakan Kieran dan Yang tidak tinggal sebumbung lagi.
Komen Kieran yang dipetik dari portal MediaHiburan"Sebenarnya kami masih suami isteri dan saya belum lafazkan apa-apa. Saya tidak nafikan kami memang sedang mempunyai masalah tetapi belum sampai tahap bercerai. Saya sendiri tidak tahu siapa yang menyampaikan berita ini dan bagaimana mereka boleh katakan kami sudah bercerai.
Saya akui mengambil pendekatan untuk tidak tinggal sebumbung bagi mencari penyelesaian. InsyaAllah kalau ada perkembangan terbaru, saya tidak akan sembunyikan"
Tag : Berita Artis , Deejay Radio , Hot FM , Isteri Artis , Kieran , Rumah Tangga

