Pada:
Isnin, 24 Januari 2011


‘Belum pernah saya berjumpa dengan artis yang kurang ajar dan buat tindakan tak guna otak macam dia. Melanggar kontrak dengan menerima tawaran berlakon filem lain sehingga terganggu kesinambungan drama Halimah Jongang yang sepatut menjadi keutamaanya.

‘Saya terpaksa menanggung kesan atas kelakuannya itu. Saya rombak skrip keseluruhan drama dan cari props sesuai untuk wataknya itu terutama rambut palsu.

‘Saya tak faham mengapa dia tergamak memotong rambut pendek untuk filem tersebut, sedangkan dia tahu siri Halimah Jongang memerlukan banyak babak penggayaan rambut,’’ katanya penuh emosi kepada Utusan.
Tag : Berita Artis , Mahkamah , Pelakon , Saman , Sheera Iskandar