Ada info/gambar yang ingin dikongsi bersama? email ke:

Boy Iman didakwa menipu, ini komen beliau yang cool..

Rabu, 13 September 2017

Datuk Dr. Boy Iman melalui syarikat DBI Homes didakwa menipu penjualan rumah oleh Facebook PW Community yang sudah tular beberapa hari lalu.

Menurut portal mStarOnline, PW Community mendakwa DBI cuba mengutip dana untuk menipu orang awam dengan menggunakan helah menjual rumah berharga semasa RM200,000 pada harga RM50,000.

Dakwanya, mustahil untuk membina rumah seperti rekaan yang dijanjikan dengan nilai tersebut dan ia kelihatan DBI Homes bersedia menanggung kerugian.

PW Community turut mendakwa, DBI Homes menggunakan teknik skim piramid dalam mengumpulkan dana dan menawarkan rumah dengan harga murah sebagai tarikan.

“DBI bukan yang pertama menawarkan rumah pada harga rumah mampu milik, malah ada syarikat lain turut melakukan perkara yang sama sebelum ini iaitu Alfafa.

“Syarikat tersebut juga turut melantik Boy Iman sebagai duta dan kini dia telah menukar jenama pembohongan Alfafa kepada DBI Homes,

“Apabila perlu cari downline bermakna dana yang dikumpulkan oleh DBI akan menjadi berlipat kali ganda secara pyramid scheme dan semestinya permainan licik sebegini senang dapat sambutan.

“Kita lambat bertindak untuk kekang scam Alfafa. PW mula buat isu bila keadaan telah jadi serius dan dalam kes DBI kita berpeluang untuk lenyapkan penipuan sebelum ia kukuh bertapak.

“DBI kini hanya pada peringkat permulaan dan kita kena lenyapkan DBI dengan segera supaya masyarakat awam tidak menjadi mangsa,” tulis PW Community.
Sementara itu, Boy Iman memaklumkan dia sudah membaca status yang dimuat naik di laman sosial tersebut. Malah, Boy itu menafikan dakwaan berkenaan dan memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang kepada pemilik laman Facebook tersebut
"Itu fitnah dan saya sudah berbincang dengan peguam untuk mengambil tindakan undang-undang minggu ini.

"Buat apa nak menipu, saya ini selebriti yang dikenali dan tidak boleh lari kemana-mana.

"Kalau ada sesiapa yang menjadi mangsa penipuan saya sila kemukakan bukti dan buatlah laporan polis,

"Saya mendapat tahu laman tersebut telah dibayar oleh kontraktor binaan yang tidak berpuas hati dengan harga rumah yang kami tawarkan.

"Rumah murah yang kami bina itu terhad dan kalau nak tahu kita ada bina rumah berharga lebih RM500,000.

"Tidak apalah, saya sudah biasa dihentam dan tunggulah tindakan saya selanjutnya," kata Boy

Ijoy saman TV alHijrah berjumlah ganti rugi RM265,600!

Jumaat, 25 Ogos 2017

Syarikat pengambaran milik pelakon, Ijoy memfailkan saman terhadap stesen penyiaran Al Hijrah bagi menuntut pembayaran kerja produksi, iaitu rakaman program bual bicara berjumlah lebih RM265,000, dua tahun lalu.

M A Pictures Sdn Bhd milik Ijoy atau nama sebenarnya Zulkifly Azahari memfailkan saman itu melalui Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Ijoy yang juga suami kepada pelakon popular Sharifah Shahirah yang bertindak sebagai plaintif menamakan Al Hijrah Media Corporation sebagai defendan.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa M A Pictures atas permintaan defendan telah menghantar satu salinan sebut harga bertarikh 29 Oktober 2015 yang mengandungi perincian lengkap berkenaan perkhidmatan kerja-kerja produksi yang ditawarkan bagi tujuan rakaman program bual bicara 26 episod bertajuk Maqasid Syariah - PNB dengan nilai RM265,600.
Plaintif yang menerima tawaran dari pihak defendan sebagai krew produksi menjalankan tanggungjawab dengan menyiapkan kerja produksi program itu sehingga selesai termasuk menyerahkan semua rakaman itu kepada defendan.

Defendan seterusnya menyiarkan siri rakaman program tersebut di rangkaian televisyen, laman sesawang dan media miliknya dan program tersebut telah mendapat sambutan yang baik.

Selepas rakaman akhir program itu disiarkan, defendan masih tidak membayar dan gagal melunaskan bayaran tertunggak sebanyak RM265,600.

Sehingga tarikh pemfailan, tindakan undang-undang pihak defendan masih lagi belum menjelaskan jumlah tuntutan itu.

Berikutan itu plaintif menuntut bayaran sebanyak RM265,600 yang terhutang ganti rugi am, dan ganti rugi teladan serta kos tindakan dan faedah. -BharianOnline

Didie Alias kena saman RM400,000 kaw-kaw...

Jumaat, 14 Julai 2017


Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam menetapkan 14 November ini untuk perbicaraan kes tuntutan saman penerbit drama dan filem, Datuk Rafena Ezanee Ramli terhadap pelakon terkenal, Didie Alias atas dakwaan pelanggaran kontrak dan mengaibkannya menerusi media sosial.

Hakim menetapkan tarikh tersebut yang akan berlangsung selama empat hari ketika kes berkenaan disebut dihadapannya di dalam kamar hakim.

Rafena Ezanee dan Didie hadir ke mahkamah bersama peguam masing-masing iaitu Mohd. Fadhly Hashim dan Azlan Abdul Razak.

Berdasarkan saman yang difailkan Rafena dan syarikat penerbitannya, Dark Wave Pictures Sdn. Bhd. (Dark Wave) pada 21 Mac lalu, kedua-duanya menamakan Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohammad, 43, sebagai defendan.

Kedua-dua plaintif da-lam pernyataan tuntutan saman tersebut menyatakan defendan merupakan penerbit eksekutif bagi satu rancangan travelog Street Food Asian sebanyak 13 episod yang merupakan program terbitan Dark Wave.

Dalam penyataan tuntutan saman itu, plaintif mendakwa Didie yang telah menerima RM7,000 untuk melakukan kerja-kerja penerbitan travelog itu telah sengaja, cuai dan gagal untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut seperti mana termaktub dalam perjanjian yang dimeterai pada 7 Oktober tahun lalu sehingga menyebabkan kedua-duanya mengalami kerugian. -Kosmo!

Johan disaman Polis kerana memandu laju, Tapi alasan diberikan TAK MASUK AKAL !

Khamis, 15 Jun 2017

Siapa tak kenal Johan kan. kali ni Johan memang betul-betul buat hal la. Johan disaman Polis kerana memandu laju, namun alasannya sangat mengejutkan netizen.

Vanidah Imran dapat durian runtuh RM265,000!

Jumaat, 26 Mei 2017

Bukan main lagi nak Raya ni buat Vanidah Imran, dengar berita yang Syarikat pengeluar kosmetik Ronasutra telah menerima perintah oleh pihak mahkamah Seksyen untuk membayar baki bayaran kontrak berjumlah RM265,000 kepada pelakon Vanidah Imran.

Memetik laporan Berita Harian, Hakim Roszianayati Ahmad membuat perintah itu selepas membenarkan tuntutan Vanidah mendapatkan bayaran tunggakan bagi 'talent agreement' yang dimasuki antara pelakon itu dan Miliyasutra Industries Sdn Bhd bagi tempoh dua tahun bermula pada September 2012.

Mahkamah membenarkan tuntutan Vanidah selaku plaintif selepas mendengar keterangan saksi kedua-dua belah pihak.

Oleh itu, Roszianayati memerintahkan Miliyasutra membayar kos berjumlah RM10,950 kepada Vanidah.

Namun, hakim menolak tuntutan Vanidah untuk mendapatkan ganti rugi bagi penggunaan imejnya selepas luput perjanjian, tuntutan bagi ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk.

Selain itu, mahkamah turut menolak saman tuntutan balas Miliyasutra dan memerintahkan syarikat itu membayar kos RM10,000.

Nora Danish dedah punca sebenar dia saman Fasha Sandha

Selasa, 23 Mei 2017

Baru-baru ini Nora Danish ada mengambil tindakan untuk menyaman Fasha gara-gara statusnya di media sosial yang didakwa mencetuskan salah faham. Menurut Nora, apa yang beliau lakukan itu bukanlah untuk mencari gaduh sebaliknya ingin menamatkan setiap perselisihan faham mereka berdua yang tidak berkesudahan selama beberapa tahun.

Perjuangan mencari kebenaran ini bukan untuk pertahankan diri Nora sendiri. Kali ini untuk suami dan keluarga tercinta serta perniagaan yang diusahakan. Nora sekarang dah tak macam dulu lagi. Kini dah bergelar isteri.

Sudah tentulah impak kenyataan palsu yang dibuat itu telah mengguris banyak hati. Bukan saya seorang. Sebab itu Nora mengambil keputusan untuk menoktahkan segala-galanya secepat mungkin biar masalah selesai ikut saluran yang betul.

Benda ini bukan benda baru pun, selama ini banyak fitnah yang bertebaran, Nora tak layan. Tapi bila difikirkan balik, sampai bila Nora nak bagi orang lain pijak kepala? Itu yang Nora, buat bertindak. " kata Nora memetik Utusan

Komen berani Fasha Sandha kes saman Nora Danish!

Ahad, 14 Mei 2017

Fasha Sandha tampil memberi respon berkenaan isu tindakan saman yang dikemukakan oleh Nora Danish. Fasha meluahkan perasaannya itu dilaman sosial Instagram miliknya, dimana dia tidak gentar dengan tindakan saman yang bakal diambil oleh Nora Danish.

"Nak saman saya? Kenapa nak saman saya? Kenapa tak saman pihak pihak penganjur pertunjukan jenama awak itu, yang telah menyebarkan perkara itu pada malam tersebut dan memberitahu bahawa awak menghalang kedatangan saya dan akan tarik diri jika saya hadir.

“Jangan lupa saya ramai saksi di tempat kejadian. Permainan halus apakah itu? Tunggu apa pula tindakan yang saya akan ambil terhadap perkara ini,” jelas Fasha menerusi IGnya.

Malah Fasha turut menulis hashtag #taktakutpun #tungguangahbalikbercuti
#burungpsycho #jomkitatengokkangaroo.

Nora Danish sahkan Saman Fasha Sandha, Blogger!

Sabtu, 13 Mei 2017

Nora Danish memberitahu, dia akan memfailkan saman fitnah terhadap aktres Fasha Sandha kerana telah memfitnahnya.

Menurut Nora, tindakan demikian diambilng selepas merasakan tuduhan yang dibuat Fasha ke atas dirinya tidak berasas.

Selain Fasha, Nora juga akan mengambil tindakan yang sama ke atas seorang penulis blog hiburan terkenal kerana menuduhnya menghalau pelakon tersebut daripada acara tersebut.
"Walaupun penganjur mengaku bertanggungjawab terhadap masalah ini, namun tindakan terburu-buru Fasha memuat naik gambar berserta kapsyen di laman Instagramnya termasuk mengaitkan jenama pakaiannya telah meninggalkan impak negatif terhadap perniagaannya.

"Jadi, saya failkan saman terhadapnya kerana sikap melulunya membuat tuduhan," jelas Nora
Sementara itu, Pengarah Glass Go, Amiruddin Rizuan Ali mengaku akan bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden yang membabitkan Fasha dan Nora ketika berlangsungnya acara Fenomena Aidilfitri 2017 kelmarin.

Bertindak selaku penganjur utama acara berkenaan, Amiruddin mengakui kesilapan dan kekeliruan berpunca daripadanya.

Bahkan, beliau berjanji akan mengadakan pertemuan dengan kedua-dua pihak bagi mencari jalan penyelesaian.
"Insiden Fasha dikatakan telah dihalau daripada berada di pertunjukkan fesyen tersebut adalah tidak benar. Begitu juga dengan dakwaan mengatakan Nora akan menarik diri turut tidak benar.

"Sebenarnya, wujud salah faham di situ dan saya akan selesaikan kekeruhan yang telah berlaku ini dengan kadar segera.

"Saya akan adakan pertemuan dengan Fasha dalam masa terdekat. Saya minta maaf atas hal yang berlaku," katanya yang turut serta dalam sidang akhbar itu. - UTUSAN ONLINE

Amy Mastura, Suria FM didenda RM10,000 sebab....

Selasa, 28 Mac 2017

Dengar khabar yang penyanyi Amy Mastura dan Suria FM didenda hampir RM10,000 oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM) akibat menyampaikan perkataan yang kurang sopan ketika keudara radio berkenaan.

Akhbar tempatan memberitahu denda tersebut sudah pun dijelaskan pada 23 Februari lalu oleh pihak Suria FM.

Pengurus besar program Suria FM, Subarma Mokhtaruddin berkata, pihaknya kesal dengan kejadian yang berlaku dan akan lebih berhati-hati supaya perkara yang sama tidak akan berulang lagi.

Denda ini dibuat ketika Amy Mastura ketika itu menjadi kaki latah telah mencarut dalam program ‘Suria Pagi’ secara langsung 7 Disember tahun lalu.

ketika itu difahamkan ada penyampai yang mengusik Amy, lalu Amy Mastura pun melatah sehingga terkeluarlah ayat, “Oh p****** kau meletup, p***, p****** hantu.”

Maria Farida bakal disaman RM5 juta!

Rabu, 8 Mac 2017

Suami Nora, mahu buat report polis, saman sekiranya nitizen....

Jumaat, 25 November 2016

Johan yang juga seorang komposer bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna laman sosial yang memfitnah dirinya dan isteri, Nora Ariffin.

Gambar bogel tersebar, ini reaksi Arikah Suhaime

Khamis, 15 September 2016

Gambar bogel yang didakwa mirip wajah Atikah Suhaime mendapat reaksi tuan punya badan. Memetik Harian Metro, Atikah akan mengambil tindakan saman terhadap penyebar fitnah itu.

“Saya tengah belanja raya dengan mak saya,”

“Salam. Saya masih di Singapura. Saya akan ambil tindakan selepas balik ke Malaysia. Terima kasih sentiasa sokong,” jelasnya kepada peminat di laman Instagramnya.

Amy Search bakal disaman RM1.5 juta

Ahad, 5 Jun 2016

Penganjur Konsert Search 35 Tahun, Afjets Sdn Bhd tampil menuntut kos ganti rugi sebanyak RM1.5 juta kepada Search serta memberikan tempoh selama 14 hari untuk mereka membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan dakwaan yang dikeluarkan mereka terdahulu yang dianggap sebagai satu fitnah bagi pihaknya.
“Kami menafikan segala tuduhan dibuat Search ketika mereka mengumumkan penamatan kerjasama dengan kami, baru-baru ini. Kami juga sudah menuntut Search memohon maaf secara terbuka dan menarik semua tuduhan dibuat mereka terhadap Afjets menerusi notis yang dihantar wakil peguam kami, semalam,” katanya kepada Berita Harian Online.

Selain itu, kumpulan itu juga didakwa melanggar memorandum persefahaman (MOU) apabila menamatkan kerjasama secara tidak sah, sekaligus menafikan segala tuduhan yang dibuat kumpulan itu.

Faye Kusairi mahu saman JAIS! PANAS

Selasa, 31 Mei 2016

Faye Kusairi bercadang meneruskan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menceroboh rumah keluarganya bulan lalu.

Walau jabatan itu sudah membaiki kerosakan jeriji di pintu rumahnya, namun tindakan perlu diambil bagi mengelak kejadian sama berulang, kata pelakon itu.

Elly Mazlein tak takut disaman!

Ahad, 10 April 2016

Sebelum ini pelakon, Faye Kusairi menafikan yang dia terlibat dalam penceraian Elly Mazlein dan bekas suaminya. Itu semua atas dakwaan Elly sendiri terhadap Faye yang menjadi punca terhadap keretakan rumahtangganya.

Faye juga membuat pilihan kepada Elly untuk memohon maaf atas dakwaannya itu atau mahu menyaman Elly jika enggan berbuat demikian. Semalam, Elly tampil menjelaskan bahawa beliau bersedia ke mahkamah demi menyelesaikan konflik yang tercetus.

“Saya tidak mahu komen apa-apa, sekiranya dijemput, saya akan pergi saja ke mahkamah,” katanya kepada mStar Online

Faye marah Elly Mazlein enggan minta maaf?

Isnin, 4 April 2016

Berita peceraian pelakon Elly Mazlein dan juga pengarah drama Azmi Hatta dikatakan berkait rapat dengan kehadiran orang ketiga yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Faye Kusairi. Berita ini hangat menjadi topik perbualan orang ramai terutamanya di laman sesawang. Bagaimanapun, Faye Kusairi tampil memberi penjelasan terhadap punca yang tidak relevan itu kepada pihak media.

Menurut Faye, tuduhan yang dilemparkan menjejaskan dirinya sebagai artis baharu malah keluarga juga turut menerima tempias. Tambahnya lagi, dakwaan Elly yang mengatakan Faye punca penceraian merupakan fitnah sama sekali dan beliau meminta agar Elly menarik semula tuduhan yang dilempar dan diarah agar memohon maaf kepadanya. Bagi pihak Elly pula, beliau tidak pernah menuduh sesiapa pun yang menyebabkan keretakan rumahtangganya

Mohon maaf atau di saman! -Faye Kusairi

Jumaat, 1 April 2016

Sebelum ini, terdapat cakap-cakap bahawa pelakon Faye Kusairi ialah punca perceraian Elly Mazlein dengan pengarah Azmi Hatta. Khabarnya, Elly turut membuat dakwaan itu dalam laporan sebuah akhbar. Kepada Harian Metro, Faye memberitahu yang dia menuntut Elly membuat permohonan maaf terbuka terhadapnya dalam masa sebulan hingga dua bulan sekiranya mahu mengelak tindakan saman.

Blog Rotikaya bakal disaman RM1 juta!

Penyanyi utama kumpulan 'Shades', Wan Shades memfailkan saman RM1 juta terhadap pemilik blog hiburan, Rotikaya.com berhubung artikel yang mendakwa penyanyi itu merupakan suspek kes rogol anak tirinya, empat tahun lepas.

Wan Shades atau nama sebenarnya Mohamad Faizal Mohd Ali, 43, memfailkan saman fitnah itu menerusi Tetuan Mohd Irwan Mohd Mubarak di Pejabat Pendaftar, Mahkamah Tinggi Sivil di sini hari ini dengan menamakan Nor Hamzie Md Hambali, 31, sebagai defendan.

Ola Bola bakal disaman sebab salah fakta?

Jumaat, 26 Februari 2016

Pemain negara yang pernah membawa pasukan bola sepak ke Sukan Olimpik di Moscow mengugut akan menyaman Ola Bola atas dakwaan filem popular itu menukar fakta.

Khalid Ali berkata tindakan undang-undang itu akan dibuat terhadap penerbit filem itu, yang mengaut kutipan belasan juta ringgit, selepas mengadakan perbincangan dengan beberapa bekas pemain.

Pasal Kicap, Azwan Ali bakal disaman

Selasa, 19 Januari 2016

Azwan Ali bakal berhadapan tindakan saman oleh syarikat pengeluar kicap milik Bumiputera, Tirana Products Sdn Bhd sekiranya tidak menarik balik kenyataan yang mencemarkan imej syarikat terbabit, sebelum 26 Januari ini.

Menurut peguam yang mewakili syarikat berkenaan, Adnan Seman, pihak beliau telah memberikan notis tuntutan kepada Azwan pada 12 Januari yang lalu dengan beberapa tuntutan yang antaranya ialah menarik semula kenyataan dan video-video yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis tersebut.