Memey seorang wanita yang tabah?

Pada: Selasa, 18 Januari 2011
Luahan peminat: Walaupun dilanda pelbagai isu tak munasabah yang sengaja diadu domba dan diperbesarkan oleh Abby Abadi yg masih kemaruk dengan ketampanan dan keperkasaan Norman Hakim, namun Memey Suhaiza masih bertenang dan bersahaja dalam menempuhi pancaroba dan tidak dengan mudah melenting dengan ketidakmatangan dan sifat gatal abby adabi terhadap bekas laki dan tunangan Memey Suhaiza.

Abby Abadi diminta agar lebih bertenang dan jangan la selalu sangat membuka pekung didada dengan menunjukkan kedengkian dan kebencian terhadap Memey yang ayu dan matang, serta kekemarukkannya terhadap bekas laki iaitu Norman Hakim. Bersikaplah lebih matang dan usah didambakan lagi jejaka tampan yang bukan lagi jadi miliknya. Terimalah hakikat dan takdir Tuhan yg jejaka itu sudah menjadi milik dan tunangan orang lain.

Kepada Memey, bersabar dan bertakwalah, biar aja orang sekeliling dan sesiapa aja mencerca, sesungguhnya kesucian dan kemurnian hatimu pasti lebih diketahui Tuhan.

Tag : , , ,