Ini ke Kekasih Heliza Helmi?

Pada: Selasa, 18 Januari 2011
Sehingga hari ini dan saat ini, pintu hati pelakon finalist Akademi Fantasia, Heliza Helmi belum terbuka mahu bercinta, malah belum ada lelaki yang benar-benar boleh menakluk hatinya. Mungkin ada yang tidak percaya, tetapi itulah hakikatnya mengikut sidang media.
"Percaya atau tidak terserahlah, tetapi empunya diri yang bernama Heliza ini sukar nak jatuh cinta. Bukan tiada yang cuba mendekati, tetapi hati saya belum terbuka nak menerima sesiapa. Mungkin kesibukan dengan jadual pelajaran, di samping jika bercuti, ada saja aktiviti nyannyian yang diaturkan membuatkan saya tiada masa nak fikir soal peribadi.
"Saya gembira hidup seperti ini, belum masanya saya bercinta lagi. Saya nak berjaya dalam pelajaran dan kerjaya terlebih dulu. Tanggungjawab terhadap keluarga lebih penting daripada segala-galanya. Saya mahu membahagiakan keluarga dan memberi limpahan kemewahan hidup pada mereka. Jadi soal lain biarlah ditolak ketepi dulu.
__________________________________________

Namun itu semua kenyataan di pihak media, ada yang membuat sedikit 'operasi bersepadu' menjadi spy yang mendakwa percaya atau tidak, ini lah jejaka yang berjaya mengambil title "BOYFRIEND" @ "KEKASIH HATI" Heliza yang telah mempunyai hubungan KEKASIH semenjak mereka belajar di matrikulasi. Ops.. jejaka di luar sana.. NO CHANCE la.. cinta mati mereka ni.

Tag : , , , ,