Diana Amir tak tolak berjodoh dengan Zizan RL

Pada: Jumaat, 19 November 2010
Diana Amir bagaimanapun tidak akan menolak sekiranya sudah ditakdirkan jodohnya nanti akan bersama dengan Zizan. Selesa berkawan dengan Zizan Raja Lawak, Diana Amir mengakui sifat merendah diri dan bersahaja Zizan membuatkan dia tertawan untuk berkawan serta mendampingi jejaka kelahiran Terengganu itu. Tambahan lagi, Diana tidak menolak sekiranya Zizan adalah pasangan yang ditakdirkan bersamanya.

"Saya memang berkawan dengan dia sejak empat tahun lalu. Kadang-kadang keluar sama-sama sebab dia seorang yang kelakar dan senang untuk diajak berbual. Tapi kalau nak kata bercinta belum sampai ke tahap itu lagi kot, sebab saya dan dia masing-masing sibuk mahu memperkukuhkan dahulu kerjaya kami,"
"Jodoh di tangan Tuhan, saya tak menolak kalau dia adalah pasangan saya. Tak berani nak cakap lebih-lebih sebab kita tak tahu masa depan. Tapi saya memang selesa dan suka berkawan dengannya sebab dia seorang yang cukup ceria dan menyenangkan," katanya kepada Murai.

Tag : , , ,