Pada:
Isnin, 18 Jun 2012
Dynaz Mokhtar selamat melahirkan zuriat lelaki pada Jumaat lalu. Lebih bermakna apabila anak keduanya itu akan menyambut ulang tahun sama dengan suaminya, Mohd Hafizi Mohamed kerana mereka berkongsi tarikh yang sama.Dynaz sebenarnya berkongsi rasa bahagia dan gementar menanti detik kelahiran bayinya itu. Sepatutnya dia dijangka bersalin Selasa lalu tetapi hingga saat dihubungi belum ada tanda sakit.
Jelasnya, biarpun ada pengalaman melahirkan anak pertama, Khayra Khalyssa Mohd Hafizi yang kini berusia dua tahun setengah, debaran tetap ada, malah kali ini rasanya berbeza.
Dynaz berkata, biarpun akan berpantang dua bulan, dia mendapat tawaran muncul sebagai juri dalam beberapa program, namun perkara itu masih dalam perbincangan. -HMetro
Tag : Anak Artis , Berita Artis , Dynas Mokhtar , Pengacara TV

